Sunday, 9 January 2011, 02:16:00
Untitled by Me

Aku susuri jalan berdarah ini Haruman darahnya aku renjiskan Tidak akan aku berundur walau seinci Aku tidak peduli berapa ramai bilangan mereka Kerana aku bersama dengan redha Allah yang Maha Esa
Aku ingin menebus kembali khilafku Tidak aku kisah apa kata mereka dibelakangku Kerana aku nampak lambaian syahid dihadapanku Biarkan peluru fitnah itu menembak Langkah ini tidak akan sesekali berganjak Kerana aku ada Allah yang Maha Mengetahui
Biarlah aku menangisi perjalanan hidupku Kerana aku lebih tenang dengan itu Apa yang meredhakan Allah Itulah jalan yang aku tuju
Wahai manusia Pujian itu ujian Ujian ini yang aku takutkan Masakan aku tidak terusik dengan pujian dunia Cantiknya aku, semangatnya aku, solehahnya aku Aku bungkus itu dan serah pada Allah Biarlah semuanya dalam nilaian Penciptaku
Aku kembali terasing
Bernafasnya aku untuk menebus kembali khilafku Aku tidak minta kamu memahamiku Cukuplah dengan kamu hargai setiap kali hadirnya aku Aku tidak minta kamu menyokongku Cukuplah dengan prihatinnya kamu kepadaku Aku tidak minta kamu bersusah-payah untukku Cukuplah dengan manisnya senyum kamu kepadaku Aku tidak akan pernah minta kamu mencintai aku Cukuplah dengan kamu menghormatiku sebagai saudara kamu
Aku ini musafir yang fakir dengan ilmu Selamanya tidaklah aku ingin begitu Hentaman pujian ini yang membangkitkan aku Barulah aku rasa tidak senang dengan kedudukan itu
Aku sekadar hamba kepada Penciptaku Aku sekadar anak kepada emak dan ayahku Aku sekadar adik kepada kakakku Dan aku sekadar kakak kepada adik-adikku Namun aku tidak ingin terus senang dengan kadar itu
Aku tidak ingin sekadar hamba Aku ingin yang sebenar-benar hamba Aku tidak ingin sekadar anak, adik dan kakak Aku ingin yang sebenar-benarnya begitu! Barulah aku senang dengan kedudukan itu
Wahai manusia Jika mengaku aku di tahap hamba Maka sedar aku tidak sempurna Pantaslah aku untuk berusaha Berusahalah aku menjadi sebenar-benar hamba Dan berusahalah aku menjadi yang sebenar-benar manusia !
Ya Allah Ikhlaskan yang dusta, Bersihkan yang alpa, Permudahkan yang berusaha, Hantar aku ke sana..
P/s : Emak saya menangis tika itu..
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 03:39 am (29 zulkaedah 1431H)
5 November 2010 Labels: Puisi Palestin
Sunday, 2 January 2011, 15:40:00
Kamu Akan Hancur di Tangan Mereka Yang Berjiwa !

Hancur ! Hancur !
Hancur ISRAEL !
Jahanam ! Jahanam ! Jahanam ZIONIS !
Hidup ! Hidup ! Hidup PALESTINE !
Hidup ! Hidup ! Hidup AL-AQSA !
Hidup ! Hidup ! Hidup ISLAM !
Teriakan kami di dengari ! Takbir kami di geruni ! Sujud kami di khuatiri ! Ukhuwah kami di takuti !
Ayuh saudaraku !
Hancurkan ISRAEL LAKNATULLAH ! Hancurkan bukan sekadar dengan senjata ! Hancurkan bukan sekadar dengan balingan batu ! Hancurkan bukan sekadar dengan bakaran bendera ! Hancurkan bukan sekadar dengan keriuhan demonstrasi !
TETAPI !
Jahanamkan ISRAEL dengan SUJUD kita pada ALLAH ! Jahanamkan ISRAEL dengan UKHWAH kita sesama saudara ! Jahanamkan ISRAEL dengan TIDAK mengikut telunjuk mereka ! Jahanamkan ISRAEL dengan sejahanam-jahanamnya !!
ISRAEL !
LAKNAT ALLAH KE ATAS KAMU ! ISRAEL !
LAKNAT ALLAH KE ATAS KAMU ! ISRAEL !
LAKNAT ALLAH KE ATAS KAMU !
TAKBIR !!!
ALLAHU AKBAR !
ISRAEL !
Kaulah yang paling LEMAH ! Kaulah yang paling HINA ! Kau berselindung di sebalik SENJATA CANGGIH itu ! Kau bernaung di sebalik NEGARA BESAR itu !
Kami TIDAK gentar !
Ayuh ! Tentang lah kami ! Ranapkanlah bumbung AL-AQSA kami !
Ayuh ISRAEL ! Teruskanlah bermimpi ! Pasanglah angan-angan yang tinggi !
INGAT ! Selagi kaki kami menjejak lantai bumi ! Selagi tangan kami menjunjung langit Ilahi ! Selagi dahi kami mencecah tempat SUJUD ! Selagi mulut kami basah dengan ZIKIR ! Selagi NAFAS kami dihembus masih !
Jangan kau bermimpi hancurkan AL-AQSA ! Kerana ISLAM itu tidak akan sesekali MATI !
Kami lah pilihan ALLAH ! Kami lah tentera MUHAMMAD ! Kami lah pejuang AD-DIN ! Kami BANGGA kerana kami ISLAM !
Ayuh saudaraku ! HANCURKAN ISRAEL ! JAHANAMKAN ZIONIS ! ISRAEL ISREAL TERRORIST !!
HIDUP PALESTINE ! HIDUP AL-AQSA ! HIDUP ISLAM ! TAKBIR !! ALLAHU AKBAR !!!
~ Nur Yusuf Al-Quds Fillah 7 SYAABAN 1431 H 18 julai 2010 09;53 ص
Labels: Puisi Palestin
Wednesday, 29 December 2010, 22:49:00
Hantar Aku Ke Sana !

