Monday, 4 February 2013, 18:00:00
SINERGI - Terkesan habis!
'' 1 tambah 1 bukan 2 tapi 3
Sinergiku Nursyuhaidah binti Abdul Razak
Semanja nama Kak Long Syu
Dakwah tanpa sempadan
Ukhuwah fillah kekalan jalinan! ''
*Trademark kami. Idea asal dari Abah Mi =)
Alhamdulillah, Allah izin kali ini seramai 174 mahasiswa dari 34 buah IPT yang turut serta dalam Kem Sinergi II. Err.. lain dari ucapan kan, sebabnya ada seorang akhi yang baru datang daftar diri masa hari terakhir tuh. -.-"
KONSEP KELUARGA. BUKAN SEKADAR PANGGILAN.
Kali ini Allah izin saya menggunakan konsep keluarga dalam program berbentuk kem kepimpinan dan tarbiyah ini. Alhamdulillah Allah izin kali ini saya dapat jadikan saudara Sharimi sebagai Kem Komandan. Sebelum ini kami pernah berkerjasama dalam program Malam Seruan Al-Quds siri pertama di KUIM.
Berkenan saya pada dia, sebab dia boleh masuk dan cepat ngam dalam pelbagai situasi.
Banyak idea, berpengalaman dan bersahaja serta kelakar itulah dia Sharimi Shaharudin. Senang berkerjasama dengan dia. Bila dia tanya, '' Syu nak guna konsep apa dalam program ini?.. "
Saya kata, keluarga.
Saya tak nak dalam program ini kita terikat dengan panggilan ana enta, antunna antum bagai. Konon nak bagi kena dengan program Islamik. Tidak, nak tunjuk Islam itu bukan pada panggilan tetapi cara bertindak kita itu bagaimana.
Dia terus setuju.
Pada dasarnya, konsep keluarga yang kami bawa dalam program ini sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi semua pihak yang terlibat. Buktinya setelah habis kem terus melekat panggilan itu pada semua kan? Abang Long Riq sendiri sudah bercerita mengenainya. Ramai hati yang terkesan. Lihat, konsep keluarga ini Allah izin ianya berjaya.
Tapi. Tapi dan tapi. Jangan cepat tertipu.
Bukanlah sekadar panggilan itu yang kami mahu terapkan. Cuba semua singkap dan cari yang tersirat. *sepatutnya saya masuk dalam point2 ucapan tapi terlupa. -.-"
Slot USRAH (keluarga), sengaja kami masukkan dalam pengisian program. Sebab mungkin ada antara kita yang itulah usrah pertama yang dia sertai! Atau mungkin yang baru kenal oh inilah usrah! Bukan saja-saja. Cuba ambil hikmah dari yang tersirat.
----
Keluarga, saya kira segala yang baik atau jahat bermula dari dalam rumah. Pentingnya untuk kita teliti semula dalam rumah kita itu sendiri di isi dengan apa? Bagaimana kita di didik dan mendidik dalam rumah itulah yang mencorakkan bagaimana kita bila di luar rumah.
Faham dop? -.-"
Pentingnya untuk semua tahu, saya bukan nak semua pandang Kem Sinergi ini sebagai sebuah keluarga besar. Nah, bukan hanya pada itu. Tetapi lebih pada diri individu itu bagaimana dia beri untung pada keluarganya sendiri.
'' Dakwah pada orang lain, sedangkan family sendiri tunggang langgang.. "
Sebab itu saya nak guna konsep keluarga. Beri tamparan pada diri saya sendiri. Akhi Afdholul Rahman dari langit Ilahi ada pernah ulas pasal ini. Dan memang saya terasa betul. Positif, itu teguran dari Allah.
Jadi semua, jangan hanya terikat dengan panggilan abang long, kak ngah dan sebagainya. Tapi ambil peduli juga pada bagaimana kita menjadi kak long dan abang ngah pada adik beradik kita sendiri. Itu yang saya nak bawa. Ambil hikmah dari yang tersirat. Jangan nampak pada yang zahir sahaja. Semoga Allah beri kefahaman. =)
FOLLOWERS FACEBOOK YANG SAYA TAK MAHU KENAL DIA...
