AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Thursday, 30 May 2013, 23:20:00
" Anak Hasil Zina, Penzina Juga? "
'' Anak Hasil Zina, Penzina Juga? "
Secara logiknya, ya. Boleh jadi. Namun siapa kita mahu menidakkan potensi positif yang ada pada mereka?
PERBETULKAN CARA PANDANG KITA
Silap besar jika mereka kata anak Ustaz sahaja yang berpotensi untuk faham akan agama. Lagi silap jika mereka anggap anak Prof sahaja yang berpotensi untuk jadi bijak pandai dapat 4 rata. Bertambah silap jika mereka kira anak Orang Kaya sahaja yang berpotensi untuk jadi kaya dan berjaya.
Hey saya kata tidak mustahil jika anak seseorang penzina tidak akan menjadi penzina juga.
Lagi tidak mustahil jika anak seseorang yang dungu tidak akan menjadi dungu sepertinya.
Bertambah tidak mustahil jika anak seseorang yang fakir tidak akan menjadi lebih fakir daripada ibu ayahnya.
Selagi seseorang itu celik hati dan dia faham tiada siapa dapat mengubah keadaan hidupnya melainkan dirinya sendiri. Maka peluang dia berjaya dunia akhirat terbuka seluasnya. Namun mengapa tidak kita berikan peluang dan kepercayaan?
Kadang sebab kitalah mereka ini rasa tersisih, sebab kita terlalu pandang tinggi pada mereka yang sudah berjaya terang tang tang dek bakanya yang sememangnya elok (berjaya selagimana Allah izin). Lalu kita menutup peluang dan ruang untuk mereka yang dalam 'kategori bawahan' ini untuk ke hadapan memajukan diri. Sebab apa tahu?
Sebab cara pandang kita yang salah!
Kita pandang neraka pada anak seorang Penzina.
Kita pandang jahil pada anak seorang Dungu.
Kita pandang lekeh pada anak seorang Fakir.
#Saya ada kenal sebuah keluarga ni. Ayahnya driver lori. Emaknya kerja di kantin sekolah dan tidak bertudung. Dua orang abangnya dah berhenti sekolah. Seorang daripadanya terlibat dengan geng Mat Rempit. Keadaan keluarganya saya kira agak sosial dan tiada kawalan ibu bapa. Yang menariknya, anak perempuannya yang berusia 10 tahun tertarik dengan tudung. Masa saya datang ke rumahnya, dia menyelubung kepalanya. Bila emak saya tanya kenapa buat macam tu, dia jawab sebab kak Eda pakai macam tu.
Menarik. Sebab bila keluarganya datang ke rumah saya, so saya mestilah kena pakai tudung kan. Si adik kecil ini tengok dan cuba melakukan perkara sama bila saya pula datang ke rumahnya.
Serentak dengan itu, barulah saya mengerti mereka ini jika kita beri peluang dan kepercayaan maka mereka akan rasa semangat dan mahu berubah. Beri mereka keyakinan dan harapan. Tetapi lazimnya orang akan berkata begini,
'' kalau emak ayah macam setan, anak lagilah teruk.. "
Inilah kita. Masih dengan cara pandang yang salah. Tolonglah jangan down-kan mereka dengan 'kata-kata semangat' kita yang entah apa-apa.
JALAN MENUJU INISIATIF
Nah bagi mereka yang Allah uji dengan keadaan keluarga yang agak kurang beragama, kurang kaya atau kurang pandai. (sengaja fokuskan 3 kategori ini : agama, ilmu, kaya)
Di sini saya ada baca satu kisah menarik dalam buku Wanita Istimewa, Dr Karim El- Shazly.
Kisah mengenai gambaran kecil kehidupan masyarakat sekeliling kita. Nah saya kongsikan semula di sini, jom sama faham dan hayati.
Seorang pakar jiwa menceritakan kisah mengenai dua orang saudara yang hidup dalam suasana yang menekan. Bapa mereka mempunyai perangai yang buruk ; sering memukul ibu mereka, menghamburkan kata-kata kesat dan suka melakukan maksiat. Akhirnya si bapa tertangkap atas tuduhan mencuri yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.
Yang membingungkan, salah seorang daripada dua saudara ini mengikuti jejak bapanya, sehingga tidak mengejutkan jika pengakhiran hidupnya sama seperti bapanya.
Manakala yang seorang lagi telah membentangkan kertas-kertas kerja di sekolah-sekolah, melakukan pekerjaan pada waktu petang, bekerja dan belajar sehingga menjadi seorang doktor yang terkenal, disanjung oleh masyarakat kerana ilmunya yang bagus dan akhlaknya yang hebat.
Kisah yang menghairankan ini membuat pakar jiwa itu tertanya-tanya : walaupun pembentukannya adalah satu, apakah yang menjadikan seorang daripadanya mengikuti jalan yang merosakkan dan seorang lagi berada pada jalan keilmuan dan kerja keras?
Beliau tidak mendapat jawapan kepada persoalan ini, lalu beliau pergi kepada anak yang berada di dalam penjara dan bertanya kepadanya satu soalan, iaitu : Mengapa anda berada di dalam penjara sekarang?
Anak itu telah mengatakan kepadanya : '' Sekiranya ada orang lain hidup sebagaimana kehidupanku, ia tidak akan dapat melaluinya melainkan dengan jalan ini. ''
Apabila pakar tersebut pergi kepada saudaranya yang menjadi doktor dan bertanya soalan yang sama, doktor itu berkata : '' Jika ada orang lain hidup sebagaimana kehidupanku dan melihat apa yang aku lihat, maka ia akan melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan! "
Nah apa yang anda faham dari kisah ini?
Sesungguhnya kita adalah golongan yang mencipta kehidupan yang kita lalui, bukan keadaan masyarakat, bukan keadaan ekonomi dan bukan pembentukan suasana - saya tetap mengakui kekuatan faktor-faktor itu dalam kehidupan kita.
Kisah ini sekadar gambaran kecil berkaitan masyarakat di sekeliling kita. Manusia itu terdiri daripada salah satu daripada dua golongan ;
Sama ada seperti saudara yang bersifat negatif tersebut yang berserah dengan keadaan sekeliling, lemah untuk mengubah keadaan tersebut dan pasrah kehidupannya menjadi sia-sia. Ataupun seperti saudaranya yang yakin untuk berhadapan secara sempurna dengan keburukan-keburukan yang tidak dapat dielakkan, lalu dia berinisiatif dan berubah. Maka dia mendapat kecemerlangan dengan kehidupan gembira dan bahagia.
Nah, jangan mudah berserah dengan keadaan sekeliling yang negatif. Bentuklah aura positif bermula dengan diri sendiri.
PERANAN KITA
Bagi mereka yang hidup dalam keadaan keluarga yang agak sempurna, bersyukurlah kerana dari kecil sudah didedahkan dengan tarbiah. Peranan kita untuk mereka yang di uji ini, beri mereka ruang dan kepercayaan. Sebab kadang mereka ini sangat perlu keyakinan dari kita.
Bagi mereka yang di uji, bersyukurlah juga kerana inilah jalan untuk anda menjadi manusia yang lebih berinisiatif. Jangan mudah menyerah dengan keadaan sekeliling yang negatif.
'' Malaikat bertanya lagi : Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? ''
An-Nisa' : 97
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|