AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 4 December 2013, 04:30:00
Coretan : Mengapa Ahmad Ammar?
 |
Kematian Yang Menghidupkan |
3 Dis 2013
Hari ini sedang tangan membelek suratkhabar Sinar Harian, sambil mulut pula menghirup perlahan air panas. Mataku tidak semenanya kaku pada satu laman yang diselak itu, seakan tertarik akan tajuk dan beritanya lalu bibir mengukir senyum.
'' Genap sebulan Ammar pergi "
Ya, sudah sebulan. Namun mengapa masih jadi sebutan?
YANG MENGGERAKKAN HATI
Seminggu lalu, saya telah curi sedikit masa adik-adik perempuan yang perlukan bimbingan di sini dengan berkongsikan pada mereka, video Ahmad Ammar Dalam Kenangan.
Setelah itu saya bertanyakan apa yang mereka rasa.
'' Benda ni normal lah. Memang orang yang hidup akan mati."
" Haah. Perkara biasa tapi tersentuh dekat part yang ramai orang nak usung keranda dia tu.. "
Saya meraikan pandangan itu. Lain orang lain rasa kan?
Ya lah, Ammar ini bukan Nabi. Bukan juga Rasul. Siapa dia yang kematiannya perlu disanjung begitu, orang biasa macam kita juga.
Saya bersarkastik. Kedua-duanya mengangguk. Oh rupanya mereka tidak faham sarcasm.
Lalu saya bertanya lagi,
'' Ammar ni hensem kan?"
'' Hermm ok lah.. ''
Mendengar itu saya faham bagaimana mereka mendefinisikan sesuatu. Ikut logik akal atau logik hati. Hm.
Saya terus mengasak lagi untuk menguji,
'' Siapa yang rancang buat video ni lepastu letak pula di Youtube..? ''
'' Kawan-kawan dia lah.. ''
'' Siapa yang menggerakkan hati kawan-kawan dia itu? ''
Seorang adik belasan tahun itu menjawab lambat, '' Allah.. "
Yang seorang lagi masih stick dengan pandangan dia '' Kawan-kawan dia bla bla.. "
Lalu saya memberikan analogi.
Logik tak misal kata akak mati esok. So malam ni akak ngaji dan suruh kamu rakam. Lepastu akak nak kamu letak kat youtube biar semua orang tengok apa amal akak sebelum mati. Logik tak?
Dua-dua geleng.
Ya, siapapun takkan setuju fasal itu. Siapa yang tahu bila dia mati kan?
Saya menyambung,
So Ammar ni dia jugalah yang suruh kawan dia buat video segala? Buat ceramah, fanpage kat facebook segala memang Ammar lah suruh? Cerita segala kebaikan dia, semua ini memang Ammar dah rancang sebelum pergi lah?
Mustahil begitu.
'' Sebab tiada yang hidup tahu bila akan mati.. '' Saya menganggap diam mereka itu, diam yang memahami ini.
'' Kamu ada saudara atau kawan yang sudah meninggal dunia?.. "
'' Ada..''
" Kamu masih bercakap pasal dia sekarang.. ?
Dua-dua senyap dan menggeleng.
Tapi kenapa Ammar yang kamu tak pernah kenal pun, menjadi topik sembang kita sekarang? Kenapa kebaikannya masa hidup masih terus orang sebarkan?
Saya memberikan tanda tanya, seperti berkhutbah pula.
'' Setuju tak kalau akak cakap Allah yang rancang semua ni?.. "
Saya bertanya soalan yang mematikan jawapan tidak.
Yang merancang kamu untuk tengok video ni pun Allah. Bukan akak sebenarnya. Tanya diri balik, kenapa Allah bagi aku tengok video ni? Kenapa Allah nak aku ambil tahu pasal Ammar ni?
Suatu hari nanti kamu akan faham apa yang akak kata walaupun bukan sekarang.
Saya harap sungguh.
ORANG BIASA YANG PENTING
'' Mak nak tengok video taaruf tak? "
Sengaja mengusik wanita anggun 40-an itu, tak sabar terus jadinya dia. Saya cucuk pendrive di belakang badan tv, lalu percepatkan 10 saat video itu sehingga terpampar gambar seorang bayi lalu saya tekan pause. Saya memang sengaja tak nak bagi tengok skrin yang tertulis,
'' Ahmad Ammar Dalam Kenangan 15/2/1993-02/11/2013 "
Emak saya dipanggil untuk melihat rakaman bermakna.
'' Orang mana ni Eda..? ''
'' Oo belajaq maktab.. pandai dia ni.. "
'' Agama pun pandai.. "
Emak saya memberi komen tanpa disuruh, mendengar itu pun saya dapat jangka hatinya berbunga. Sebab yang dia sangka video taaruf yang 'itu'..
Belum sampai lagi part yang tunjuk kawasan kemalangan. Kakak saya sudah mencelah, membuatkan emak saya faham sudah taaruf yang bagaimana. Memang kacau daun betul kakak saya. Heh.
Sepanjang video ditayang, adik lelaki saya tanya..
'' Dia ni orang penting ke?.. "
Soalan biasa, tetapi jawapannya bervariasi.
Boleh jawab orang penting, kalau yang meninggalnya orang politik, usahawan dan apa-apa yang dimaksudkan sebagai 'orang berkepentingan'. Ammar orang biasa, tapi boleh juga dipandang 'orang penting' oleh penduduk Langit. Boleh ya.
Ya selalu orang berkepentingan sahaja, yang biasa kita lihat di kaca tv pemergiannya ditangisi beria. Terutama sekali artis, 'berkepentingan' sungguh sehingga kata orang hilangmu tiada ganti.
Tetapi jauh sekali orang biasa yang asing ini.
" Hilang satu Ammar, akan lahir 1000 lagi Ammar "
Inilah semangat orang berIman. Kesedihan yang bukan meratapi, tetapi yang memotivasi.
Tapi mengapa Ahmad Ammar?
Sehingga kini jika kita tetap bertanyakan soalan begitu, istighfarlah kerana ia ibarat nyawa pada hati yang mati.
Sungguh
Asing sekali empunya nama
Tidak pernah aku tahu wujudnya dia
Dalam dunia yang hampir di penghujungnya
Ada orang biasa yang luar biasa akhlaknya
Sungguh
Asing sekali hikmah Tuhan
Yang mengaturkan segala kejadian
Merasa enaknya sebuah kematian
Hingga kini menjadi sebutan
Apakah orang biasa ini istimewa benar di sisi Tuhan?
Sungguh
Asing sekali aku rasa
Orang biasa ini mudanya tak dipersia
Menarik cemburunya aku si penduduk dunia
Saat pengakhirannya dipertonton jutaan manusia
Hati dan jiwa tersentuh ada
Istimewa apa orang biasa aku tertanya
Semua ini rencana Tuhan
Ya iman menafikan tiada
Puisi Asing, 29.11.2013
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|