AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 9 December 2014, 22:20:00
Ihdina
Mentos
Hasrizal
OutBox
Di dalam sesi pertama dbl kami, Naqibah meminta saya memperkenalkan diri. Lalu saya memperkenalkan 3 perkara ini kepada usrahmates.
Saya membiarkan mereka terus berteka-teki.
--
Ketika kau mulai menaruh muatan di kapal, yakinlah bahaya sedang melintang.
Sebab kau tak tahu apakah kapal akan tenggelam atau selamat tiba di daratan.
Jika kau berkata, ''Tak mau aku berangkat sebelum pasti tentang nasibku,''
Maka kau takkan berniaga: rahasia untung dan rugi takkan pernah terungkap bagimu.
Pedagang yang berhati lemah takkan pernah untung ataupun rugi. Malah ia rugi: seseorang harus menyalakan api supaya memperoleh cahaya.
Karena semua kejadian berjalan di atas harapan, tentulah tujuan terbaik harapan adalah Iman.
Hanya dengan Imanlah kau akan memperoleh keselamatan.
Terkesan dengan bait-bait puisi Mudah Dan Sukar Tak Ada ini, karya Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al-Khattabi al-Bakri. Seorang hamba Tuhan dari keturunan Abu Bakar, anak kepada seorang Ulama' yang soleh; Bahauddin Walad.
Benar. Kita tidak akan tahu apakah hasilnya sekiranya kita tidak mencuba sesuatu. Kita takut untuk gagal, sedangkan itulah nikmat yang sebenarnya. Sebab apa dikatakan nikmat? Sebab gagal bukan bermakna kita kalah, itu adalah peluang untuk kita kenal kesalahan.
Mengapa penting untuk kenal kesalahan?
Sebab, tiada siapa mahu jatuh lubang yang sama dua kali.
Aku beramal kerana aku tidak tahu.
Zinnirah pernah memberitahu quote ini kepada saya ketika di sekolah menengah. Dan saya terkesan sampai sekarang. Teringat juga kepada Ainul Mardhiah; kekuatan hujahnya pada analogi. Dan Nurul Amirah; kekuatan dirinya pada usrah. Semoga Allah memberkati mereka.
Apabila saya qiaskan quote ini dengan puisi Rumi, sebuah keindahan telah tercipta, bilamana ia seakan menjadi jawapan kepada Tak mau aku berangkat sebelum pasti tentang nasibku.
Saya bermonolog.
Adakah setelah aku pasti bahawa aku akan mendapat Syurga,
barulah aku mahu terus beramal?
Adakah setelah aku pasti bahawa aku akan mendapat Neraka,
barulah aku mahu mula beramal?
Hakikat keduniaan, memang beginilah; kita beramal kerana kita tidak tahu sama ada ke Syurga atau Neraka. Tugas kita adalah memanifestasikan Cinta berpaksikan Iman.
Tuhan,
tunjukkan aku jalan yang lurus.
Ihdina ya Allah.
--
Usrahmates gigih meneka.
'' Pernah tercekik mentos? ''
'' Setiap pagi kena makan mentos? ''
'' Tak suka mentos? ''
Saya menggeleng.
'' Kawan baik pernah hadiahkan mentos? ''
Saya menggeleng juga.
Mentos adalah simbolik persahabatan saya dengan seorang Insan; Norashikin. Mentos punya sejarahnya yang tersendiri, yang saya sendiri tidak merancang untuk melakar sejarah tersebut di dalam persahabatan kami.
'' Sahabat fillah pernah hadiahkan mentos. ''
Saya bersuara, menukarkan perkataan 'kawan baik' yang disebut usrahmate kepada perkataan yang selayaknya; sahabat fillah.
Hasrizal pula adalah sebuah nama yang saya hormati. Naqibah saya dapat menekanya sekali sahaja; suka dengan penulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil? Ya.
Saya mengambil kesempatan dalam sesi taaruf ini bagi memperkenalkan OutBox Malaysia. Sebuah nama yang asing bagi sebahagian daripada mereka. Namun bagi saya, inilah peluang terbaik untuk saya memberitahu kerja saya, supaya selepas ini saya sudah tidak perlu jelaskan panjang lebar.
:)
Terhibur rasa apabila Naqibah meneka,
'' Suka dengan application tu? ''
"Akak.
OutBox, bukan Dropbox."
Lantas, beliau menutup muka.
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|