AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 9 February 2011, 18:29:00
Kuntuman Cinta

Aku lupa Usiaku sudah mula meningkat Perasaan untuk menyayangi seorang lelaki itu fitrah Aku lupa bahawa ianya fitrah Lantas aku buang ia jauh
Aku lupa Suatu saat nanti aku akan dilamar Menjadi isteri kepada seorang lelaki Aku lupa bahawa akan tibanya saat itu Lantas aku biarkan ia pergi
Aku lupa Indahnya sebuah pernikahan Menjadi bunga hiasan taman Takut tidak mampu berkembang mekar Lantas dari awal aku undurkan diri
Wahai suamiku Tidak ku tahu siapa kamu Namamu telah terukir di Luh Mahfuz Tiba saatnya kamu akan hadir Menjemput aku menjadi bidadarimu
Detik itu akan tiba Bila dan siapa menjadi rahsia Aturan Allah tidak bisa ku gambar Lantas aku biar ia hadirkan sendiri
Berserahlah selayaknya pada Allah Berdoa’lah semampu kamu Jika DIA telah tetapkan aku untukmu Maka bisa bersenanglah semahu kamu.
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 6 Rabiul awal 1432H 9 Februari 2011 06:03:15 pm Labels: Puisi Cinta Ilahi
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|