" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 28 December 2010, 22:36:00
Seruan al-Quds

Aku harap kamu di sini Bersama denganku pada detik ini Merasai perit hidupku di sini Mendengar teriakan batinku di sini
Aku harap kamu di sini Bersama denganku di tempat ini Melihat tangis darahku di sini Mencium wangi syuhada ku di sini
Wahai kamu yang aku harapkan ! Datanglah bersamaku di sini ! Bawalah bala tenteramu ke sini !
Ayuh ! Selamatkanlah aku di sini! Wahai kamu yang aku harapkan ! Serulah para pemuda mu ! Bangkitkan nafsu jihad mereka !
Ayuh ! Perangilah si laknatullah itu di sini ! Wahai kamu yang aku harapkan !
Sedarkah kamu ! Kamu telah memberikan aku harapan ! Sampai bila aku harus menunggu ! Kapan tentera kamu ke mari ! Berapa ramaikah pemuda yang akan kamu hantar !
Sedarkah kamu bahawa aku mengharapkan kamu ? Aku berharap kepada kamu ! Selamatkan saudara kamu di sini ! Kabulkan harapan saudara kamu di sini !
Wahai kamu yang masih di situ ! Datanglah bersamaku ! Dekatilah aku di sini !
Marilah ! Mari lontarkan batu bersama ! Mari semangatkan jiwa-jiwa pejuang di sini ! Mari kuburkan si laknatullah itu di rumah ini !!
Ya ! Kuburkan mereka di rumahku ! Hinakan mereka ! Kerana mereka membunuh ayah dan ibuku ! Kerana mereka menodai anak gadisku ! Kerana mereka menyiksa mati para pemudaku !
Wahai kamu yang aku harapkan ! Aku harap kamu di sini Bersama denganku pada detik ini Bersama denganku di tempat ini
Ayuh ! Marilah ! Aku mengharap kepada kamu, wahai saudaraku !
~ Nur Yusuf Al-Quds Fillah 29 RAMADHAN 1431 H 7 September 2010
09: 45 : 59 ص Labels: Puisi Palestin
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|