Wahai diri Kau dulu hanya mengeluh sentiasa Apa yang dikatakan kau terima tanpa usul periksa Mana pergi kesedaranmu wahai diri ?
Tragedi itu kau pandang sebelah mata saja Hilang segala kemanusiaanmu tika itu Alangkah besarnya silapmu wahai diri !
Kau abaikan tangisannya Merintihlah dia Hilang kakinya, tangannya tiada Matanya buta Mana pergi ehsanmu wahai diri?
Segala yang kau tonton Apa yang kau dengar Hanya helah semata Itu cuma lakonan dunia Mengapa kau bisa terima dengan mudahnya wahai diri ?
Itulah aku Penuh khilaf dengan kamu wahai saudaraku Kamu menangis di dalam tawanya aku Kamu berlapar di dalam kenyangnya aku Kamu bergelap di dalam terangnya aku Kamu merintih di dalam mewahnya aku !
Wahai saudara al-Quds ! ‘’ Di dunia ini, Aku telah tinggalkan kamu keseorangan Aku telah meletakkan kamu di bawah payung kesedihan Aku telah memberikan kamu bekal tangisan Sedangkan aku menguasai segala kegembiraan ‘’
Wahai saudaraku Izinkanlah aku merapati kamu semula Terimalah aku sebagai saudara kamu Usah kamu tolak dek khilafnya aku yang dulu Janjiku, kamu peganglah !
Buanglah aku yang dulu Bangkitlah aku yang baru !
Wahai pejuang al-Quds ! ‘’ Tarik aku dengan tali perjuanganmu ! Tolak aku dengan daya pengorbananmu ! Bariskan aku bersama dengan tenteramu ! Pegangkan aku bersama dengan panjimu ! ‘’
Ya Allah Ikhlaskan yang dusta, Bersihkan yang alpa, Permudahkan yang berusaha, Hantar aku ke sana..
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 12:08 am
28 zulkaedah 1431 H 4 November 2010
Labels: Puisi Palestin
16:25:00
Jadikan Aku Sama Seperti Kamu

Siapakah aku untuk mengeluh ? Siapakah aku untuk merungut ?
Aduh.. Palestin ! Palestine mengaduh tidak ! Keluhmu aku tak dengar ! Rungutmu aku tak lihat !
Alangkah tidak malunya aku ! DIA mendengar setiap keluhanku ! DIA melihat setiap rungutanku !
Sedangkan kamu tidak mengeluh ! Kamu tidak merungut ! Meski masalah kamu lagi besar dari masalah aku ! Meski dugaan kamu lagi berat dari dugaan aku ! Meski hidup kamu lagi tercabar dari hidup aku !
Badan yang dipijak kamu kuatkan dengan SOLAT ! Maruah yang tercalar kamu ubatkan dengan ZIKIR ! Wajah yang diludah kamu bersihkan dengan UKHUWAH ! Hidup yang ditindas kamu bangkitkan dengan SEMANGAT JIHAD !
Apa perlu aku mengeluh lagi ? Apa perlu aku merungut lagi ?
Aduh.. Palestine ! Palestine mengaduh tidak ! Malunya aku dengan kamu ! Lemahnya aku berbanding kamu !
Wahai Palestine ! Tarik aku dengan tali perjuanganmu ! Tolak aku dengan daya pengorbananmu ! Bariskan aku bersama dengan tenteramu ! Pegangkan aku bersama dengan panjimu !
Jadikan aku pejuang seperti kamu ! Jadikan aku pejuang seperti kamu ! Jadikan aku pejuang seperti kamu !
Pejuang yang rindukan syahid ! Mujahidah yang cintakan akhirat !
Aduh.. Palestine ! Palestine mengaduh tidak ! Jadikan aku sama seperti kamu !
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 7 SYAABAN 1431 H 18 Julai 2010 04;58 م Labels: Puisi Palestin
16:11:00
Jadikan Ini Bumi Kamu

