AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 17 April 2011, 04:57:00
Hari Itu Adalah Hariku
 |
Selamat hari lahir wahai diri, sweet 19 ! :D
|
Hari itu Aku dipangku enak oleh seorang wanita Di cium pipi dan dahiku berulang kali Tangannya membelai lembut kepalaku Air matanya menitis Sungguh terharu dia melihatku Aku tidak mengerti apa-apa Menangislah aku tika itu Bukan ini yang ku mahu
Hari itu Aku didukung erat oleh seorang lelaki Di cium pipi dan dahiku berulang kali Dia merapatkan bibirnya ke telingaku Allah.. Allah.. Allah.. Nama Tuhanku di sebut-sebut Aku tidak mengerti apa-apa Menangislah aku tika itu Bukan ini yang ku mahu
Hari itu Adalah hariku Terasa kaku di mandikan Tubuhku di bungkus kain putih Di solatkan aku berjemaah Aku di iringi ramai hingga ke sebuah lubang sempit
Hari itu Aku mengerti semuanya Wanita yang ditinggalkan itu adalah ibuku Lelaki yang ditinggalkan itu adalah bapaku Kini mereka menangis melihatku Tika itu aku senyum kesenangan Inilah sebenarnya yang ku mahu
Hari itu hari lahirku Hari itu adalah hariku Lahirku tahu bila Matiku tidak tahu bila
Semoga lahirku menyenangkan mereka di sekelilingku Dan semoga matiku disenangkan dan lebih menyenangkan mereka di sekelililngku. Selamat hari lahir, wahai diri.
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 14 Rabiu’l akhir 1432H 19 Mac 2011 03:23 am
Labels: Puisi Motivasi
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|