Pada ketika itu aku jadi tidak senang duduk. Bukanlah ber-video call, tetapi aku mengenakan tudung di kepala. Jika ya sekalipun, masih tidak nampak di mana keperluannya.
Mendengar suaranya, jelas dan matang. Sesekali dia mencomelkan tawa. Beberapa perkara menjadi topik perbualan, aku bertanyakan dia ini,
Berubah air mukaku.
Walau hakikatnya, dia tidak nampak perubahan itu.
Menarik. Dia ini menarik.
Sebelum itu, aku terlebih dahulu bertanyakan pasal usrah, Dia menjelaskan padaku satu persatu. Tersentak masa itu aku tahu tetapi dijelaskan sepertinya aku ini apa apa pun tidak tahu. Mendengarkan sahaja, aku tidak berani bersuara. Penjelasannya membuatkanku semakin kecil.
Sekali lagi, dia menarik.
Dia bertanyakan keadaan aku sekarang, aku memberitahu perancangan masa hadapanku. Dia bertanyakan sebab atas apa yang aku sedang lakukan sekarang dan akan datang.
Sebab, dia mencari tahu sebab. Sekali lagi dia ini, sungguh menarik.
Pernah kami ber-whatsApp dan dia mencari tahu fahamkah aku mengenai dakwah dan tarbiah. Tercalar ego.
"
Islah wa nafsak "
Dia membetulkan aku, islah nafsak wad'u ghairak.
Dan kembali bertanyakan aku soalan berantai; bagaimana pula mahu islah nafsak
Sekali lagi,
-- aku perlu mengambil ibrah Nabi Musa dan Nabi Khidir
Ketidaksabaranku, maka aku bertanya apa perlu untuk dia tanya sebegitu. Dia memberitahu, dia sekadar untuk tahu. Helaan nafas panjang.
Beberapa ketika kemudian aku memberikan jawapan, yang aku tahu ketika itu aku perlu jujur dengan jawapanku. Meski aku seakan rasa dia ini mahu menguji kefahamanku. Berhikmah semula, aku meminta izin hati untuk menceritakan bagaimanakah rasa itu melalui taipan huruf.
Bertakung air di mata, menanti untuk mengalir di pipi. Dalam pandangan yang kabur akibat takungan itu, aku membaca balasan mesejnya,
" Takda jawapan salah betul pun insyaAllah. And everyone pun ada cara yang tersendiri.
InsyaAllah moga kita ni Allah letakkan sebagai orang yang mencari Tuhan nya dan nak dekat pada Dia. "
Dia ini, dalam kata mahupun cuma diam pastinya menarik, dan bijak.
Kalian tahu?
Aku dan dia sangat jarang berhubung. Dahulu aku sering memberontak, tiap kali mesej tidak dibalas.
Merajuk yang entah apa apa, aku. Sekarang tidak lagi, aku memahami sepenuhnya bahawa saiz kasut kami tidak sama, keadaan dia di sana sangat getir. Mujahadahnya sangat tinggi, dan aku mahu membantu perjuangannya dengan tidak memberatkan dia dengan perkara perkara remeh lagi yang tidak memberi untung pada ummah.
Maka dengannya aku kurangkan kemanjaanku,
menambahkan keseriusanku.
Kalian tahu?
Ada suatu ketika aku sangat gopoh, terburu-buru mahukan sesuatu. Tidak berfikir panjang asalkan kehendak dipenuhi segera. Maka bila mendengar dia berkata, ...
bukan keperluan lagi.
Dia sudah merasionalkan aku,
tanpa sempat aku memberitahu kehendak tidak berasas itu.
Memprioritikan pilihan, bijak.
Kalian tahu?
Ada lagi seorang individu yang berlawanan dengan dia yang ku katakan menarik ini, dia yang kesungguhannya melayani kemanjaanku dengan luar biasa.
Tidak melemahkan,
tetapi sentiasa menguatkan.
Kerap sekali berhubung,
mereka yang melihat kami sepertinya langsung tidak boleh berpisah.
Satu yang menggambarkan dirinya,
walau sesiapapun yang duduk mahupun berjalan dengannya; pasti akan rasa dialah yang paling disayanginya.
Indahnya dia,
bijak menyayangi dengan hati,
sepertimana baginda Rasul yang menyantuni kesemua isteri,
hingga tiap pada diri si isteri merasakan dirinyalah yang paling disayangi Rasulullah!
Kalian tahu?
Dua insan ini,
berbeza.
Tetapi aku merasai cinta,
dari kedua duanya.
Dan ya,
rasa yang itu sama.
***
Ditulis,
020414, selepas maghrib, Serdang
Haza min fadhli Rabbi
***
14 Mac 2014.
WhatsApp.