AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Monday, 3 February 2014, 17:09:00
the end T.
Kekuatan the end T terbukti apabila berjalan seorang dan terjatuh, kita mampu bangun semula dan
masih seorang.
the end T.
Merasai makna sebenar, tak semudah memberitahu makna.
***
Sedang berjalan di Giant,
ada seorang kakak tertarik dengan sebuah gerai kecil,
Berbekalkan tiga keping wang kertas 50 didalam dompet. Dia meluru menanyakan harga. Harga barang yang diminatinya itu dijual dengan kurang 100. Selesai membeli kakinya melangkah keluar sambil tangannya meraba-raba pursenya.
Perasan oleh dia, ringgit malaysia 50 didalam pursenya ada dua keping. Tertanya tanya dia sama ada diberi kepada si penjual sehelai not 50 sahajakah.. kembali dia semula ke gerai kecil tadi.
Anggapannya benar.
Si penjual berkata, " nasib baik ada customer macam kamu ni.. "
Untung si penjual.
Alhamdulillah.
Sudut pandang biasa : Untung lagi kakak tu kalau dia bayar separuh dari harga sebenar. Si penjual bukan tahu pun.
Sudut pandang the end T : sebab merasai makna sebenar, itulah yang membuatkan kakak itu berpatah balik.. kan?
***
Sedang mengekori aunty (seorang india muslim) setempat kerja di pasar, si perempuan bershawl belang itu.
Pasar ini dimonopoli oleh orang Cina.
Masuk sahaja, disambut dengan,
" mau beli ikan, amoi.. murah maa. "
Lalu pula depan apek jual sayur,
" sayur amoi.. mari pilih. "
Disambut begitu sekali. Bersahut-sahutan sesama mereka. Senyum melekat dibibir walaupun bau busuk ayam ikan menusuk hidung.
Ini teknik. Teknik memikat.
Si perempuan bershawl belang tidaklah membeli apa-apa, sekadar mengekori aunty dari belakang.
Jalannya laju. Matanya pula liar memerhatikan orang. Terpandang dia, seorang kakak manis berambut panjang dari jauh. Sebelahnya kakak manis bertudung.
Dua-dua memegang helmet. Berdiri kaku di tengah tengah pasar. Muka risau.
Si perempuan bershawl belang lalu bersebelahan mereka. Sempat menjeling si kakak manis yang sedang menyeluk poket seluar jeansnya.
Dia terfikir sesuatu... hilang duit?
Tiga empat langkah meninggalkan kakak kakak manis, lalu pula bersebelahan dengan makcik makcik melayu.
Si perempuan bershawl belang perlahankan langkahnya. Aunty yang diekori sudah jauh ke depan.
Ligat matanya perhati dua dua makcik. Yang sorang memegang wang kertas rm50, yang sorang lagi sedang bercakap cakap dengannya.
Bicara mereka pekat, hingga boleh dengar oleh si perempuan bershawl belang yang sudah menghampiri betul-betul sebelah mereka.
Menyapa dia tanpa berfikir panjang,
" maaf makcik. Duit ni makcik jumpa ke? Sebab kat sana tu macam ada orang hilang duit. "
Jari menunjuk ke arah kakak manis berambut panjang.
Sedang makcik melakukan soal siasat, si perempuan bershawl belang beransur pergi perlahan-lahan.
" adik hilang duit ke?.."
" haah makcik.. "
" berapa ringgit hilang? "
" RM50.. "
" duit tu terlipat ke tak? "
" terlipat makcik saya simpan dalam poket. "
Syukur.
Kakak manis tersenyum gembira hingga nampak gigi. Duitnya dijumpai.
Makcik bercakap sesuatu padanya, dan dia menunjuk ke arah si perempuan bershawl belang yang belum lagi jauh meninggalkan.
Kebetulan masa dia toleh ke belakang, semua memandang. Tersenyum angguk. Makcik mengangkat tangan. Si perempuan bershawl belang membalasnya semula dengan lambaian tangan, anggukan kepala dan senyuman bergigi.
Masih memikirkan hal tadi.
Kedua-dua mereka singgah pula di kedai melayu.
Aunty mahu beli kuih.
Nampak si penjual sibuk melayan pelanggan yang duduk, sesekali dia membungkus roti canai, sesekali dia ke dapur.
