AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 29 December 2010, 22:49:00
Hantar Aku Ke Sana !

Wahai diri Kau dulu hanya mengeluh sentiasa Apa yang dikatakan kau terima tanpa usul periksa Mana pergi kesedaranmu wahai diri ?
Tragedi itu kau pandang sebelah mata saja Hilang segala kemanusiaanmu tika itu Alangkah besarnya silapmu wahai diri !
Kau abaikan tangisannya Merintihlah dia Hilang kakinya, tangannya tiada Matanya buta Mana pergi ehsanmu wahai diri?
Segala yang kau tonton Apa yang kau dengar Hanya helah semata Itu cuma lakonan dunia Mengapa kau bisa terima dengan mudahnya wahai diri ?
Itulah aku Penuh khilaf dengan kamu wahai saudaraku Kamu menangis di dalam tawanya aku Kamu berlapar di dalam kenyangnya aku Kamu bergelap di dalam terangnya aku Kamu merintih di dalam mewahnya aku !
Wahai saudara al-Quds ! ‘’ Di dunia ini, Aku telah tinggalkan kamu keseorangan Aku telah meletakkan kamu di bawah payung kesedihan Aku telah memberikan kamu bekal tangisan Sedangkan aku menguasai segala kegembiraan ‘’
Wahai saudaraku Izinkanlah aku merapati kamu semula Terimalah aku sebagai saudara kamu Usah kamu tolak dek khilafnya aku yang dulu Janjiku, kamu peganglah !
Buanglah aku yang dulu Bangkitlah aku yang baru !
Wahai pejuang al-Quds ! ‘’ Tarik aku dengan tali perjuanganmu ! Tolak aku dengan daya pengorbananmu ! Bariskan aku bersama dengan tenteramu ! Pegangkan aku bersama dengan panjimu ! ‘’
Ya Allah Ikhlaskan yang dusta, Bersihkan yang alpa, Permudahkan yang berusaha, Hantar aku ke sana..
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 12:08 am
28 zulkaedah 1431 H 4 November 2010
Labels: Puisi Palestin
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|