Di bumi ini kami berlari Kami merintih Di bumi ini kami melihat kesengsaraan Kami melihat kematian di depan mata Di bumi ini hanya basah dengan tangis kami Hanya sarat dengan jeritan kami Di bumi ini kami hauskan kedamaian Kami laparkan penyatuan
Ini bumi kami ! Ini tanah kami ! Ini rumah kami ! Kami berlari di bumi kami sendiri ! Kami merintih di bumi kami sendiri ! Sengsara kami melihat kematian melata berlaku di bumi kami sendiri !
Kami luahkan tangisan ! Kami muntahkan jeritan ! Kedamaian yang kami cari lenyap di bumi kami sendiri ! Kami minta penyatuan di antara kamu di bumi kami sendiri !
Sejauh mana kamu telah mendengar ? Setulus mana kamu telah mendo’akan ?
Kami seru ! Di mana mujahidnya? Di mana mujahidahnya? Apakah mereka lupus diratah nikmat dunia? Apakah mereka nyenyak diasak hiburan lagha?
Kami seru kamu bangkit ! Bangkitlah dari tidurmu! Jangan biarkan diri menjadi lauk dunia ! Jangan sesatkan diri dengan jalan dunia !
Di bumi ini Kami tidak mampu berlari lagi Kami lelah dengan rintihan sendiri Kesengsaraan menjadi budaya kami Kematian menjadi kawan kami
Tidak guna kami menangis di bawah rimbunan darah Tidak guna kami menjerit panggil kedamaian yang hilang Sedangkan kita tidak bersatu !
Di bumi ini Kami mengharap DIA Satu-satunya harapan kami adalah DIA Mohon Salahuddin lahir semula Agar kami bebas di bumi sendiri !
Di bumi ini Kami memohon do’a tulus Ya Allah Kami berlindung kental di bawah redha Ya Allah Kami minta kamu Jadikan bumiku sama seperti bumi kamu Jadikan ini bumi kamu !
~ Nur Yusuf Al-Quds Fillah 29 RAMADHAN 1431 H 7 September 2010 03 :28:33 م  Labels: Puisi Palestin
01:44:00
Bisikan di Sebalik Tirai Besi

Aku melihat kamu Aku asyik memandang kamu yang tertawa Aku ralat memandang kamu yang bergembira
Kerana, Tawa kamu adalah keceriaanku Gembira kamu adalah kebahagiaanku
Sekali lagi aku melihat kamu Masih dengan tawanya Masih dengan gembiranya Aku ingin bersama kamu Aku merapatkan diriku dengan kamu Aku ingin merasai nikmat tawa itu Aku ingin berkongsi rasa gembira itu
Kamu memandangku Kamu hentikan tawamu Kamu sorokkan gembiramu Mengapa begitu? Salahkah aku untuk ketawa bersama? Salahkah aku untuk gembira bersama? Apakah aku tidak layak untuk merasai nikmat itu?
Aku sudah puas menangis Aku sudah puas bersedih Aku cuma ingin ketawa seperti kamu Aku cuma ingin hidup gembira seperti kamu
Kerana, Aku perlu teman tika ketawa Aku perlu teman tika gembira Aku tidak perlu teman tika menangis Aku tidak perlu teman tika bersedih Cukuplah adanya Allah bersamaku
Bagiku, Kamu hanya layak bersamaku tika ketawa Kamu hanya layak bersamaku tika gembira
Kerana, Aku menangis sendirian tanpa ada kamu Aku bersedih keseorangan tanpa hadirnya kamu
Kamu bersamaku hanya bila aku ketawa Sedangkan Allah bersamaku tika aku menangis dan ketawa Kamu bersamaku hanya bila aku gembira Sedangkan Allah bersamaku tika aku bersedih dan gembira
Di dunia ini,
Kamu telah tinggalkan aku keseorangan Kamu telah meletakkan aku di bawah payung kesedihan Kamu telah memberikan aku bekal tangisan Sedangkan kamu menguasai segala kegembiraan
Di dunia ini,
Kamu telah tinggalkan aku keseorangan Kamu telah meletakkan aku di bawah payung kesedihan Kamu telah memberikan aku bekal tangisan Sedangkan kamu menguasai segala kegembiraan
Di dunia ini,
Kamu rela meninggalkan aku terkial-kial Kamu sanggup melihat aku kegelapan Kamu langsung tidak mempedulikan aku
Di dunia ini,
Kamu hanya sibuk dengan tawamu berbanding dengan tangisku Kamu hanya pentingkan gembiramu berbanding dengan sedihku
Sememangnya tawamu adalah keceriaanku Sememangnya gembiramu adalah kebahagiaanku Namun itu cuma nikmat dunia Aku rela menangis di sebalik tirai keceriaanmu Aku rela bersedih di sebalik tirai kebahagiaanmu Kerana aku butuh nikmat ukhrawi dari nikmat duniawi !
FREE PALESTINE ! ~ Nur Yusuf Al-Quds Fillah 22 rejab 1431 H 3 Julai 2010
Labels: Puisi Palestin
01:25:00
Awan Mendung Yang Cerah