Aunty pula sudah tersedia di tangan beberapa ringgit wang kertas. Menunggu bila tiba tangan si penjual mengambilnya.
Duit dihulur rapat, mustahil tidak perasan. Muka kelat ditunjuk si penjual.
Lama mereka berdiri di kedai itu.
Melihat sikap si penjual yang acuh tak acuh, naik darah sudah si perempuan bershawl belang.
Mahu saja dia menghentak meja sampai berterbangan semua kuih. Tetapi iman mengawalnya. Dia menyuruh aunty meletakkan duit atas pinggan (tempat si penjual membungkus roti canai).
Mereka berlalu pergi.
Panas hatinya.
Risau juga kalau duit tadi tidak dia perasan. Lalu si perempuan bershawl belang sambil berjalan menjeling ke belakang,
Kelihatan si penjual mengambil duit yang ditinggalkan. Bersahaja.
Mendengus garang si perempuan bershawl belang sambil mengadap semula mukanya ke depan,
" Hilang pahala aku tolong orang tadi. "
Astaghfirullah.
Sudut pandang biasa : rugi sahaja pahala tolong orang disebabkan marah. Baik dari awal tak perlu jaga tepi seluar jeans kakak itu.
Sudut pandang the end T : inikah yang dikatakan melihat Islam pada orang bukan Islam..? -- Sebab merasai makna sebenar, seseorang jadi prihatin akan sekeliling. Biarpun hal itu tiada kena mengena dengannya. Sungguhpun jika bukan dia, orang lain boleh membantu. Tetapi apakah kerana merasai makna sebenar, itu yang membuatkan dia menjadi pemula?
Sesekali Allah uji dengan kesenangan, jangan sampai riak. Jika ter-riak, kembali betulkan niatmu. Sesekali Allah uji dengan kesakitan, jangan sampai marah. Jika ter-marah, kembali pastikan ia tidak berlebihan.
***
Sedang berjalan dua orang sahabat di masjid,
berpegangan tangan.
Melintasi seorang wanita berumur yang terjengket-jengket kakinya. Berjalan lemah.
Kelihatan seorang akhawat memimpinnya.
Dua sahabat tadi lalu bersebelahan wanita berumur itu. Seorang daripada mereka memandang sepintas lalu dan matanya pantas kembali ke screen phone.
Seorang lagi tidak, pandangannya lama.
" ana rasa tak senanglah tengok keadaan makcik tu.. "
Masih melihat phone, telinganya menangkap keluhan si sahabat. Dari tepi matanya menyedari si sahabat berundur semula ke belakang, mendapatkan si wanita itu.
Dia menoleh.
Pandangannya kini pada si sahabat yang cuba memimpin wanita berumur tadi.
Kelihatan akhawat tadi sudah tiada.
Spontan dia juga pergi memimpin sama. Mereka menuju ke ruang solat.
Diberhentikan wanita itu di sudut tepi ruang solat. Diberikan kerusi pada wanita itu, si sahabat memakaikannya telekung. Si sahabat meminta dia mengikat tali telekung bahagian kepala wanita itu.
Ikatan kemas, tidak terlalu ketat.
Entah mengapa hatinya yakin wanita itu akan mendoakan dia dan si sahabat dirahmati Allah dunia dan akhirat, di dalam sujudnya yang terakhir.
Alhamdulillah.
Sudut pandang biasa : kalau mereka tidak membantu pun, masih ada orang lain yang akan membantu. Dekat masjid itu ramai orang.
Sudut pandang the end T : sekali lagi, apakah kerana merasai makna sebenar, itu yang membuatkan si sahabat menjadi pemula?
Dia tidak perlu menyuruh apa, perbuatannya jelas menunjukkan bagaimana.
Itu sudah cukup menyedarkan sahabat yang satu lagi supaya menghentikan segala aktiviti di phonenya.
***
the end T,
Dakwah dan tarbiah,
jika kita mencari makna, kita akan jumpa.
jika kita memberitahu makna, tersusun mudah huruf-huruf membentuk kata.
tetapi jika kita merasai makna, cukuplah bagaimana yang menjelaskan apa,
bukan siapa.
030214 | Cheras | tengah pagi ke petang
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|