AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 23 January 2011, 13:19:00
Berat tak bawa nama tu?
 Alhamdulillah.. Di beri kesempatan pada hari Khamis yang lepas untuk mengikuti usrah bersama dengan kakak tahfiz.
Alhamdulillah.. Kerana Allah memilih saya pada hari itu untuk mengikutinya dan saya berharap agar Allah campakkan saya lagi untuk hari-hari yang seterusnya.
Seronok berusrah dengan mereka.. Naqibah saya adalah seorang kakak Tahfiz. Saya sangat menghormatinya kerana kalam Allah terpahat dalam dadanya. SubhanaAllah!
Hari yang pertama itu, biasalah.. sesi taaruf. ^_^
Jadi, setelah mengenalkan diri. Naqibah saya bertanya, 'kenapa nak join usrah?'
Dan.. saya pun memulakan kisah saya.
Al-kisahnya (cewah)..
''Saya kenal usrah dari seorang sahabat saya,Zinnirah semasa di bangku sekolah dulu. Masa tu saya Form 5. Sahabat saya tu asyik bercerita tentang usrah.. Jadi dari situ, timbulnya rasa ingin tahu saya. Apa itu usrah? Best ke? Dan sesungguhnya Allah sebaik-baik pengatur.. Kerana semasa di kolej ini saya diajak oleh seorang kawan saya untuk join usrah.''
Alhamdulillah.. Dari situlah saya mengenali usrah. Dan baru berjinak-jinak dengan usrah ini.
Kemudian, saya ditanya oleh naqibah. Makna nama saya.. Saya katakan, madu lebah. Naqibah saya mengangguk..
'' Pada akak lah.. makna Syuhaidah itu dari kalimah Syahadah... اشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
yang bermakna saksi. Jadinya, cahaya penyaksian lah.. Hrmm, berat tak bawa nama tu? ''
Saya tersenyum. Kosong.. Kerana. Tidak pernah pula saya fikir tentang makna nama saya yang sebegitu indah dan mengapa Allah berikan saya nama sebegitu.
Ada jawapan yang saya perlu teroka.
Dan soalan itu benar-benar merobek hati saya seketika. Cahaya penyaksian.. Sudah sejauh mana kamu bawa nama ini sebaik-baiknya wahai diri? Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|