Tuesday, 11 March 2014, 23:00:00
Jalan Yang Benar
Yang aku yakini,
sesiapa yang memilih jalan ini,
sedarilah hakikat bahawa mereka akan melaluinya dengan sukar.
Mereka akan ditentang sebelum tiba ke penghujungnya.
Mereka akan berasa payah. Mereka akan menempuh satu fasa yang benar-benar menguji, boleh hampir dengan putus asa jika keimanan tidak dipasak tinggi.
Mereka akan diletakkan dalam kelompok yang mengeji dan langsung tidak menyenangi kehadiran mereka.
Mereka akan berada dalam suasana yang menghimpit dan menyesakkan jiwa sehingga boleh hampir kepada lemah dan berputus asa.
Sekali lagi, jika tidak iman dipasak tinggi dengan mudah mereka akan dikalahkan dengan putus asa.
Sukar, tetapi inilah jalan yang benar.
Dan aku sedari sesuatu yang aneh,
bilamana ada mereka yang melaluinya dengan mudah.
Walhal, mereka yang memilih jalan mudah.
Jalan mudah yang bagaimana? Kita melalui jalan yang sama!
Tidak, jalan kita tidak sama jika kamu tidak merasai nikmat kepayahan.
Nama kamu disebut-sebut, kehadiran kamu disambut-sambut, keberadaan kamu dalam suasana yang menyenangkan, kamu tidak merasai nikmat diuji dengan perasaan lemah dan hampir berputus asa.
Kamu melalui jalan ini dengan rasa penuh selesa,
maka rasa itu sudah cukup membuktikan jalan kita tidak sama, kamu sudah tertipu.
Berpatah baliklah.
Kamu tidak melalui jalan ini dengan benar,
meneruskan legasi Rasul Terakhir ini hakikatnya sukar.
Dan kesukaran inilah suatu nikmat yang kamu tidak pernah rasa.
***
Ditulis,
110314, 0100, memo, Ipoh
Haza min fadhli Rabbi.
Labels: Sembang santai
Thursday, 6 March 2014, 22:06:00
Tiga Cerita, Satu Tujuan
MELAMAR SEORANG TUA
Alhamdulillah.
Segala apa yang Allah aturkan untuk kita pasti punya makna yang tersirat. Diulangi sekali lagi, segala apa yang Allah aturkan. Ya, segalanya.
Yakini ini.
5 Mac yang lalu,
telah Allah berikan saya kekuatan untuk melamar seorang tua ini. Nombor telefonnya yang dikirim sahabat fillah saya di Turki melalui whatsApp, telah tersimpan empat hari di situ. Tiada pun cubaan saya untuk hubungi.
Sehinggalah ke hari rabu petang. Sebelum asar.
Sebelum call, saya sengaja membelek status whatsApp seorang tua ini. Oh ya, dia sedang online.
" Kalau call sekarang, confirm dia angkat ni.. "
Punyalah saya berstrategi sebelum melakukan sesuatu. Alhamdulillah ramalan saya benar.
" Berikan makcik masa lebih kurang seminggu.. "
Saya menyantuni tempoh masa yang dia berikan. Bagi saya tidak terlalu terburu-buru mahukan sesuatu yang baik itu adalah lebih baik.
Kedengaran suara tuanya yang masih jelas dan cergas. Allahu akbar! Semoga Allah merahmatinya sekeluarga.
Setelah itu, saya menghantar sedikit butiran diri serta alamat rumah seperti yang diminta. Itulah whatsApp pertama saya kepada seorang tua ini.
Dia membalasnya dengan ucapan selamat datang ke keluarga sekian sekian. Dan dihujungnya dia letakkan emoticon love.
SubhanaAllah!
Aksara tidak akan dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya ketika itu. Saya screenshot mesej itu, dan mengirim terus kepada sahabat fillah yang mana dirinya sudah sekian lama menjadi pengantara.
Dia mensyukurinya dan menitipkan pesanan agar saya dapat membuka hati sepenuhnya.
***
SEDANG BER-TAKHALLI
Amina (bukan nama sebenar) ditanya oleh Amni,
" Apa beza orang yang ditarbiah dengan orang biasa (yakni yang tidak ditarbiah) ? "
Bezanya,
dari segi dia menyantuni kamu.
Dalam hal kamu diuji dengan jerawat batu di muka, walaupun hanya sebutir. Namun jerawat kamu jadi bahan jenaka mereka yang tidak ditarbiah.
Sedang dalam hal yang sama, orang yang ditarbiah ini langsung tidak menegur ada apakah dengan muka kamu itu. Walau jerawatmu timbul sebesar ibu jari. Namun dia hanya membutakan matanya, membisukan mulutnya. Semata-mata untuk menjaga air mukamu. Agar kamu tidak berasa malu dan tersinggung dengan kehadiran jerawat batu sebutir di muka.
Sehinggakan dia meletakkan secara sembunyi ubat pencegah jerawat di dalam beg kamu. Khuatir jika dia beri kepada kamu secara langsung, kamu tidak membesarkan hati menerimanya. Malah kamu boleh jadi menganggap dia sedang memerli kamu.
Oleh kerana kasihnya begitu tinggi terhadap ukhuwah fillah, dia tidak mahu hal itu berlaku. Lalu secara diam dan berstrategi, dia melakukan sesuatu untuk kebaikan kamu dan jerawatmu.
Mengambil berat dengan bertanya bagaimana keadaan kamu, berbeza dengan melakukan sesuatu kerana dia mengambil berat keadaan kamu.
Ada lagi perbezaannya dalam banyak segi. Tetapi adalah lebih baik jika kamu sendiri yang rasa perbezaannya, dengan menerjunkan diri ke dalam the end T!
***
MAD'U LEMBIK
Adalah lebih baik kita berlemah lembut,
bukan berlemah lembik.
Pahatkan ini di dalam prinsip diri.
Mengapa ya kita hanya suka menunggu seseorang datang dan selamatkan kita?
Berbanding kita sendiri yang mencari jalan keluar?
Oh barangkali kita sangat yakin dan pasti ada seseorang Heroin yang akan selamatkan aku.
Lalu dengan setianya kita menunggu.
Adalah baik menanti dengan penuh bersangka baik terhadap sesuatu itu, tetapi berinisiatif sambil bersangka baik adalah lebih baik.
"Aku nak berubah.."
Maka bergeraklah dan mencari!
Pergilah kepada dia dan menyatakan engkau mahu menjadi mad'u nya!
Bergeraklah!
Keluar. Jangan terlalu lembik!
Sekadar menunggu Heroin itu muncul menyelamatkan tanpa gerakan untuk keluar dari kita tidaklah menjadi apa-apa.
Perubahan apa yang kau dambakan?
Engkau langsung tidak berusaha, lalu sekali lagi ditanya perubahan apa yang kau dambakan ini?
Apakah dengan sifatmu yang negatif lagi tidak berinisiatif ini, lalu engkau menyalahkan si Heroin kerana tidak datang menyelamatkanmu?
Engkau mahu jawab ini dihadapan Allah?
Walhal, engkau terlebih dahulu sudah disindir di dalam al-Quran!
" Malaikat bertanya lagi, tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? "
(Surah an-Nisa' ayat 97)
Bergeraklah wahai sayangku,
mencarilah. Jangan berlemah lembik dengan sebuah perubahan.
