AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday 19 March 2014, 22:44:00
Kerana Yang Benar
Saya tidak berkeahlian dalam berbicara lanjut atas segala persoalan,
cuma persoalan itu
dilontarkan untuk mendapatkan pandangan bagi meraikan akal yang melegar-legarkan persoalan itu di benak fikiran.
***
Manusia suka diberikan ganjaran atas apa yang dia lakukan.
Fitrah.
Apa kira jika Allah tak memberi ganjaran syurga, manusia masih mahu menempuh jalan menuju Allah?
***
Fitrah manusia yang bekerja misal kata naik bonus hujung bulan, baru bersemangat buat kerja lebih masa dan sebagainya.
Apa kiranya dia bekerja lebih masa kerana mahukan gaji lebih,
jika tiada kenaikan gaji, dia culas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.
Apakah itu kira tidak jujur dengan kerja yang dia lakukan?
Dengan mensasarkan Syurga atau Pahala sebagai matlamat dalam melakukan sesuatu ibadah,
apakah itu kiranya kita tidak lagi jujur dengan Allah?
Atas hal kita yang buat kerana mahu dapat apa yang Dia janji hendak beri, bukan lagi kerana Dia itu sendiri.
Allah meraikan fitrah kita, ya.
Cuma dapatkah kita benar-benar jujur?
***
Saya bertanyakan pandangan dua orang sahabat fillah saya akan hal ini,
semua orang layak mendapatkan syurga.
heaven = syurga = hometown setiap manusia tu. so manusia mana yg tak rindukan hometown dia.
cuba tengok 10:25 .. Allah seru semua hamba-Nya kepada syurga (darussalam), kampung halaman kita. sbb kita kan berasal dr syurga. tp nak masuk syurga kena bersih. so Allah turunkan segala perkara yg ada (ujian dan nikmat) utk bersihkan kita sbnrnya. supaya dlm syurga tu nnt kita semua bersih je.
Jalan nak ke syurga tu adalah jalan menuju Allah juga. so takda la dpt Allah kalau tak dapat syurga.
Disebabkan ada fitrah manusia yg minta ganjaran lah Allah ciptakan syurga. kalau takda fitrah manusia yg nak kan ganjaran, takdalah syurga tu. Wallahua'lam.
Seorang lagi sahabat fillah saya memberikan pandangan,
Yah, kita semua layak mendapatkan Sorga tapi kita tidak boleh semata mata jadikan ia hujah/tujuan dalam hidup. Adakah dapat keredhaan Allah itu melalui kita mengejar untuk mendapatkan Sorga? Tidak. Sorga itu cuma balasan, atas kesyukuran kita dan atas kasih sayang rahmat Allah pada kita. Tapi yang pasti bila dapat keredhaan Allah, kita dapat segalanya. Wallahua'alam.
***
Hakikatnya,
berbalik pada yang awal tadi, manusia suka diberikan ganjaran atas apa yang dia lakukan.
Apa kira jika kebaikan tidak dibalas apa-apa, masih adakah yang akan terus melakukan kebaikan?
Apa kira jika menulis tetapi tiada siapa yang membaca, masih adakah yang akan terus menulis?
Apa kira jika tidak membuat kerosakan bukan lagi kerana takutkan hukuman, tetapi akur dengan larangan Tuhan. Apa mereka ini masih ada?
Apa hidup ini jika Allah tidak menjanjikan apa-apa sebagai balasan, maka kiranya hidup kita tidak ada tujuan?
Walhal, tidak cukupkah Allah itu sendiri sebagai tujuan?
Yang pastinya,
Allah benar-benar meraikan fitrah kita.
Cuma bagaimana kita mentaatinya dengan sebenar-benar jujur, itu persoalan pertama.
***
Ditulis,
190314, memalam lepas isyak, Serdang
Haza min fadhli Rabbi.
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|