Alhamdulillah, Allah izin masa program kali ini saya bertemu dengan peminat rahsia. Katanya dia selalu mengikuti status status facebook saya secara senyap. Hampir setahun dia add dan menjadi follower fb. Tapi beberapa hari lepas saya baru approved. =.="
Ya, dia yang kata dirinya followers facebook. Saya tak mahu kenal pun dia. Tak mahu kenal dia dengan panggilan sebegitu...... saya nak panggil dia sahabat! Bukan follower! *haip ada ke yang dah touching dulu?
Bercerita pasal status facebook, yang saya tahu memang ada members sekeliling yang kurang gemar dengan status saya yang agak pedas kadang kadang itu. Lepas tu memang adalah yang terasa hati sangat sangat dan removed saya. Kalau tak removed pun, diorang akan buat status tak puas hati dekat wall diorang sendiri. Eh? Hehe.
Bercerita pasal teguran melalui status, saya banyak belajar dari status status orang luar (bukan members KUIM) yang lebih matang bila menegur. Status mereka memang untuk menegur individu, tapi diorang bijak buat ayat yang menjadikan status itu berbentuk umum. So saya kena belajar lebih lagi dengan diorang. Hehe.
Tapi ada juga yang memang tidak tuju pada sesiapa, tapi status mereka itu buat saya terasa. Positif, saya kira itu teguran dari Allah melalui dia.
Eh jap jap. Fokus pada cerita pasal dia =)
Mereka, saya kagum dengan sikap sayang yang mereka tunjukkan.
Tak perlu pun kata saya sayang awak, tapi buktikan dengan perbuatan. Hehe. Dia peluk saya dan kata kenal kat facebook. Mereka minta bergambar, saya pun turutkan saja pada awalnya. Macam dah kenal lama, itu perasaan yang mereka bagi saya rasa! Huhu terharu! T.T
Kalau dia bercerita masa pandangan pertama dia pada saya, saya pun sama juga. Saya nampak mereka bertiga ini keluar dari kereta. Mereka antara peserta terawal yang mendaftar. Saya minta Kak Long Eka tanya diorang tu peserta Sinergi ke. Huhu. *Muka tiga tiga nie matang jek.
Alhamdulillah, Allah izin saya bertemu dengan orang orang sebegini. Hikmahnya Allah nak tunjuk melalui facebook juga ukhuwah mampu terbina. Buktinya, saya dan mereka!
 |
Mereka yang istimewa.
|
 |
Saya dengan Kak Ngah Shikin, seorang yang suka buat orang terharu dengannya!
|
 |
KAMI =) |
KESELURUHAN PROGRAM. APA KATA MEREKA?
Berikut antara yang saya sempat snap diorang punya post. Hehe.
LANGIT ILAHI CONSULTANCY. ALLAH IZIN BERJUMPA..
KENANGAN YANG TIDAK AKAN PERNAH LUPA
Gambar asal bersama banting bergerak.
 |
Gambar ubah suai setelah abang Long Din datang mencelah =,=" |
KESIMPULAN. TERIMA KASIH SEMUA.
Nak rungkai satu satu betapa berdedikasinya semua urusetia, memang tidak akan pernah habis.
Dengan adanya Kak Long A'ah, seorang yang tidak akan tanya kenapa pada keadaan saya yang tidak stabil dan dia akan menunggu saya cool baru dia bertanya. Hehe. Sangat sayang pada dia, pandangan dia yang bernas dan matang. Terbuka dan matang. *sengaja nak sebut matang dua kali.
Semua urusetia Kem Sinergi II, walaupun saya tak mention nama kat sini. Tapi anda sendiri dapat rasa saya sedang bercerita mengenai anda. Terima kasih sebab..... kamu seorang yang :
Seorang yang memudahkan kerja orang lain. Tak berkira duit minyak kereta ke sana sini, tak berkira duit fotostet itu ini. Tak berkira tidur lewat bersengkang mata. Tidak terasa atau pendam lama kena marah dengan saya pasal itu dan ini. Tak cepat merungut itu dan ini. Tak cepat melatah bila saya mula beremosi. Kamu buat cool dan bagi saya gelak semula. Tak cepat mengata tak puas hati itu ini di belakang saya. Kalau ada apapun, saya anggap kamu tak sengaja.
Terima kasih.
-----
KREDIT untuk BOS RAZAK, AIN, EKA, MUIZ, HANIS DAN SYUKRI atas video yang ohsem! Pasal yang salah ejaan tu kira saya halalkan aje la.. =,="
|