***
Tiga Cerita, Satu Tujuan
Ditulis,
060314, selepas maghrib ke isyak, Ipoh
Haza min fadhli Rabbi.
Labels: Sembang santai
Tuesday, 18 February 2014, 12:15:00
tidak ada lagi Tidak
 |
| If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials. ( Sahih Bukhari ) |
" Aku sudah ditakdirkan begini. Buat apa nak susahkan diri lagi.."
Seringkali menyalahkan takdir atas kesilapan diri sendiri.
Bukankah doa' boleh mengubah takdir?
Mengapa tidak gunakan kuasa yang diberi?
Usahalah, bergerak dan mencari.
Berakal atau tidak engkau ini?
Lalu mengapa anggap perubahan itu menyusahkan diri?
Oh sungguh engkau berakal,
memang benar perubahan itu menyusahkan.
***
Jika aku berikan kau kuasa memilih,
antara batu dan padi,
apakah yang kau pilih sebagai rezeki perut?
Padi juga yang kau pilih,
kerana tahu padi menjadi beras,
beras menjadi nasi,
berperingkat prosesnya lama,
susah bagaimanapun kau sanggup juga,
kerana tahu akhirnya nanti dapat juga kau makan.
Mustahil kau pilih batu,
sebab kau berakal,
batu bukan benda makan.
Sekarang hadamkan ini,
perubahan itu ibarat padi yang kau pilih,
tiada orang makan padi,
burung-burung ya.
Tetapi kau pilih juga,
kerana yakin melalui cara tertentu,
padi tetap jua menjadi nasi.
Perubahan juga sama,
melalui proses tertentu juga,
paksinya kau kena percaya,
yang kau pilih inilah bahagia.
Bermula dengan diri,
yakin dengan apa yang dipilih,
berdiri tegap di hadapan cermin,
laungkanlah sambil mengenggam tangan,
" Aku pilih untuk berubah! "
Masih lagi melihat cermin,
kemudian berikan sesuatu buat diri,
senyuman bergigi,
hadiahkan sesuatu buat hati,
ikhlas kerana Allah.
Usahalah, bergerak.
Sedang dalam perjalanan engkau mencari,
ada batu-batu yang menghalang,
mengajak engkau kembali semula ke alam lama,
yang buruk lagi keji.
Jangan lagi berpaling,
teruskan perjalanan,
kerana engkau sudah hadiahkan sesuatu buat hati,
maka batu-batu bernyawa itu usah lagi engkau peduli!
***
Ya, perubahan itu menyusahkan diri. Dalam perjalanan mencari yang Satu, tidak ada yang mudah.
Yang baik-baik selalu awal-awalnya ada ujian.
Sesekali perlu, niatmu teruji. Jangan menolak, terimalah ujian sepenuhnya dengan sabr. Kerana melalui ujian dapat menaikkan kedudukanmu.
Apabila keyakinan itu dipasak kuat di dalam Lubb, maka tidak ada lagi tidak. Sebalik kepayahan yang kau rasa, ada kebahagiaan yang kau percaya ada. Ia memang ada nun di penghujung jalan.
Engkau belum lagi nampak,
tetapi kau percaya ada,
inilah dia keyakinan hakiki.
Maka teruskan bergerak,
dan tidak ada lagi tidak.
170214 | pepetang
Labels: Sembang santai
Wednesday, 14 November 2012, 13:05:00
Saya Tak Setuju Kahwin Muda
'' Saya tak setuju kahwin muda bagi golongan tertentu dalam keadaan tertentu.. ''
Virus Kahwin Muda
Si A baru bernikah sejam yang lalu. Akibat terlalu gembira dan terujanya, dia pun upload gambar dirinya dan pasangan ke dalam wall facebook,
Tak sampai seminit, berpuluh-puluh orang LIKE. Itu baru seminit, kalau dua minit? (cer kira cer kira)
Maka, bertimbun-timbunlah komen orang wish tahniah di wallnya.
'' Tahniah bro.. cun gilak isteri kau! "
'' Alhamdulillah.. mabruk! Semoga kekal hingga ke jannah :) ''
Si B yang baru saja online FB, terlihat gambar si A dan pasangan (si A adalah rakan sekepala si B). Dan dia juga turut teruja atas pernikahan rakannya itu. Lalu dia pun komen dengan rakusnya (eh apa punya ayat neh)
'' Heee.. sweeeetnya korang! Nak kawin muda jugak la camni.. :p "
Lalu si B pun share gambar berkenaan. Dan semenjak dari itu status-status FB si B semuanya berkaitan jodoh, soal istikharah dan mimpi, mencari tulang rusuk yang hilang (eh?) dan segala post yang berkaitan.
Virus? Ya, si B sudah terkena virus kahwin muda!
Mengapa saya katakan virus, sebab ianya seakan penyakit berjangkit (macam tak kena je). Bila tengok orang kahwin je, kita pun mesti rasa teruja sama. Entah apa apa je kita ni kan. Huhu. Haa tak ke sama macam virus tuh?
Penyebar mutlak virus tersebut bukanlah si A yang baru berkahwin itu. Tapi diri si B sendiri. Atau senang cerita nak cakap, diri kita sendiri yang tanpa tahu dan faham soal tanggungjawab tapi teruja sangat nak kahwin awal.
Katanya sudah bersedia dan mampu! Ya, kita sudah bersedia dari sudut fizikal dan material. Rohaninya bagaimana?
Rata-rata yang ada keinginan nak kahwin awal kerana di sogok dengan kata-kata indahnya cinta selepas akad, no couple before nikah atau berfantasi dengan status-status sweet orang yang dah berkahwin. Tambah pula, ada yang buat kempen dan program-program jom kahwin muda ini.
Hello, kahwin muda ini tidak boleh di ajak sebegitu. Sebab kemampuan setiap orang itu berbeza. Bukan semua orang benar-benar mampu kahwin awal! (eh marah benau neh)
Note : Maksud 'mampu' ni pun bukan semua orang faham.
Maka anak-anak muda ini di dorong dengan perkara-perkara indah sebegitu, buatkan mereka 'fikir pendek' dan hanya nampak bestnya kahwin. Tapi tak nampak besarnya tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Lihat, majoriti dari kita pun hanya nampak tanggungjawab SELEPAS kahwin. Sebelum dan semasa pernah kita laksana? Tahukah tanggungjawab sebelum dan semasa berkahwin itu apa? (kalau tak tahu, cepat geleng kepala!)
Jadi mari kita kaji balik. Ops berundur setapak!
Gurauan Seorang Ibu
'' Masak pun kalau tak reti, toksah ingat nak kawen.. "
Haha! Pecah rahsia tahu saya tak reti sangat masak. (tak reti sangat ye, bukan tak reti langsung)
Saya pun pernah terkena virus kahwin muda, saya suka mengomel depan emak itu ini.
Bila emak saya jawab pedaaaas begini, haaa tertelan garpu rasa peritnya!
Dulu saya tak faham, kenapa emak saya suka kaitkan 'kahwin dengan pandai masak'. Kahwin awal itu kan bagus, elak dari maksiat dan sebagainya. Kalau sekarang ni tak pandai masak, sudah kahwin nanti pandai-pandai la kita belajar masak. (kan?)
