" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 1 March 2011, 17:04:00
Puisi : Tragedi Cinta
Oh manisnya senyuman Di lempar kemas bukan kepadaku Mataku masih lagi memandang Dengan harapan dia juga begitu Sedar dirinya diperhatikan Dia tertunduk malu Lantas dibutakan pandanganku
Oh lembutnya suara Mengalun lembut bukan kepadaku Aku mendengar butir-butir bicaranya Sangat petah menyenangkan aku Di saat enaknya telinga ini mendengar Suara lembut itu menjadi sekeras batu Lantas ditulikan pendengaranku
Oh bilakah masanya? Senyum itu dilemparkan kepadaku? Suara itu dialunkan kepadaku?
Oh sampai bilakah aku? Mencuri pandang senyum itu? Mencuri dengar suara itu?
Oh masih sanggupkah aku? Menjadi buta kerana senyumannya? Menjadi tuli kerana suaranya?
Tidak Aku tidak ingin lagi begitu Lantas aku segerakan diriku Meminangnya menjadi suri hatiku
Dengan izin Rabb-ku Dia kini halal untukku Oh kini senyum itu juga halal untukku Halal juga suara itu untukku
Oh kamu Ku pendam lama perasaan ini Menahan rindu yang menghimpit selalu Ada saatnya aku lemah dikuasai nafsu Ada tikanya aku menangis menahan malu pada Rabb-ku Tidak aku mahu diketawakan syaitan laknatullah Tidak lagi mahu imanku di biarkan tewas Lantas kamu, Segeraku beli dengan cinta yang halal
Oh indahnya sebuah akad Yang tidak lagi membutakan mataku Yang tidak lagi mentulikan telingaku Tidak perlu di curi lagi senyumannya Tidak lagi perlu di curi suaranya Oh kini aku jua bisa merasa manisnya senyum itu Sentiasa pula dia lemparkan kepadaku Alunan suaranya lembut mendayu Mahu dan sentiasa mahu dia berbicara kepadaku
Oh mekarnya sekuntum bunga Berkembang sentiasa untukku Cantiknya diwarnai merah jambu Menyejukkan lagi mata ini memandang Sangat menyenangkan hati yang tidak keruan
Oh mata ini masih lagi memandang Terus juga memandang Dengan harapan dia membalas pandanganku Oh dia sedar aku perhatikan Ku fikir sekali lagi mataku mahu dibutakan Tidak
Oh dia melangkah ayu merapatiku
Satu suara di bisik lembut kepadaku ‘’ Oh suamiku Aku kini sudah halal untukmu Pandanglah aku sebebas mana yang kamu perlu Dengarlah suara ku selama mana yang kamu mahu Senyuman ini aku titipkan kemas hanya untukmu Suara ini aku alunkan syahdu hanya untukmu Aku telah membayar cinta ini dengan menjadi peneman yang halal untukmu ’’
Aku, Tersentak. Air mata jatuh bercucuran. Sujud penuh kesyukuran.
Inilah tragedi cintaku…
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 08:46 am 26 rabiul awal 1432 H 1 March 2011
Labels: Puisi Cinta Ilahi
|