AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Saturday, 15 March 2014, 18:47:00
Sehari Bersama Wanita Anggun
Pada suatu petang,
baru sahaja duduk duduk bermanjaan setelah ber-asar, kelihatan wanita anggun 40 an itu datang dengan membawa secawan air panas dan sepinggan kuih.
Lantas duduk saya tadi diperkemaskan. Menanti rezeki perut dijamu berhadapan mata.
Kami makan bersama. Sehinggalah sampai pada kuih yang terakhir, dia mendekatkan pinggan itu kepada saya.
Saya ambil terus tanpa mempertimbangkan apa-apa.
Kuih dibahagikan dua.
Bahagian yang paling besar, saya meletakkan semula di dalam pinggan. Kelihatan wanita anggun itu ambil dan habiskan.
Kemudian dia menghirup pula air teh panas yang dibancuhnya. Saya melihatnya teliti.
Setelah sekali dihirup, saya meminta kepadanya air itu dengan bersahaja. Lantas dia memberikan tanpa beralasan apa-apa.
" Nabi kalau minum mesti dekat bekas mulut Siti Aisyah.."
Mendengar itu, lantas dia mengambil cawan itu semula.
Bergurau pula dia.
Saya belum sempat menghirup apa-apa. Wanita anggun itu meminta pula saya mengambil cawan yang lain untuk di isikan air teh panas itu.
Saya bertegas mengatakan tidak mahu.
Wanita anggun itu sedikitpun tidak pedulikan rajuk saya, air teh panas itu dihirup beberapa kali sebelum diberikan pada saya dalam kuantiti air yang tinggal suku dari cawan.
Mensyukurinya sambil saya minum pada bekas mulutnya.
Oh ya, anda sedang membaca ini dengan seriuskah?
Hakikatnya, semasa kejadian saya bergelak tawa sambil menampar bahunya beberapa kali. Dia juga begitu, menolak manja kepala saya lagak gaya seperti Itachi dengan Sasuke.
Teringat perbincangan kami pada paginya,
berdiri saya di sinki dapur sedang mengemaskini sang udang, sambil saya membicarakan tentang hal kekeluargaan.
Ada tikanya dia merespon sesuatu dan beberapa kali menyetujui pandangan saya.
Saya mengambil pula sang sotong untuk dikemaskinikan, sambil membicarakan hal kekeluargaan.
" Hang ceramah dekat siapa ni? "
Dia beberapa kali menyetujui pandangan saya sehinggalah dia menyuarakan soalan tersebut dengan tawa.
Saya berkongsikan segala yang perlu.
Suasana yang saya perlu, kekemasan dan kebersihan yang saya perlu, didikan yang saya perlu, cara merotan yang saya perlu, apa-apa lagi yang tidak dinyatakan disini, sehinggalah timbul persoalan dengan siapa saya mahu bina segala keperluan ini, lalu saya menggambarkan kepadanya lelaki bagaimana yang saya perlu.
Dan saya meminta wanita anggun ini mendoa'kan untuk saya.
Saya juga meminta pandangan wanita anggun itu mengenai diri saya. Dia menyebutkannya satu-satu.
Tiba pada satu hal, saya bermuhasabah semula. Ada hal yang tidak senang untuk diingatkan kembali, lalu dia menyenangkan saya dengan berkata tidak mengapa waktu itu hang kecil lagi (bermakna buduh; tidak tahu apa apa)
Oh ya, sekali lagi anda membaca ini dengan seriuskah?
Hakikatnya, semasa mengemaskini sang sotong beberapa kali 'dakwatnya' tertembak keluar. Beberapa kali kepala sang udang terbuang semua. Fail. Ada tika disuruhnya saya buat sesuatu, tetapi saya buat lain dari yang disuruh (dek kerana sibuk berceramah). Wanita anggun beberapa kali ketawa sambil kata pikiran hang ke lain ni.
***
Semua ini hanya kerana yang benar.
Segala puji bagi Allah.
Saya sangat cintakan segala yang telah Dia aturkan untuk saya.
Keluarga, ibarat benih yang subur menyemai. Sahabat pula seperti daun-daun yang mendamai.
***
Ditulis,
150314, pepetang, Ipoh
Haza min fadhli Rabbi.
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|