Kalau sebab anak perempuan tak pandai masak, lalu disekat keinginannya untuk berkahwin. Kan nampak tidak syara' di situ. Dan sangat tidak rasional. Sekarang kedai makan dah banyak kat tepi jalan, beli makan luar aje lah.. kan senang gitu.
Tapi sebenarnya gurauan seorang ibu itu ada hikmahnya.
Kalau nak bahagiakan suami, isteri kena pandai tackle perutnya! Jadi nampak sekarang hubungkaitnya? Emak saya bagi tips rumahtangga oke! Bukan saja-saja nak perli anak dia. Memanglah memasak ini takda dalam syarat wajib kahwin pun, tapi dari segi perhubungan sosial ianya perlu.
Tapi sekarang, bila sudah tahu hikmahnya. Maka saya usahakan diri untuk tahu memasak.
Note : Saya belajar memasak, bukan sebab nak kahwin saja ye. Tapi itu keperluan sebagai seorang perempuan, anak dan kakak kepada adik2. Kih3.
Sempat kakak saya bergurau,
'' Aik, hang nak kawen dah ke?.. '' Agaknya bila adik dia memasak, maka timbul keanehan di situ (sebab jarang buat). Lihat, kakak saya juga kaitkan 'kahwin dengan pandai masak'. Pandai emak saya bagi tips. Hehe.
Jadi mari kita fikir balik. Kaji balik. Ops berundur setapak lagi!
Islam Tak Larang Bercinta, Islam Suruh Kita Kawal
'' Aku tak tahan sangat dah ni... "
Itu antara alasan segolongan yang ingin kahwin awal, sebabnya nak elak daripada melakukan maksiat. Mereka fikir kahwin ini pencegah zina, sedangkan ianya tidak.
Contoh situasi,
A dan B berpasangan.
A adalah seorang lelaki. Berkata dia kepada B,
'' Awak, jom kita kahwin. Daripada kita terus macam ni, lagi bertambah dosa je awak. Sebab awak dengan saya tiada ikatan yang sah. ''
Balas si B dengan jawapan yang agak matang,
'' Awak ingat kahwin ni senang ke. Besar tanggungjawab tau. Memang la awak dah kerja tetap. Tapi awak mampu dah ke jadi imam saya? ''
Si B timbulkan persoalan mampu dari sudut itu ekoran daripada sikap si A yang kerap kali ajak dia berjumpa. Kalau lelaki tahu agama, mesti dia tidak buat begitu. Bijak si B fikir. (kononnya)
A tidak patah semangat lalu jawabnya,
'' Kalau awak yakin dengan saya, pasti awak terima baik dan buruk saya. Daripada saya terus berdosa sebab asyik bernafsu je bila jumpa awak, lebih baik kita kahwin. Awak pun dah jadi yang halal untuk saya. ''
Oleh kerana si B itu matangnya cuma sekejap. Maka mereka pun berkahwin.
Tidak lama selepas itu si A buat perangai. Bila berjumpa si C, dia turut rasa bernafsu. Walaupun si A sudah menjadi yang halal untuknya, tetapi si B tetap merasakan yang sama pada wanita lain.
Maka apa fungsi dia menikahi si A dengan ikatan halal yang mereka bina itu?
Jelas di sini, jika kita ada 'masalah hati' sebegini ubatnya adalah perbaiki rohani. Kembali pada Allah. Belajar dan fahamkan semula Islam itu bagaimana. Dalam situasi ini sebetulnya si A itu kembali pada Allah, buat persediaan yang sebetulnya. Kemudian barulah dia kembali pada si B dan menikahinya.
Fahamkan semula, 'masalah hati' si B tadi tidak boleh selesai dengan cara berkahwin. Malah boleh jadi dia akan menjadi lebih teruk dari itu jika tidak di rawat sebelum dia berkahwin.
Sebab hati ini berkait dengan iman. Kalau hati rosak, dan tidak pula ia di rawat. Maka bagaimana empunya jasad itu mampu kawal semua perbuatannya.
Jadi mari kita berundur setapak lagi dan fikirkannya semula!
Tanggungjawab Sebelum Aku Bernikah
 |
| Buku Hilal, bukan sengaja nak tayang oke! |
Saya akui, sebetulnya selepas baca buku ini akan buatkan si pembaca (iaitu saya) fikir banyak kali untuk bernikah awal. Bukannya semakin teruja nak kahwin awal! Huhu. Sebabnya di dalam buku ini sarat dengan kefahaman penulis tentang bagaimana yang di katakan 'mampu dan bersedia' itu. Dan penulis juga banyak menyentuh soal tanggungjawab dalam konsep penceritaan yang agak santai dan rasa cool je bila baca.
Bila baca je akan rasa, wah wah banyak lagi tanggungjawab sebelum berkahwin yang belum lagi sepenuhnya aku laksanakan!
Patutlah awal-awal lagi penulis dah pesan, Persiapkan diri. Ini bukan permainan!!
Note : Siapa yang belum baca, boleh cepat beli buku ni ye. Saya pun baru baca separuh. Hee.
Antara kisah yang paling menarik untuk saya kongsikan, adalah part di mana penulis bersama dengan keluarganya. Ada satu bab penulis cerita, dia selalu kurungkan diri dalam bilik. Duduk depan laptop je bila berpeluang balik cuti ke Malaysia (sebab penulis ketika itu belajar di Jordan). Masa sepenuhnya dengan keluarga tidak dia penuhi dengan baik.
Penulis berfikir bila dirinya akan berkahwin nanti, pastinya sukar untuk dia dapatkan semula masa yang sepenuhnya itu dengan keluarga tercinta. Sebab bila dia sudah berkahwin, tumpuannya nanti akan terbahagi 3 ; Keluarganya, keluarga mentua serta isteri dan juga anak. (dia tak nyatakan sebegini tapi saya bagitau ikut faham saya eh)
Jadi semasa bujang ini lah, perlunya dia mengambil peluang betul-betul penuhi masa yang ada dengan keluarga itu. Tunaikan hak yang belum lagi langsai. Tanggungjawab sebagai seorang anak, dan paling saya terkesan tanggungjawab seorang abang kepada adik-adiknya.
Bukanlah nak kata, bahawa tanggungjawab itu akan terputus selepas kita berkahwin. Tidak, bukan begitu. Kita masih lagi terikat dengan adik-adik dan ibu ayah, tetapi keadaan masanya nanti tidak akan sama. Maka zaman solo inilah peluang yang perlu kita ambil dan sungguh-sungguh laksanakan tanggungjawab itu. Inilah masa untuk penuhkan mana yang kosong, tambahkan mana yang kurang.
Situasi penulis buat saya terkesan.
Bila tengok dua orang hero (adik2 lelaki saya) dekat rumah ni, rasa macam saya perlu untuk tidak berkahwin awal. Sebabnya ada tanggungjawab yang belum lagi langsai.
Entah emosi apa yang saya rasa. Tapi sebagai seorang kakak, dua orang hero ini amanah saya. Jika saya kahwin awal, masa sepenuhnya saya dengan mereka nanti tiada. Malah masa itu nanti akan berkurangan, sebab perempuan terikat dengan suami selepas berkahwin. Jika suami izin saya lebih masa dengan mereka, maka itu tidak mengapa. Tapi realitinya begitukah?
