AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Monday, 4 February 2013, 16:00:00
Kem Sinergi - Iman Paksi Kehidupan
 |
Minta izin pada yang selayaknya. |
SEJARAH KEM SINERGI
Sebelum mula bercerita dengan lebih jauh, amatlah molek jika saya dahulukan dengan sejarah Kem Sinergi siri pertama. Kenang-kenang dan beri kredit pada senior-senior yang terlebih awal menjayakannya.
----
'' Kita buat program berbentuk kem. Kem kepimpinan... "
Itu antara cadangan awal dari saudara Asrul Amirul. Dia adalah Pengarah Program Kem Sinergi siri pertama, Exco Dakwah dan Kepimpinan MPM sesi 2011/2012 merangkap ketua exco saya dan senior saya bagi course Undang-undang Dan Syariah.
Tapi sebelum itu, saya sudah berbincang lebih awal dengan seorang lagi senior saya merangkap Timbalan Pengarah Program iaitu Kak Zura! Hehe. Kami rancang sebuah program baru bagi menggantikan program Mujahid Intelek II (program ala-ala Imam Muda di KUIM) yang tak dapat di jalankan masa itu. Daripada peruntukan yang ada tu di biarkan saja, maka En Hady (pegawai HEM) cadang kami buat program baru. Bajet dah ada katanya.
Bincang-bincang dalam pejabat En Hady sambil saya dan Kak Zura berdiri di hadapannya. Dan saudara Asrul pula menjenguk-jengukkan kepala dari luar melalui tingkap pejabat En Hady. Lucu. Melihat keadaannya sebegitu, saya bisik pada kak Zura : dah macam mesyuarat tingkap dah. =,=
Eh? Fokus pada cerita.
---
'' Syu nak Asrul yang jadi pengarah... "
Cadangan asal saudara Asrul, dia minta saya dan kak Zura buat program yang melibatkan perempuan sahaja. Mujahidah Intelek ke apa apa la yang berkaitan dengan perempuan. Lantas kak Zura terus mengatakan sebegitu (seperti ayat di atas) kepadanya.
Tebal muka. Bincang-bincang di masjid masa itu, saudara Asrul seakan mahu setuju. Maka dia buat keputusan esok bincang balik. Eh? Hehe.
Esoknya, kami buka meja mesyuarat di Blok Bestari. *yang ada kami bertiga je. Program berbentuk kem, saudara Asrul cadangkan. Saya dan kak Zura setuju. Maka kami duduk-duduk bincang objektif dan sasaran peserta. Nama programnya apa? Ahaaa. Dah bincang-bincang tapi tak letak nama program. Maka masa inilah saya beraksi! Eh? Haha.
SINERGI!
'' 1 + 1 = 3. Apa apa yang kita buat dengan berpandukan iman, maka hasilnya akan jadi luar biasa.. "
Pada mulanya saudara Asrul agak berkerut juga nak faham sinergi itu apa. Kebetulan masa itu saya bawa novel Sinergi, maka nak lagi faham abang asrul kena baca buku ini. Perintah saya. Ngeh3.
Pada siri pertama program ini, segala modulnya saudara Asrul serahkan pada saya untuk rangka. Dan habislah setiap modul saya petik nama-nama artikel dalam Langit Ilahi. Ada satu modul namanya ''Perang Nafas Panjang.." Kan sukar nak memahami apa yang di maksudkan. Jenuh juga saya eksplen setiap objektif modul. Biar namanya pelik tapi objektifnya tak pelik. Huhu. Saudara Asrul tak banyak cakap. Dia iyakan saja mengikut kehendak saya. =,=
Saya di lantik sebagai Naib Pengarah Program, dan setiap urusetia kami bertiga yang pilih.
Banyak yang saya belajar dari senior-senior saya ini.
Melalui Kak Zura, saya belajar bagaimana mahu jadi orang yang sentiasa berfikiran positif. Melalui saudara Asrul, saya belajar bagaimana mahu profesional dan tegas dalam mesyuarat dan bijak kawal emosi.
*Sebab saya agak keras kepala dan beremosi maka Allah izin adanya pengarah program sebegitu supaya dapat merasionalkan saya kembali. Ngeh3.
Maka sebelum kita lupa diri, jom ucap terima kasih pada mereka yang terlebih awal menjayakannya dahulu!
----
Kita tidak mahu menjadi pemimpin yang biasa,
kita mahu menjadi pemimpin yang luar biasa.
Kerana Iman itu adalah paksinya.
 |
Seronok sebab Allah izin Ustaz Don join masa tu! |
Bercerita pasal KEM SINERGI II di sini.. SILA KLIK :p
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|