karena itu membutuhkan kesungguhan pula.
-Rumi
Saya terpana membaca setiap susunan huruf di dalam buku terbitan Penerbit PUSTAKA, Bandung Indonesia ini. Saya kembali teringat kepada pesanan Wanita Anggun;
jika betul dia nak, dia akan tunjukkan kesungguhan.
Apa kaitan cinta dan kesungguhan?
Cinta adalah kecenderungan naluriah kepada sesuatu yang menyenangkan. Cinta seringkali membuat si pecinta tidak mengetahui bahkan menutup kekurangan yang dicintainya. Cintalah yang membuat orang mengatakan batu sebagai permata, orang nista menjadi mulya (mulia) dan budak menjadi raja.
Ibnu Abd al-Shamad menambah, cinta adalah yang mendatangkan kebutaan dan ketulian; cinta membutakan segalanya kecuali terhadap Yang Dicintai. Sehingga orang itu tidak melihat apapun kecuali Dia.
Sungguh. Cinta sangat berpengaruh bagi siapa saja yang sedang dalam kecintaan. Cinta sangat luar biasa dan mengubah segalanya. Rumi telah mengatakan melalui syairnya,
''...Lewat cintalah semua yang pahit akan jadi manis.
Lewat cintalah semua yang tembaga akan jadi emas.
Lewat cintalah semua yang endapan akan jadi anggur murni.
Lewat cintalah semua kesedihan akan jadi obat.
Lewat cintalah si mati akan jadi hidup.
Lewat cintalah raja jadi budak.''
Inilah sebahagian huruf-huruf yang disusun oleh Saiful Jazil, Imam Musbikin dan Sufyanto di dalam buku mereka.
Menarik bukan? Wow.
Kemudian, apa kaitan cinta dan kesungguhan?
Saya menulis; Cinta perlukan kesungguhan, dan setiap kesungguhan adalah cinta. Cinta adalah anugerah Allah yang tidak mampu dinilai dengan harta dunia. Malah jika Allah tidak berkehendak memberikan rasa cinta dalam hati kita, maka jadilah kita orang yang tiada rasa: kosong.
Rasa kosong ini bahaya.
Bahaya, kelak solat akan kehilangan ruhnya.
Apa yang mendorong jika benar cinta?
Jika kita ada idea untuk melakukan sesuatu,
seringkali idea itu menari-nari di dalam imaginasi kita,
oh ia minta untuk direalisasi.
Maka kita capai henset dan berkongsi,
tindakan berkongsi kepada mereka yang selayaknya; mendorong kita supaya lebih bersedia dan bersemangat.
Sehingga ke tahap kita sungguh-sungguh berkorban,
semuanya supaya idea tadi mampu direalitikan.
Jika bukan sekarang, hasilnya di masa depan.
Sekarang mari bermonolog.
Adakah aku benar-benar manifestasikan Cinta?
Adakah aku betul-betul nakkan Syurga?
Adakah aku selayaknya sahabat fillah?
Adakah aku sungguh benar nakkan kau?
Aku nak atau aku perlu, sebenarnya?
Walau apa jua persoalan yang hati anda lontarkan saat ini, sedarilah bahawa bagaimana tindakan anda selepas ini adalah jawapannya.
--
Analogi mudah.
Hujan lebat.
Dan anda ada sebuah payung kecil. Sangat.
Anda berjalan laju ke kedai Joven, yang mana di tingkat dua itulah OutBox Malaysia sedang berlangsung.
Jam sudah menunjukkan 10.50 pagi. Oh anda tidak mahu terlepas perkongsian dari Zul Fikri.
Maka anda pun melangkah dengan cepatnya. Tiba-tiba... anda melihat seorang perempuan bershawl purple corak kotak-kotak berlari seperti mahu terbang ke arah kedai makan Maulana. Dia berhenti seketika untuk menyeberang jalan. Oh kereta sangat sibuk pada tika itu.
Anda melihat dia sudah basah. Ya, dia telah basah dengan segenap hatinya.
Dan di tangan anda memegang sebuah payung kecil berwarna coklat pekat.
Apa yang anda akan lakukan?
Adakah anda akan berkorban..dengan memberi teduhan kepadanya menggunakan payung kecil anda yang tidak seberapa itu, dan anda rela basah ditampari hujan? --Ithar sangat.
Atau anda campak payung coklat anda itu ke tepi, dan membiarkan diri turut sama dibasahi hujan?
Win-win situation katanya. (jangan campak betul-betul, payung tu warna coklat kut)
Jika anda memilih tindakan yang kedua, TAHNIAH anda telah membuktikan cinta. Kerana cinta kita tidak mahu melihat akhawat kehujanan, bukan? Maka jomlah kita kehujanan bersama.
Lalu anda berlari-lari anak ke arah perempuan bershawl purple corak kotak-kotak itu, anda memimpin tangannya dan pantas melintas jalan. Dia melihat anda dan kehairanan melihat anda basah sedangkan payung elok ditutup rapi. Dalam kehairanannya itu, terselit juga rasa terharu yang amat sangat dengan tindakan anda itu.
Dia mengatakan kepada anda, MjMnya rosak di bahu jalan. Jadi dia ingin berteduh sebentar di kedai makan itu, sehingga hujan berhenti.
Tanpa sempat berfikir apa-apa, anda yang ketika itu bertudung bawal labuh hijau muda mengajaknya 'berteduh' di Zilal Hall. Dan dia juga tidak menolak, malah lebih terharu sambil mengesat cermin matanya.
Lalu berjalanlah kalian berdua ke arah hadapan dengan megahnya. Tapi anda masih mengekalkan tahap kelajuan anda sebab sudah setengah jam terlewat.
Analogi payung kecil ini dikongsi oleh Hafizul Faiz dalam sesi off-record yang lalu, saya sengaja menyusun huruf yang lebih bombastik dan meletakkan 'watak tambahan' supaya ada unsur dramatik. Sangat.
Terima kasih kepada beliau.
--
Sekali lagi,
cinta perlukan kesungguhan, dan setiap kesungguhan adalah cinta.
Jika tiada cinta, tiada mampu kita berdiri di dalam LRT.
Jika tiada cinta, tiada hendak kita berlari di dalam hujan,
Jika tiada cinta, tiada mungkin kita hidangkan laici dan masak lemak ayam kepada dua tetamu sebagai makan malam.
Jika tiada cinta, tiada langsung bekas makanan yang tertulis nama "Syu", "SyuShi" dan "Sun".
Oh, jomlah kita senyum seindah suria.
Kerana hakikat sebenarnya cinta,
kangkung pun boleh jadi Big Apple.
Begitulah logik saya.