Awan mendung tika ini, Mengendong air yang bila-bila masa saja bisa tumpah, Anak-anak yang bermain, Kini mencari tempat berteduh, Ibu-ibu mula mengangkat jemuran, Bapa-bapa menghabiskan segala kerja yang ada.
Di satu sudut, Terlihat seorang lelaki muslim yang sedang memandang ke langit, Dua tapak tangannya diangkat atas, Lagak gaya seorang pengemis yang mengharapkan ihsan orang ramai, Seperti itulah gaya lelaki muslim tadi, Merintih dan merayu kepada PenciptaNya, Terdengar esakan tangisnya, Semakin lama semakin menjadi-jadi sedu-sedannya.
Seorang lelaki tua menghampirinya, Diikuti sekumpulan lelaki yang lain, Juga beberapa muslimah yang manis berpurdah hitam, Masing-masing tertumpu ke situ.
Anak-anak yang tadi girang bermain, Ibu-ibu yang tadi sibuk dengan kain di ampaian, Bapa-bapa yang tadi juga sibuk bekerja, Kini beralih pandang ke arah sudut itu.
Lelaki muslim yang tadinya duduk, Kini bangkit dengan tangisnya, Seperti dia berbicara sesuatu kepada mereka yang menghampirinya, Nada bicaranya yang lembut dan sesekali tegas, Disahuti dengan laungan ALLAHU AKBAR !
Masyarakat mula memandang ke arah mereka, Hujan yang sudah mula turun tidak dihiraukan, Angin yang bertiup kencang tidak diendahkan, Sudut yang tadinya lengang kini dipenuhkan.
Lelaki muslim itu semakin petah berbicara, Kini masyarakat yang tertumpu sudah tahu apa halnya, Ada yang terkedu, Ada yang terharu, Ada yang turut bersemangat, Masing-masing menyokong dan merelakan, Rela berkorban dan terkorban.
Hujan lebat sudah mula surut, Matahari mula mengintai di sebalik awan mendung, Kepulan awan mula menghiasi langit yang semakin membiru, Tiupan angin yang lembut mendinginkan suasana.
Anak-anak tidak lagi bermain, Ibu-ibu tidak lagi dengan jemurannya, Bapa-bapa tidak lagi dengan kerjanya, Masing-masing keluar meninggalkan kediaman, Masing-masing turun meninggalkan tingkat atas, Masing-masing mengikuti sekumpulan masyarakat yang sudah jauh ke depan.
Dari pandangan yang semakin samar dan jauh di hadapan, Masih terlihat jelas kelibat lelaki muslim tadi, Mengetuai kumpulan yang sedang bergerak itu dengan penuh wibawa, Sambil mengibarkan bendera yang bergabung warna merah,hitam,putih dan hijau.
Kibaran yang tegap dan sasa, Bisa meruntunkan jiwa-jiwa !
~ Nur Yusuf Al-Quds Fillah 15 jun 2010
Di sebalik kata2, Lelaki muslim adalah = Negara Palestine Masyarakat adalah = Negara2 d luar Palestine Labels: Puisi Palestin
|