AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 1 March 2011, 16:56:00
Puisi : Mencari
Aku Ibarat pokok berbuahkan rindu Di bawah rendangnya aku berteduh Namun masih terasa panasnya hari
Aku Renangi lautan berbuihkan kasih Ku cuba selami sedalam yang mampu Namun masih jua lemas hilang upaya
Aku Mencari sebuah nilai kehidupan Yang bisa memberikan aku satu jawapan Namun masih belum ia ku temukan
Aku Sendirian dalam pencarian Lelah aku keseorangan Tiada siapa pedulikan
Aku Kesalkan sebuah kehidupan Yang dihidang pelbagai keseronokan Namun rasanya kosong berintikan khayalan
Aku Sudah muak dengan tawa berlebihan Kerna hati bisa ia matikan Dan aku mahukan sebuah tangisan
Aku Masih sendiri dalam pencarian Tidak kisah walau tiada siapa pedulikan Kepada Allah usaha ini ku serahkan
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 09:55 pm 25 rabiul awal 1432H 28 February 2011
Labels: Puisi Motivasi
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|