Jadi bila fikir macam tu, rasa nak kahwin awal itu akan jadi tertangguh. Itu positif saya kira.
Dan rasionalnya saya rasa, bila Allah jadikan saya seorang yang agak 'memilih'. Maka hikmahnya saya akan ada masa yang lama untuk benar-benar serius suka dekat seseorang! Seterusnya melambatkan saya untuk membuat keputusan berkahwin awal.
Ya, saya bukan cerewet tapi teliti. (tapi jangan 'teliti' melampau sangat la eh)
Jom berundur setapak lagi dan fikir.
Kesimpulan
Kahwin muda atau kahwin lanjut usia, dua-dua ada hikmahnya.
Sebab Allah jadikan kemampuan setiap orang itu berbeza, maka hikmahnya juga pasti berbeza. Jika diri belum mampu, maka jangan nak show off sangat soal kahwin muda. Itu hanya menunjukkan diri kita seperti desperate sangat nak kahwin.
Pesanan pedas dari saya. Kamu, kekal positif ye. ^_^
Labels: Sembang santai
Sunday, 11 November 2012, 19:20:00
Kesimpulan - Isu Purdah Di KUIM
 |
| Niqabis, saya hormati golongan ini. |
Kesimpulan Yang Tertangguh
Setelah di jengah belog ini, terperasan pada post awal saya mengenai isu ini pada bulan 3 yang lalu mendapat 707 view. Saya agak jarang update belog, jadi kesimpulannya baru hari ini saya bagitahu! (sangat lambat, maaaaaf) -.-"
Respon Mereka
Berikut adalah respon dari mereka yang saya tanya melalui inbox FB, mengenai isu berbangkit yang berlaku di kampus saya (kalau nak tahu soalan yang saya tanya diorang, anda boleh rujuk sini ye - Isu Purdah Di KUIM
Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
26 Mac 2012, 10.36 am
salam, bagus muslimah itu. panjang penerangan & perbincangan di sini, sukar beri pandangan di facebook ringkas.
- Itu yang beliau balas. Barangkali beliau akan menjawab melalui artikelnya mengenai pemakaian purdah. Sama-sama kita semak ye! =)
Wan Ji At-ta'aduddi (Ustaz Wan Ji Wan Hussin)
27 Mac 2012, 10.37 pm
hukum pakai furdah ini; ikut mazhab Jumhur, adalah harus... dlm mazhab Maliki, makruh....
hukum harus itu, boleh bertukar jadi wajib, jika tidak pakai itu boleh mendatangkan fitnah... dan ia boleh jadi haram, jika dengan memakai itu pula boleh jadi fitnah.. wallahu 'alam
- Seorang pendakwah. Ada sahabat FB yang cadangkan untuk saya tanya beliau mengenai isu ini.
Hafiz Firdaus Abdullah
28 Mac 2012, 11.40 am
Wa'alaikumussalam.
Dalil pakai purnah/niqab ialah surah alAhzab, ayat 59. Maka jika dirasakan ada ruang dan peluang, boleh diusulkan kepada pihak kolej atau U agar membenarkan mana mana muslimat yang ingin memakai purdah agar diberikan haknya.
Sementara itu, hendaklah muslimat yang ingin memakai purdah mengambil keluasan hukum Islam untuk tidak memakai purdah ketika di kolej atau U.
- Beliau seorang penulis di sini.
Hilal Asyraf
26 April 2012, 10.33 pm
- Beliau balas dengan memberi video ini. Jadi, mari kita semak apa kata drMaza! =)
1- Purdah ini masalah khilafiah.
"Bila wanita-wanita arab pergi ke negeri lain, dia bukak pasai dia tahu benda tu (purdah) tak boleh "berinteraksi" dengan dunia.''
2- Menyokong pendapat Al-Bani rahimahullahuta'ala - Purdah, benda yang tak diwajibkan oleh ugama.
3- Wanita datang pada Nabi, dan Nabi kenal. Merujuk pada surah an-Nur ayat 30.
"Kenapa al-Quran suruh kita tunduk pandangan, sebab wanita bukak muka (tak pakai purdah). Kalau wanita tutup muka (pakai purdah), kenapa nak tunduk pandangan?"
4- Hadis Nabi memusingkan kepala sahabat yang ketika itu melihat wanita yang lalu -
"Ertinya hadis tu tahu kata dia cantik, kalau dia pakai purdah mana nak tahu kata dia cantik."
5- Perjuangan sebahagian kawan2 arab di negara Barat - tidak relevan.
" ... mereka juga ada peraturan.. proses yang lama.. timbul pelbagai andaian, barat akan nampak susahnya wanita Islam.."
6- Menyokong pendapat jumhur ulama' sepertimana kata Imam Nawawi - tak wajib purdah.
'' Kalau sapa nak tutup (pakai purdah) setelah dia baca nas lalu dia yakin, wajib tutup (pakai purdah). kita tak kata apalah.. hak dia atas keyakinan dia.. "
7- Tapi yang lebih praktikal - tak tutup muka.
'' Tapi kita takpayah lah bila tengok orang pakai purdah, hoi pegi bukak. takyah la. ini dari sudut diskusi hukum. jadi pandangan kita terhadap benda ni terutama di Malaysia takda masalah gangguan pun, tak pa lah.."
Kata Sepakat
Untuk makluman, MPM sendiri telah buat satu perjumpaan bersama dengan siswi2 yang pakai purdah, dan satu kata sepakat telahpun tercapai. Alhamdulillah, mereka juga memberi kerjasama yang baik dan akur terhadap peraturan kolej.
Semoga bermanfaat.
Labels: Sembang santai
Wednesday, 19 September 2012, 16:28:00
Jangan Perasan
Perasan adalah satu penyakit yang mana bila dia tengok gambar di atas lalu terdetik di hatinya "aku la tu". Sedangkan si pengepost tak bermaksudkan dirinya. Sekian. =.=
*****
A : Saya tak nak jadi orang yang perasan. Cane nak buat?
B : Berterus terang je.
A : Kalau dia menolak?
B : Itu risiko yang kamu kena tanggung!
A : -.-"
Labels: Sembang santai
Sunday, 9 September 2012, 08:19:00
Kerana dia Zinnirah
 |
| Bila baca ini, saya teringatkan satu nama. |
Si Dia
Perkenalan saya dengannya bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta. Masa itu kami sama-sama jadi 'budak baru' di sekolah tersebut. Hari pertama mendaftarkan diri sebagai murid Tingkatan 4 dalam aliran Sains Tulen, suasana yang asing saya kira. Iyalah, jadi 'budak baru' kan. Ada je mata-mata yang menengok. >.<
Seingat saya hari pertama itu Isnin awal Januari 2008, semua budak sekolah di minta beratur sebelum masuk ke kelas. Atau kata lainnya, perhimpunan. :p Nak tak nak saya tebalkan muka dan turut serta dalam perhimpunan tersebut. *Agak segan sebab 'budak baru' tak kenal orang sangat. >.<
Dalam keramaian itu, saya terpandang dua jenis tudung labuh. (faham : orang yang bertudung labuh). Yang mana antara ramai itu, mereka berdua itu sahajalah yang pakai tudung labuh masa tu. Hatiku tertangkap. ''Harap dia jadi kawan aku''. Masa itu sebagai 'budak baru' mestilah nak cari geng kan. Nak teman pegi kantin, ke koperasi ke tandas ke nanti senang. *Orang pompuan memang nak berteman aje. Maka saya pilih yang tudung labuh tu jadi geng saya. >.<
Saya Yang Tidak Faham Pada Awalnya
Bersambung cerita perhimpunan tadi, murid yang baru mendaftar di minta tunggu. Saya tengok si dia itu pun ada di situ. Oh, budak baru jugak. Saya berbisik. >.< Maka saya merapatinya. Senyum dan sedikit segan. Kami berjalan ke kelas bersama. Sambil jalan2 itu, si dia tanya nama saya.
