" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 7 January 2014, 13:08:00
Memikat Bijak -- Asalnya Bodoh Juga Ya?
#Himpunan bait-bait kata boleh kata prosa boleh kata puisi juga.
ASALNYA BODOH JUGA YA?
Ada ilmu tapi adab tiada,
asalnya bodoh juga ya..?
Sedia tahu laman muka buku itu,
kawasan terbuka lagi umum
tempat singgahan pelbagai emosi warga tua
tempat bermain pelbagai ragam warga budak
tempat luahan otak sempit tak kira masa
Tak bijak dengan persekitaran begitu,
Laman itu kau jadikan tempat menyatakan pandangan sendiri
Lalu berhujah menangkan diri
Lalu mengatakan YES pada apa yang kau tulis
Sampai masyarakat terkeliru pening runsing hampir terguling
Apa kau dah tak pandang
Kau tetap kata NO pada apa yang mereka suarakan
Berlembut perlahan kalau nak ubah kebiasaan,
Jangan terus berkeras macam ada rasukan,
Masyarakat sedia berani terima perubahan,
Kalau kita terlebih dahulu berilmu dan bijak menawan,
lagi beradab sopan.
060114, Rumah, memo, pepetang
MEMIKAT BIJAK
Akal sihat,
hati kuat.
Hati kuat,
ilmu melekat.
Ilmu melekat,
bijak mendekat.
Bijak mendekat,
baru memikat!
Memikat bijak, bijak memikat.
050114, Rumah, twitter, pepagi buta
SAIZ TAK SAMA
Makin meningkat usia, makin sedar.
Makin sedar, makin rasa.
Makin rasa, makin matang.
Makin matang, makin lebih faham orang.
Makin lebih faham orang,
makin kita tidak mahu menyesakkan kepala otaknya dengan hal-hal yang tak perlu.
Saiz kasut kita dan dia, kan tak sama.
030114, Rapat Setia, twitter, pepagi
NOMBOR KOSONG
Hatiku kosong,
belum terbuka untuk diisi mana-mana nombor.
020114, Rumah, twitter, memalam
KAU PERNAH RASA?
Kau tahu beza mendengar dari hati,
dengan hanya membaca luahan hati..?
Kalau tahu, kau pernah rasa?
Kalau tahu beza, kau pernah rasa.
Kalau pernah rasa, kau faham dia.
Kalau faham dia, kau hati pun senang.
Kalau hati senang, kau menang!
Kau tahu beza menulis di blog,
dengan bercakap apa yang kau tulis..?
Kalau tahu, kau pernah rasa?
Kalau tahu tulis, kau tahu cakap.
Kalau tahu cakap, kau tahu buat.
Kalau tahu buat, kau tahu ajak.
Kalau faham apa yang kau tahu, kau menang!
251213, Rumah, twitter, memalam
SEPARUH PENUH
Dengan manusia,
kau jangan cakap kau percaya dia cuma SEPARUH.
Nanti dia kecewa.
Tapi itu hakikatnya bukan..?
SEPENUH itu cuma pada DIA.
Walau SEPARUH,
tapi jangan sekali buat sesuatu sampai manusia hilang percaya pada kau.
Berikan dia hak yang selayaknya,
Kalau tak,
kau parah.
Kalau yang SEPARUH ini pun kau tak boleh jaga,
bermakna yang SEPENUH itulah punca.
Hati kau ada masalah denganNya.
241213, Rapat Setia, twitter, memalam
LANTAK KE DIA
Nak berjaya, jangan hirau apa orang kata.
Dia kata dia tak boleh buat itu, inikan pula kita.
Lantak ke dia.
Cerita kita dan dia, tak sama.
Terlalu ambil peduli apa orang kata,
sampai rasa down gila.
Buat hape.
Diulangi cerita kita dan dia, tak sama.
Orang boleh kata semahu dia,
tetapi kalau kita terasa gila sampai dah tak mahu buat apa-apa,
Kitalah loser.
231213, Rumah, Twitter, memalam
TAK SEMUA
Tak semua rasa kita kena kata,
Tapi semua kata kita kena rasa.
231213, Rapat Setia, Whatsapp, tetengahari
SAMA JAWAPAN
Kenapa kau beramal sedangkan setiap manusia itu sudah ditentukan dia ke syurga atau neraka?
" Aku beramal kerana aku tidak tahu."
Kenapa kau solat sedangkan ibu ayahmu tidak pernah menunaikannya?
" Kerana aku yang bertanggungjawab atas dosaku sendiri."
Kenapa kau tidak ikut berpeleseran bersama teman sebayamu?
" Kerana aku diberi pilihan, pahala atau dosa. Syurga atau neraka. "
Kenapa kau masih beramal soleh sedangkan kau tidak dikenali orang?
" Kerana aku telah berjanji dengan Tuhanku, aku akan beramal untukNya bukan manusia."
..............
Engkau yang banyak bertanya, sudahkah dirimu punya jawapan yang sama?
171213 Rapat Setia, memo, memalam
ANTARA HATI DAN MATI
Kita kata mahu contohi,
tetapi perbuatan kita tiada terbukti.
Bicara kita lebih pada apa yang tidak pasti,
sedangkan apa yang pasti itu setia menanti.
Bukankah nanti ada saat lenyapnya kelazatan dunia?
Apakah kita sudah mula bersedia menghadapinya?
Sebentar.
Aku mahu selesaikan soal hati ini dulu.
Aku butuh jawapan apakah dia mencintaiku juga.. hanya Allah tahu betapa aku mencintainya.
Aku harap kami berjodoh sampai ke syurga!
Lalu bagaimana jika maut menjengah sebelum soal hatimu ini selesai?
-- Aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Lalu bagaimana hendak sampai ke syurga bilamana tiada apa-apa?
-- Aku tidak mampu mengaturnya.
Nah.
Dahulu engkau berlebihan dalam perkara yang tidak pasti.
Engkau berharap penuh cinta dari manusia,
sedang Yang Punya Cinta tiada kecewa itu DIA.
Engkau kata inilah soal hati dan perasaan.. Tuhan lebih mengetahui,
sedang saat itu hatimu telah tertipu dengan permainan nafsu.
Dalam kecintaanmu itu tiada iman yang memandu,
lalu tiadalah juga engkau harapkan redha Allah.
Tiadalah Allah redha, tiadalah mungkin sampai ke syurga.
Ungkapan di bibir engkau katakan hanya Allah yang tahu,
sedang hatimu tiada muhasabah apakah iman yang mengawal hatiku..?
atau nafsu yang mengiyakan segala?
Lalu antara hati dan mati,
apakah salah satunya cuma engkau peduli?
131213 Rapat Setia, memo, pepagi buta
|