AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 28 December 2010, 22:09:00
Puisi Kalam Ilahi

Ku mendaki, Mendaki dan terus mendaki, Mendaki kerana satu matlamat, Kerana satu impian, Kerana satu harapan, Kerana satu keinginan, Kerana satu kasih, Kerana satu cinta.
Matlamatku untuk sampai ke puncak, Penuhi impian yang dilakar, Yang telah menjadi harapan membara, Puaskan segala keinginan di kamar hati, Semuanya kerana kasih dan cinta.
Si Pendaki itu telah pergi, Pergi meninggalkan puncaknya, Namun puncak itu wangi, Wangian harum kalamnya, Kerana itu aku mendaki, Mengikut segala bekas jejaknya, Untuk meneruskan kalamnya, Kerana kalamnya wangi, Masih wangi, Sentiasa wangi, dan kekal wangi.
Pendakian yang jauh, Yang penuh cabaran, Penuh dengan liku, dan batu-batu kecil yang tajam, Kekadang aku terpijak, Habis berdarah kakiku, Sakit terluka, Tapi aku masih mendaki, Kerana aku melihat bayangnya, Bayangan si pendaki lama, Menunggu aku di puncaknya, Kerana itu aku terus mendaki, Kerana semangat yang diberikan, Kerana sorakannya.
Sudah hampir, Hanya tinggal selangkah lagi, Selangkah ke puncak, Aku melangkah yang terakhir, Tapi langkahku tersasar, Hampir saja terjatuh, Namun tanganku pantas disambut, Disambut oleh si Pendaki lama, Lantas dibantunya aku melangkah, Maka, Tibalah aku di puncaknya, Namun tiada lagi wangi.
Tanganku di genggam erat, Di halakan ke atas, Bisa mencapai langit Ilahi, Aku senyum gembira, Namun masih tiada wangi.
Sekali lagi tanganku digenggam, Genggaman yang dingin, Penuh baur-baur cinta, Lembut tangannya terasa, Namun kenapa masih tiada wangi.
Semasa mendaki, Harumnya semerbak, Setelah ku tiba di puncak, Langsung tiada wangi, Hilang harumnya, Aku buntu.
Melihat keadaanku, Si Pendaki itu bersuara, Melafazkan kata cintanya, Meluahkan rasa rindunya, Cintanya pada Allah, Pada Rasulullah, Rindunya pada akhirat, Pada alam yang abadi, Kerana itu puncaknya mengharum, Kerana itu kalamnya mewangi, Kerana cinta dan rindunya, Bersandarkan hanya kepada Allah.
Sedangkan aku, Mendaki kerana wangi, Mendaki kerana cintakan si Pendaki, Mendaki kerana anganku ingin tinggal di langit Ilahi, Menjadi bidadari kepada si Pendaki, Menjadi pendampingnya yang jelita, Kerana itulah tiada harumnya.
Aku mendaki kerana, Cintaku kepada si Pendaki, Kerana aku sukakan dirinya, Bukan kerana Ilahi, Tapi kerana diri si Pendaki, Kerana kalam puncaknya yang wangi, Kerana itulah aku hilang redha Ilahi.
Aku rela, Rela turun ke bawah dan mendaki semula, Rela melepaskan genggamannya, Meski hati terlalu rindu, Kerana aku ingin pendakian ini utuh dalam mardhotillah, Kerana aku sedar, Tiada gunanya kalam ini, Kalau bukan kerana Ilahi, Kerana aku khilaf, Tiada nilainya cintakan si Pendaki, Kalau bukan kerana Ilahi.
Inilah dia, Inilah cinta, Inilah 'qalamilahi'.
~ Inilah sebuah perjalanan cinta..
Created by : Nur Yusuf Al-Quds Fillah
Labels: Puisi Cinta Ilahi
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|