'' Nursyuhaidah...'' Dan dia mengangguk. Dan menyebut nama saya semula dengan sebutan yang betul. Bukti jelas dan dia faham. Lepas itu, saya tanya dia pula ''Nama sape?''. Dan masa ini.....masa ni lah! yang saya tidak faham pada awalnya. Beberapa kali dia ulang namanya. Dan saya mungkin masa itu kurang jelas dan lambat pickup NAMA dia. Sebab faktor segan kut. Haha. Kali ke berapa tah dia sebut, dan saya angguk tanda dah jelas dan faham. *bajet. sebenarnya tak bape clear nama dia. -.-
Kami melangkah masuk ke kelas 4 Siantan. Macam biasa 'budak baru' kan mesti nak pilih sape yang nak duduk sebelah dia. Huu. Dan masa itu saya harapkan si dia tu la. Tapi si dia duduk di belakang saya, saya pula masa itu duduk sebelah siapa pun dah tak ingat. Yang saya tahu, masa tu saya harap sangat si dia duduk sebelah saya. Entah macammana, kawan yang duduk sebelah saya itu mintak tukar tempat duduk dengan si dia. Dan si dia itu pun setuju! Apalagi, pastinya anda (faham : yang sedang membaca) pastinya tahu bagaimana saya rasa masa itu. >.<
Bila dah duduk sebelah, saya pun mula operasi 'faham nama' dia yang tertangguh masa kat perhimpunan tadi. Maka saya kecikkan mata dan menjeling2 ke arah buku tulis dia. Baru jelas.. ''oh, ZINNIRAH.'' Lega hatiku. :p
Melalui Zinnirah Saya Kenal Semua
Alhamdulillah, perkenalan kami kekal sehinggalah ke Tingkatan 5. Masih lagi duduk bersama dalam kelas. Tapi untuk tahun 2009 kami pilih tempat duduk belakang sekali. *senang nak makan dalam kelas bila ngantuk -.- Zinnirah dah faham bila saya mula conteng-conteng buku dia, conteng2 meja dia. Itu tanda saya mula mengantuk. Kalau tak conteng2 pun, saya usik2 dia. ^_^
Zinnirah ada masanya dia banyak bercerita, ada tikanya diam seribu bahasa. Bila dia diam, saya pun jadi diam. Sebab saya kira mungkin masa itu dia merajuk dengan saya, dan bila merajuk saya memang tak reti nak pujuk. Haha. Jadi saya diam dan biar dia sejuk dulu. Bila dah lama tu, saya buat 'gila-gila' dengan dia. Ambil hati dia balik dengan melawakkan diri. Itu cara saya memujuk. ^^ *sweet tak?
Melalui dia, saya kenal semua. Semua.. saya mula kenal apa itu usrah, saya kenal dengan Palestin, saya juga tertarik dengan tudung labuh, dan saya mula kenal Hilal Asyraf. *kenal Hilal dulu baru langitIlahi >.<
Awalnya saya cuma mengikuti sedikit perkongsian di blog langitIlahi masa di Tingkatan 5 itu. Terkesan. Dan mula mengikuti secara serius perkembangan penulis tersebut sekitar tahun lepas (2011). Err cerita selingan.
Usrah, selalu dengar Zinnirah sebut-sebut masa sembang dengan saya. Saya jadi ingin tahu dan nak rasa bagaimana usrah itu. Sehinggalah peluang itu sampai semasa saya masuk ke IPT. Sekitar pertengahan tahun 2011, saya ikuti usrah pertama saya dengan naqibahnya seorang kakak tahfiz. Bila dia tanya saya, ''kenapa nak join usrah?''. Senang hati saya jawab, ''Sahabat saya kenalkan saya dengan usrah. Saya nak join usrah sebab saya nak rasa bagaimana sahabat saya rasa bila join usrah.'' *lebih kurang gitu la ayatnya masa jawab tu
Tudung Labuh Si Dia
Masa di bangku sekolah, saya bukanlah seorang yang bertudung labuh. Tapi hati ini kerap kali tertangkap bila melihat muslimah lain yang mengenakan tudung labuh. Rasa sejuk mata memandang. *Sebab itu awalnya saya harap sangat Zinnirah jadi geng saya. Hee.
Masa itu saya sering cari 'sebab nak pakai tudung labuh'. Selalu dengar, dia pakai tudung labuh sebab budak sekolah agama. Tapi saya budak sekolah harian biasa, nak pakai tudung labuh ke. -.-
Sehinggalah mendapat tawaran ke Kolej Uni ISLAM Melaka, terus saya bulat hati untuk pakai tudung labuh. Paling kurangnya nanti ayatnya berbunyi begini pula. Saya pakai tudung labuh, sebab saya student KUIM. Sepanjang MHS ada saja yang tanya saya ''budak sekolah agama eh?'' Saya geleng, tidak. Erm. Memang budak sekolah agama je ke boleh pakai tudung labuh. *geram juga masa itu -.-
Itu antara perkongsian bagaimana saya mula bertudung labuh. Mula-mula memang saya mencari 'sebab' untuk pakai tudung labuh. Tapi sebenarnya tidak perlu sebab pun kalau nak bertudung labuh. Teruskan saja. Tak perlu juga nak berperingkat-peringkat dan sebagainya. Sebab yang labuhnya tudung, tiada beza juga kalau tudung sahaja labuh tetapi hati tidak. (faham : tudung labuh tetapi bermekap tebal pada muka/tidak menjaga ikhtilat dsbnya)
Pertama kali saya masuk KUIM pun terkejut, saya kira semuanya bertudung labuh. Iyalah sebab kolej Islam kan. Rupanya tidak. Ada beberapa saja. Itu pun bagi course Usuludin, Syariah dan Tahfiz. Untuk course Undang-undang dan Syariah batch saya, seorang saja yang bertudung labuh (pada awalnya). Iaitu saya. Terasa saya seperti 'ustazah celup'. -.-
Dan sekarang baru saya BENAR faham, bagaimana 'tudung labuh' itu di maksudkan. Ya tidak perlu jadi budak sekolah agama baru nak bertudung labuh. Tak perlu tunggu jadi ustazah baru nak bertudung labuh. Ada keinginan? Teruskan saja. Pakailah ia SEIRING dengan menjaga akhlak sebagai seorang yang bertudung labuh. Jangan kerana ''ketidakfahaman'' diri sendiri, tudung labuh pula menjadi fitnah. FAHAM dan PAKAI :)
Sahabat, Zinnirah dan LangitIlahi..
