AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Monday, 25 March 2013, 19:48:00
Merisik Bakal Suami
 |
Siapa? Belum tahu lagi. |
Wah! Tajuk hangat neh! 0_o
Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali, saya nak bagitahu saya ada kenalan FB yang bilamana dia nak post pasal cinta, dia akan minta maaf dulu pada friendsnya. Kerana khuatir post itu me-laghakan pembacanya (sedangkan tidak). Sangat hormati dia. Cara dia menyantuni pembaca setia statusnya.
Jadi, saya contohi dia : maaf bagi mereka yang terbaca perkongsian ini lalu terasa lagha. Bagi yang bersedia, boleh terus baca. Bagi yang rasa post ini belum atau tidak sesuai dengan diri, sila-silakan berhenti baca.
Walau apapun saya cuba pastikan perkongsian ini beri manfaat untuk saya dan kamu yang membaca. Semoga Allah izin.
Suka Bagi Perempuan Yang Beragama
'' Saya suka dia.. "
Perempuan biasa bila suka lelaki, dia akan cepat berkongsi dengan rakan rapatnya. Atau kata lain : buat sesi luahan rasa bersama. Biasanya perempuan, dia tidak pendam lama. Sukar untuk dia mendiamkan setiap hot story yang terjadi pada dia dan si lelaki itu. Dia akan beritahu secara details lelaki yang dia suka itu bagaimana. Mungkin hari ini lelaki itu ada belikan dia coklat atau bantu dia siapkan tugasan : dia akan cerita sampai habis pada kawan perempuannya itu. Kadang benda yang sama di ulang-ulang cerita. Lazimnya perempuan sememangnya kuat bergosip tentang lelaki yang disukai.
Bagi mereka, itu bahagia. Itulah tanda dia benar-benar suka.
Perempuan biasa itu berbeza dengan perempuan yang Allah anugerahkan kefahaman agama.
Wahai lelaki perlunya kamu tahu bahawa,
Suka bagi perempuan yang beragama, bukan sekadar rasa-rasa. Dia akan mula buat pertimbangan dan merisik. Pertama : Pertimbangan - dia menilai sendiri atas dasar apa sukanya itu. Atas faktor rupa, berduit atau agama? Pentingnya untuk memilih yang beragama sebagai faktor pertama tetapi yang berduit bukan faktor nombor dua. Seimbang. Sama penting : agama dan duit.
Hari ini, tidakkah ada pasangan yang bercerai atas sebab kewangannya tidak kukuh? Berapa ramai isteri yang merungut keperluan dapur sudah habis, belanja anak ke sekolah tidak cukup tambah pula gaji bulanan si suami tidak serah pada isteri. Duit yang sepatutnya menjadi hak isteri habis entah ke mana. Murunglah si isteri. Bertengkar dan bermasam muka pada suami di hadapan anak-anak.
Bijaknya perempuan yang Allah anugerahkan kefahaman agama ini, dia akan membuat pertimbangan secara menyeluruh. Lantas dia pandang sangat meragukan pada lelaki yang beria-ia mahu berkahwin dalam keadaan dirinya tidak berduit : pumpang pumpang di FB konon bertunang sana sini. Bagi yang perempuan pula kononnya sanggup menerima si dia seadanya. Duit itu tidak penting, yang penting adalah cinta. Maka bagi orang yang Allah anugerahkan kefahaman berasa sangat musykil : rasa suka atas dasar apakah ini?
Perempuan, usah tertipu dengan rasa. Duit itu sama penting dengan agama : cuma jangan jadikan agama faktor nombor dua. Fikirkan semula. Segala keperluan baik baju kamu, almari bilik, cadar katil mahupun ubat nyamuk : semuanya dibayar dengan duit bukan 'rasa cinta' itu. Waraskan kembali diri kamu, jangan cepat memberi rasa.
Jika si dia sungguh-sungguh dengan rasanya, maka dia akan bergerak mencari duit. Sebelum dia melamarmu pastinya dia mahu kewangannya kukuh dan stabil : saya yakin semua lelaki beragama begini. Sebab yang beragama lazimnya tahu dan faham apa yang dia lebih perlu.
Kedua : Merisik - bagi perempuan yang Allah anugerahkan kefahaman agama ini : dia akan mula merisik secara senyap lelaki yang disukainya itu. Sikapnya, emosinya, cara pergaulannya, cara berpakaiannya, cara berjalannya, cara makannya, cara dia berurusan melibatkan wang, cara dia memberikan pandangan, cara lelaki itu bercakap atau bergurau dengannya : selaras dengan kehendak syarak atau tidak. Faktor fizikal, dia akan teliti secara senyap.
Bijaknya perempuan yang dianugerahi kefahaman agama ini, kerana sukanya itu dia letakkan kerana Allah semata. Jika dia melihat sikap-sikap lelaki yang disukainya itu tidak selaras dengan kehendak syarak, maka dia mula menilai dan bertanya diri : mungkin Allah nak tunjuk dia bukan lelaki yang baik untukku. Jika aku suka dia sebab Allah, maka perlunya aku buang jauh rasa ini kerana Allah dah tunjuk dia bukan lelaki yang baik untukku : mungkin dia lelaki yang baik pada perempuan lain. Atau mungkin Allah nak uji sejauh mana aku boleh terima keburukannya sehabis mampu : Istikharah.
'' Ya Allah, jika rasa suka ini bukan saja-saja Engkau beri. Maka Engkau ubahlah dia sebelum berikan dia kepadaku. Jika dia benar untukku, maka Engkau ubahlah dia. Ubah dia menjadi hambaMu yang terbaik. Ubah cara pergaulannya selari dengan kehendakMu. Ubah setiap tingkah lakunya bagi meraih redhaMu. Jentikkan hatinya untuk berubah, campakkan dalam hatinya akan hidayahMu. Izinkan dirinya juga menyukaiku. Namun jika dia bukan untukku maka Engkau hilangkan rasa suka ini ya Allah. Jauhkan dirinya daripadaku namun Engkau kekalkan hidayahMu padanya. "
Positif. Tidak kecewa. Kerana itu pada awalnya lagi bagi perempuan yang Allah anugerahkan kefahaman agama ini akan meng-hadkan rasanya iaitu SUKA. Sekadar suka dan dalam masa yang sama dia mula membuat pertimbangan dan merisik. Jika semuanya baik dan lelaki tadi telah lulus 'ujian senyap'nya, baru dia mula suka secara serius : cinta.
Perempuan : Pilih Mahu Jadi Yang Biasa Atau Berstrategi?
Hikmahnya perempuan yang Allah anugerahkan kefahaman agama ini, dia berstrategi. Dia tidak cepat memberi rasa. Dia akan simpan dahulu dan memastikan sendiri atas dasar apa sukanya itu : lazimnya rasa suka tadi dia akan memberitahu ibunya. Bagi ibunya dahulu yang tahu. Dalam masa yang sama dia mula lakukan 'gerak kerja'nya secara senyap terhadap lelaki itu : pertimbangan & merisik.
Oleh itu, bagi para lelaki yang berdekatan dengan bia'h solehah. Boleh jadi anda saat ini sedang dirisik secara senyap oleh si mawar agama. *blushing*
Semoga bermanfaat untuk saya dan kamu yang membaca.
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|