" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 29 December 2010, 16:25:00
Jadikan Aku Sama Seperti Kamu

Siapakah aku untuk mengeluh ? Siapakah aku untuk merungut ?
Aduh.. Palestin ! Palestine mengaduh tidak ! Keluhmu aku tak dengar ! Rungutmu aku tak lihat !
Alangkah tidak malunya aku ! DIA mendengar setiap keluhanku ! DIA melihat setiap rungutanku !
Sedangkan kamu tidak mengeluh ! Kamu tidak merungut ! Meski masalah kamu lagi besar dari masalah aku ! Meski dugaan kamu lagi berat dari dugaan aku ! Meski hidup kamu lagi tercabar dari hidup aku !
Badan yang dipijak kamu kuatkan dengan SOLAT ! Maruah yang tercalar kamu ubatkan dengan ZIKIR ! Wajah yang diludah kamu bersihkan dengan UKHUWAH ! Hidup yang ditindas kamu bangkitkan dengan SEMANGAT JIHAD !
Apa perlu aku mengeluh lagi ? Apa perlu aku merungut lagi ?
Aduh.. Palestine ! Palestine mengaduh tidak ! Malunya aku dengan kamu ! Lemahnya aku berbanding kamu !
Wahai Palestine ! Tarik aku dengan tali perjuanganmu ! Tolak aku dengan daya pengorbananmu ! Bariskan aku bersama dengan tenteramu ! Pegangkan aku bersama dengan panjimu !
Jadikan aku pejuang seperti kamu ! Jadikan aku pejuang seperti kamu ! Jadikan aku pejuang seperti kamu !
Pejuang yang rindukan syahid ! Mujahidah yang cintakan akhirat !
Aduh.. Palestine ! Palestine mengaduh tidak ! Jadikan aku sama seperti kamu !
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 7 SYAABAN 1431 H 18 Julai 2010 04;58 م Labels: Puisi Palestin
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|