LangitIlahi saya mula serius berbicara mengenainya. Program pertama yang saya turut serta adalah anjuran Institusi Usrah MMU Melaka, yang mana masa itu Hilal Asyraf dan Ameen Misran hadir dan buat perkongsian.
Saya bertanya soalan kepada Hilal Asyraf masa itu. ''Bagaimana untuk menjadi penilai yang sederhana?'' Saya perasan masa itu suara saya jadi kuat dan yakin. Tidak gagap. Entah kenapa segan pun tidak. Nampak Hilal senyum2, sambil menjawab soalan saya. Sebelum kita menilai. Kita sendiri dulu kena ingat yang kita menilai itu manusia. *tertembak* Kemudian jawapan Hilal itu di tambahkan sedikit dengan En Khalid Al-Walid (tauke Chucuk2).
Malam itu kami tarawih bersama. Dan solat witir berimamkan Hilal Asyraf.
Program keduanya saya join, makan2 di Restoran Satay Celup Halal Chucuk2. Dapat berjumpa hampir semua team langitIlahi. Best dan kenyang. Dan inshaAllah awal tahun depan kami akan buat program bersama. Ini kira lanjutan dari ''penyertaan'' saya dalam program bersama langitIlahi. Sebab saya taknak hantar ''penyertaan'' saja tapi kali ini nak ada ''perbincangan'' pula dengan mereka. :')
Semua ini saya TIDAK akan kenal, jika tidak saya kenal TERLEBIH DAHULU dengan Zinnirah. :')
Dan pastinya paksi atas segala yang terjadi ini adalah dengan adanya, keizinan dari Allah!
Nota Akhir
Jujurnya saya ambil masa yang agak lama menulis ini. Betapa panjangnya coretan saya kali ini. Semuanya kerana dia, Zinnirah. Payah untuk saya mengungkapkan bagaimana seorang sahabat itu. Kerana dia istimewa. Walau saya tulis panjang2, tapi itu belum cukup menggambarkan bagaimana istimewanya dia.
Sering saya sebak. Memang saya ada ramai kenalan yang baik-baik di KUIM. Semua sahabat-sahabat saya yang saya kenal di KUIM baik belaka. Saya senang dengan mereka. Tetapi akan ada suatu masa saya harap sangat Zinnirah ada dengan saya. Tidak kira masa saya sedih atau gembira. Atau dalam keadaan diri saya yang orang lain tidak memahami. Saya harap sangat dia ada.
Malangnya saya kena terima kenyataan, dia di Turki sekarang. Hee. Jauh di mata dekat di hati. InshaAllah. Sayang awak fillah. Harapnya coretan ini dapat memujuknya. :)
Sangat cantik aturan Allah.
Sehebat mana persahabatan kami, hebat lagi kuasa Allah yang mempertemukan kami. :')
Kalau Hilal masa bertunang nampak tunang dia macam ini. Saya masa bersahabat pun sama juga. Hehe.
 |
| Zinnirah, satu yang menggambarkan dirinya ; Bila saya lihat, saya ingat akhirat. |
-Diari Kecil-
#Sepertimana saya memandang Zinnirah dengan pandangan yang sebegitu, berharap saya juga akan di pandang sebegitu oleh sahabat yang lain#
***
Sahabat fillah yang ku kenali seawal tahun 2013,
yang sedang mencemburui,
sedarilah hakikat semasa daku menulis coretan itu,
belum lagi daku tahu kewujudanmu,
Rasailah hikmah,
di sebalik pertemuan kita yang Allah 'tangguhkan',
sebenarnya Dia mahu memberikan sesuatu
yang hanya hati kita dapat menceritakan bagaimana,
kata-kata hanya dapat mengungkapkan apa.
Mengungkapkan apakah rasa itu,
zahirnya bisa memberitahu.
Tetapi bagaimanakah rasa itu,
yang mampu merasai dengan hati sahaja bisa menunjukkan.
Kerana itu,
bagaimana lebih istimewa daripada apa,
tidak memberitahuku yang kamu cinta, tidak mengapa
dengan menunjukkan kepadaku yang kamu cinta, ini lebih buatku bahagia
Ya,
bahagia,
yang sedang hati kita nikmati sekarang.
020414 | 1222 pepagi | Serdang
Labels: Sembang santai
Monday, 13 August 2012, 15:43:00
Teguran untuk penambahbaikan tapi sebenarnya ia menjatuhkan.
 |
| awak boleh tegur saya. tapi kena juga jaga hati saya ea :') |
Saya kira 'teguran secara terbuka' itu perlu kena pada tempatnya juga. Bila kita bagi teguran, perlu fikirkan 2 perkara iaitu pertamanya teguran kita itu untuk apa dan keduanya sama ada kita berhikmah atau tidak ketika menegur.
Dan satu lagi perkara penting perlu kita ingat. Bila kita menegur, jangan hanya mahu orang terima teguran kita. Kadang kita sendiri bila menegur, lagaknya seakan diri maksum!
Lepastu bila yang di tegur membalas atau bagi respon pada 'post' teguran kita, jangan cepat kita menghukum '' tak boleh di tegur ''. Sebab mungkin dia sedang menjelaskan keadaannya. Dan positif atau negatif responnya itu, kita dahulu yang perlu berlapang dada.
Perlu kita semak semula, untuk apa kita menegur. Pastinya kita akan kata ''menegur untuk kebaikan dan minta yang di tegur itu perbaiki silapnya''. Nah jika begitu, kita sendiri semasa menegur jangan ''menghentam hal peribadi dan menjatuhkan sesuatu hasil kerja orang''. Berhikmah tahu?
Kadang kita tanpa sedar, sebenarnya kita tegur sebab nak jatuhkan atau burukkan nama seseorang atau sesebuah organisasi. Kita sendiri yang tak puas hati dan tak senang akan kewujudan seseorang atau sesebuah organisasi tersebut. Lalu, nampak saja salah. Kadang benda remeh pun, kita nak ''sembang kencang'' dan terus kita perbesarkan. Dan, kita panggil itu 'teguran'.
Mohon di jauhkan jika kita TERniat begitu bila 'menegur'.
Satu lagi adab bila menegur, saya kira jika benar ada salah bagi pihak individu. Teguran itu terus pada dia saja. Tak perlu kita 'public'kan. Kecuali jika salahnya itu melibatkan ramai orang, maka perlu 'public'kan teguran itu.
Contoh : Seorang public figure kata Hudud bukan dari al-Quran dan As-sunnah. Kenyataannya itu mempengaruhi ramai orang. Maka perlu buat 'teguran secara terbuka' kepadanya. Dan semestinya yang menegur itu dahulu perlu berhikmah dalam cara.
----
Sebenarnya bukan mudah untuk memberi teguran, tambah pula kita kena jaga hati yang di tegur itu agar tidak terasa dan berkecil hati. Bukan mudah, kecuali jika kita berhikmah.
Jika kita mahu orang yang kita tegur itu bermuhasabah akan silapnya, kita yang menegur ini juga perlu lagi lebih lebih bermuhasabah.
