" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 9 January 2011, 02:16:00
Untitled by Me

Aku susuri jalan berdarah ini Haruman darahnya aku renjiskan Tidak akan aku berundur walau seinci Aku tidak peduli berapa ramai bilangan mereka Kerana aku bersama dengan redha Allah yang Maha Esa
Aku ingin menebus kembali khilafku Tidak aku kisah apa kata mereka dibelakangku Kerana aku nampak lambaian syahid dihadapanku Biarkan peluru fitnah itu menembak Langkah ini tidak akan sesekali berganjak Kerana aku ada Allah yang Maha Mengetahui
Biarlah aku menangisi perjalanan hidupku Kerana aku lebih tenang dengan itu Apa yang meredhakan Allah Itulah jalan yang aku tuju
Wahai manusia Pujian itu ujian Ujian ini yang aku takutkan Masakan aku tidak terusik dengan pujian dunia Cantiknya aku, semangatnya aku, solehahnya aku Aku bungkus itu dan serah pada Allah Biarlah semuanya dalam nilaian Penciptaku
Aku kembali terasing
Bernafasnya aku untuk menebus kembali khilafku Aku tidak minta kamu memahamiku Cukuplah dengan kamu hargai setiap kali hadirnya aku Aku tidak minta kamu menyokongku Cukuplah dengan prihatinnya kamu kepadaku Aku tidak minta kamu bersusah-payah untukku Cukuplah dengan manisnya senyum kamu kepadaku Aku tidak akan pernah minta kamu mencintai aku Cukuplah dengan kamu menghormatiku sebagai saudara kamu
Aku ini musafir yang fakir dengan ilmu Selamanya tidaklah aku ingin begitu Hentaman pujian ini yang membangkitkan aku Barulah aku rasa tidak senang dengan kedudukan itu
Aku sekadar hamba kepada Penciptaku Aku sekadar anak kepada emak dan ayahku Aku sekadar adik kepada kakakku Dan aku sekadar kakak kepada adik-adikku Namun aku tidak ingin terus senang dengan kadar itu
Aku tidak ingin sekadar hamba Aku ingin yang sebenar-benar hamba Aku tidak ingin sekadar anak, adik dan kakak Aku ingin yang sebenar-benarnya begitu! Barulah aku senang dengan kedudukan itu
Wahai manusia Jika mengaku aku di tahap hamba Maka sedar aku tidak sempurna Pantaslah aku untuk berusaha Berusahalah aku menjadi sebenar-benar hamba Dan berusahalah aku menjadi yang sebenar-benar manusia !
Ya Allah Ikhlaskan yang dusta, Bersihkan yang alpa, Permudahkan yang berusaha, Hantar aku ke sana..
P/s : Emak saya menangis tika itu..
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah 03:39 am (29 zulkaedah 1431H)
5 November 2010 Labels: Puisi Palestin
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|