Labels: Sembang santai
Friday, 27 July 2012, 16:50:00
Sakit Awal Ramadhan
jumpa gambar comel ni kat FB. *tersentuh*
Mataku Yang Allergic
Alhamdulillah, awal ramadhan kali ini Allah beri ujian. ~.^
Kita tidak akan pernah tahu mengapa kita di uji. Tapi bagi mereka yang beriman pasti akan berkata, bertuahnya aku di uji. Tanda Allah mahu bagi aku 'rasa' betapa dekatnya Dia.
Mereka yang beriman pasti akan mahu di uji lagi dan lagi. Mereka seronok dengan ujian yang Allah beri. Tidak merungut, bersedih lama dan muncung seribu bahasa. Malah mereka berlapang dada, gembira dan riang ria di hati. Hebat jika jiwa ada IMAN. Kan kawan-kawan? ~.^
Maka, pastikan 'mereka' itu adalah kita. InshaAllah.
#Doa'kan saya ok. :')
(Untung Bila Sakit) :p
*Allah pilih kita untuk di uji.
*dapat mc banyak hari.
*masa ni peluang nak memanjakan diri dengan mak ayah.
*boleh teliti dan semak siapa yang benar2 caring dengan kite.
*kite nangis, mereka yang terdekat pun nangis. so sweet.
Labels: Sembang santai
Sunday, 22 July 2012, 17:10:00
Coretan Law Kana Bainana (versi KUIM)
 |
| Edit by Biro Produksi dan Penerbitan |
Tarikh Keramat -19 Julai 2012
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Rasa gembira dan lega dapat juga laksanakan program Law Kana Bainana (versi KUIM). Yang mana dulunya saya tengok program Law Kana Bainana di tv al-hijrah saja, ianya program idea dari Ahmad Sughairi. Sangat tersentuh dan hebat rancangannya.
Program yang membuatkan penonton menangis. Hebat sungguh.
Tapi yang lebih awalnya lagi, saya kenal program tv Law Kana Bainana ini melalui artikel Hilal Asyraf yang mana beliau ceritakan rentetan dari episod seorang wanita yang menangis bila di tanya '' jika Baginda ada sekarang ini, apa yang ingin kamu katakan kepadanya ''.
Muhammadun law kana bainana, apa yang ingin kita katakan kepadanya?
*akan bersambung -ngantuk -.-
Labels: Sembang santai
Thursday, 31 May 2012, 00:19:00
Warkah Kucing Untuk Rakan Saya
 |
| Comelnya meow. |
Saya ada seorang rakan, dan dia free hair.
Istimewanya rakan saya itu, kecintaannya terhadap kucing sangat luar biasa.
Kucing dia mati, dia yang menangis teresak-esak. Dia juga yang tanam arwah kucingnya.
Pernah suatu ketika, kereta yang kami naiki hampir terlanggar anak kucing comel. Dia yang berada dalam kereta ini yang beria-ria menjerit dengan riak muka benar-benar risau. Saya pula masa itu reaksi biasa saja.
Saya sangat tersentuh dengan kelakuan rakan saya itu. Cemburunya saya pada dia. Sebab dia mampu sayang kucing seperti itu. :'(
Saya, yang mengaku sukakan kucing. Belum mampu nak sayang kucing sepertimana dia. Hebat rakan saya itu.
Ibrahnya, pandanglah mereka yang free hair ini dengan 'pandangan rahmat'.
Jangan mengeji dan jangan cepat 'menerakakan' mereka. Semoga Allah beri kekuatan untuk dia menutup aurat.
P/s : Sungguhpun dia free hair, tapi dia tidak pula menjaja fotonya di FB. :)
Labels: Sembang santai
Sunday, 25 March 2012, 21:37:00
Isu Purdah Di KUIM
 |
| Saya sangat hormati golongan berniqab ini. |
Apabila Isu Purdah Dibangkitkan
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lepas, seperti yang saya jangka isu purdah antara isu yang saya kira isu besar dan sensitif telah dibangkitkan oleh mahasiswa. Seorang mahasiswa telah bangun dengan beraninya mempersoalkan di mana hak kebebasan berpurdah bagi seorang muslimah. Sambil ekor mata saya mencuri pandang seorang siswi yang manis berpurdah hitam. Nampak dia tundukkan kepala, sayu. Sayu kerana ada juga yang faham keadaannya dan rela berjuang pertahankan haknya untuk berpurdah. Situasi ketika itu agak tegang. Kemudian, seorang lagi mahasiswi bangun dan persoalkan isu yang sama. Di mana haknya?
Saya sendiri agak terkilan. Sebab pernah ada yang bertanya, kenapa saya tidak sokong pemakaian purdah. Adeh.. macam kejam sangat saya ni kan. Bukan tidak menyokong, malah saya sendiri dahulu adalah seorang yang berkeinginan untuk berpurdah. Maka, saya pernah cuba usulkan perkara ini ke dalam mesyuarat MPM. Tapi atas nasihat seorang ustaz, jadi saya tangguhkan dulu usul saya.
Purdah dan Ayat-ayat Cinta
Saya faham pasal purdah ini pada awalnya, melalui novel Ayat-ayat Cinta. Sebuah karya Habiburrahman Al-Shirazy yang paling laris dan meletup. Memang saya pun tak ambil masa yang lama untuk membacanya. :D
Apa yang saya faham (melalui novel), orang perempuan yang wajahnya terlalu cantik sehingga akan menggoda lelaki yang melihatnya maka dia wajib mengenakan penutup wajah (purdah). Kemudian, ada jugalah sahabat-sahabat yang turut berikan pandangan yang sama. Saya tidak pasti rujukan mereka pula dari mana.
Kemudian selepas itu, saya berhasrat untuk berpurdah selepas bernikah atas izin suami (kononnya). Saya juga ada edit gambar saya sendiri nampak seakan berpurdah. Padahal gambar asalnya tidak. :D
Begitulah yang saya pandang mengenai purdah. Yang saya kira, kecantikan wajah seorang perempuan itu mahal. Maka, kecantikannya eksklusif untuk suaminya saja. Dalam erti kata lain, ianya antara sebab mengapa saya ingin berpurdah. Saya juga ada buat cerpen dan puisi yang menceritakan keindahan berpurdah. Tapi semuanya ini, atas kefahaman saya saja, tidak di sokong dengan mana-mana dalil dan fatwa-fatwa ulama'.
Wanita Pada Zaman Nabi Tidak Berpurdah
Yang menarik minat saya untuk 'ambil tahu' berkenaan purdah ini, kerana ada yang mengatakan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW tidak berpurdah begitu juga para muslimat pada zaman baginda. Padahal, pada awal yang saya faham pasal purdah ini, antara sebab muslimat berpurdah kerana ingin mencontohi pakaian-pakaian Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi). Apabila di sangkal dengan dakwaan 'tidak', maka saya tersentak seketika.
Kita rujuk firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52 yang bermaksud,
“Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
Dalam riwayat yang lain ada menyebut,
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya”
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah? Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
Ok, yang di atas ini dari ayat al-quran sampai maksud hadis tu saya quote pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Boleh rujuk lanjut di sini, Hukum Pakai Purdah . Itu kefahaman beliau. Sangat tersasar dari kefahaman asal saya.
Sekarang kita rujuk pula pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, berkenaan 'hujah' awal saya bahawa perempuan cantik yang membuat lelaki tergoda melihatnya perlu berpurdah.
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?” Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.
Pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, saya ambil dari blog ustazah Fatimah Syarha, Berniqab atau tidak Berniqab? Maka, sekali lagi 'hujah' awal saya sudah di kalahkan dan sama sekali tersasar.
Kefahaman Saya Yang Tersasar
Jelas. Saya sudah menyimpang dari kebenaran, maka tidak lagi saya ambil penulisan peribadi mengenai purdah untuk di jadikan 'hujah' selepas ini. Di sebabkan saya yang masih lagi kurang tahu, maka saya telah bertanyakan soalan melalui inbox FB kepada beberapa 'orang yang bertuah'. Dan, sekarang ini saya sedang menunggu respon dari mereka mengenai ini. Tapi, lambat la. T_T
Soalan Saya
Assalamua'laykum (nama yang bertuah)..
Saya ada satu soalan berkenaan pemakaian purdah. Dan saya mohon (nama yang bertuah) dapat menjawabnya.
Di kolej saya, terdapat peraturan yang melarang pemakaian purdah. Namun, ada seorang siswi yang saya pandang seorang yang tegar berpurdah. Dia sudah banyak kali di panggil pihak atasan, namun masih tetap mahu berpurdah.
Saya hormati dia, dan kagum dengan semangatnya. Tapi, apabila kerap kali di panggil pihak atasan dan dia seorang saja yang berpurdah maka dia di pandang asing. Maka tidakkah itu membebankan dia? Dia menangis pertahankan haknya, dia sendiri tertekan pertahankan haknya untuk berpurdah. Maka apakah itu telah menyukarkan dirinya sendiri? Sedangkan Islam sendiri tidak memayahkan wanita soal aurat, inikan pula soal purdah yang jelas Islam tidak wajibkan memakainya.
Isu purdah ni, saya sendiri pernah cuba nak usulkan ke pihak atasan. Masa itu, saya pegang jawatan dalam MPP maka saya kira usul saya itu senang di terima. Sebab, saya pandang peraturan sebegini bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan. Dan juga saya pandang kolej saya ini 'tidak islamik' dan menindas.
Saya pernah cuba, tapi 'tertangguh' apabila di suruhnya saya keluarkan dalil yang mengatakan wajib memakai purdah. Ok, dari situ saya sedar dalam pertahankan sesuatu perlulah dengan kefahaman yang jelas.
Maka, sekarang ini saya pandang peraturan kolej saya yang melarang pemakaian purdah ini tindakan yang rasional. Semua mahasiswa terikat dengan perjanjian yang melarang pemakaian purdah di kolej. Semua mahasiswa juga sudah sain kontrak yang menyetujuinya sebelum masuk ke kolej. Jadi, 'dakwaan' saya yang kata ianya bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan tidak terpakai. Kerana, kami di sini sudah terikat dengan kontrak.
Saya sudah baca pandangan Dr Asri dan Dr Yusuf Qaradhawi mengenai ini dan buat saya lagi kukuh setuju dengan peraturan kolej.
Dan, soalan saya.
Apakah peraturan kolej ini masih perlu di pinda ekoran ada pihak yang cuba bermati-matian pertahankan isu purdah? Dan, sekiranya di pinda apakah ianya relevan?
Dan, apa hukum berpurdah ke atas siswi berkenaan dalam pertahankan haknya berpurdah dalam 'kawasan larangan'?
Dan ketiganya, apakah benar caranya pertahankan haknya berpurdah dan apakah dia masih perlu terus pertahankan haknya untuk berpurdah?
Mohon penjelasan. Maaf terpanjang pula.
Kesimpulan Isu Purdah Di KUIM
Belum ada kesimpulan lagi, saya masih menunggu respon dari mereka yang lebih tahu dari saya. Maka, kamu yang membaca ini jika mampu beri pandangan, silakan. Pandangan kamu mahal, saya perlukannya.
Lagi sebelum menutup kata, apa kata baca Fatwa Mufti Mesir mengenai isu pengharaman purdah yang pernah 'kecoh' di Universiti Al-Azhar Mesir suatu ketika dulu. Semoga peroleh kefahaman.
Labels: Sembang santai
Monday, 23 January 2012, 15:21:00
Profesional. Katanya...
 |
| Depan lain, belakang lain. Itu profesional katanya. |
Panahan Nota Cinta
Salam alayk sayang,
First sekali, nak syu set kan minda, bhw ayat2 yg seterusnya bkn la mahu menyebelahi mane2 pihak. Kita pun tak tau apa yg berlaku. Tp nampak sedikit sebanyak kekeruhan. Kita msg syu sbb kita bkn lah kenal rapat dgn org2 yg berkaitan tersebut selain syu. Ok?
Kita, dalam menyelesaikan sesuatu masalah kena profesional. Tak ikut kan perasaan marah dan perasaan2 buruk lain. Apatah lg bersangka buruk. Biarlah di pihak yg lain itu nak marah atau apa saja, tp kita jangan buat. Tenangkan hati, tenang dlm menerima masalah dan menyelesaikan masalah. Org lain naik suara, kita jgn naik kan suara. Terangkan, jelaskan dgn baik dan berhemah. Adalah lebih baik jika perkataan kita tidak berputar belit, atau memerli. Itu akan menambah kan lg masalah yg ada.
Dan tidak lah profesional seorang pemimpin itu, bila dia bergaduh, bertegang urat di khalayak ramai. Sampaikan wall mh.naemah pun jd gelanggang. Mungkin pihak yg sana yg mulakan dulu. Tp kita jgn teruskan. Malu bila org lain tengok, apatah lg student kuim. 'adakah ini pemimpin kami?' 'oh. Pemimpin kami sedang bergaduh sesama sendiri.' malu kan bila org yg percayakan kita, mengangkat kita sbg pemimpin, dan akhirnya mereka tidak percaya dgn kita hanya kerana masalah yg kecil tp diperbesarkan.
Sedih la kita tengok shbt kita jd mcm ni. Harap dapat perbetul kan. Mana yg baik, kita ambil mana yg yg buruk, kita tinggal kan. Saling ingat mengingatkan.
Kalau rasa apa yg kita tulis ni bermanfaat utk diri syu dan org di pihak yg lg satu, kongsi lah. Moga Allah redha.
-sahabat sampai ke syurga. InsyaAllah-
Tambahnya lagi,
Mcm ni la. Biarkan mereka dgn cakap belakang mereka. Dah cuba berbincang, tp tak berhasil. Biarkan. Yg baik Allah balas, yg buruk pun Allah balas.
Kadang2 laki ni bukan mcm perempuan. Lelaki mcm ni, perempuan mcm ni. Jdkan perbezaan tu sebagai rencah hidup. Biarkan mereka dgn ego mereka. Sebab memang ego berkait rapat dgn lelaki. Kita kena faham mereka. Biar mereka tak faham kita. Tak jd masalah. Allah ada letakkan segala pergantungan pd Allah. Biar lah mereka nak buat ape pun pd kita, kita tak goyah! Sebab kita yakin dgn bantuan Allah.
Sifat seorang perempuan tu, tenang dan penyayang.
Mesej dalam inbox FB, dari seorang sahabat yang jauh di mata. :)
p.s : Kadang-kadang apa yang saya tulis memang tak kena dengan tajuk. (^.~)Labels: Sembang santai
|