AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Saturday, 26 February 2011, 14:40:00
Bertudung Itu Cantik
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” ~Riwayat Muslim
Hadis di atas adalah peringatan bagi kita, khususnya kaum hawa. Etika berpakaian/bertudung menurut Islam sudah jelas untuk kita, namun masih ada yang free hair dan bertudung ala kadar saja.
' pakai tudung tapi singkat, pin sana, pin sini.. baik ko takyah pakai tudung ! ' ' weh ! ko ni bukan pakai tudung tau, tapi ikut fesyen je kan ! sudah la wei ! '
Pelbagai lagi kata-kata kesat kita ludahkan kepada mereka ini.
Dari situasi ini, kita telah membuat satu kesimpulan.. ' Bertudung singkat orangnya lebih baik dari mereka yang langsung tak pakai tudung ! Dan, bertudung labuh orangnya jauh lebih baik dari mereka yang lain itu! '
Benarkah? Hrmm.. Bisa jadi, mereka yang tak pakai tudung tu lebih baik dari yang bertudung singkat hatta yang bertudung labuh itu !
Bertudung labuh pun masih berhuha huha dengan lelaki ajnabi. Berkapel ala Islamic (kononnya).. Ada juga yang ujub ! Yelah.. Dia pakai tudung labuh. Ustazah tu ! Jadi lahirlah rasa diri lebih baik dari orang lain. (Kan?)
Sedarlah ! Bahawa kita sudah menghukum mereka ini dengan mengkhinzir buta! Bukankah Allah telah peringatkan,
'' Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. '' ~Surah al-Asr
Jadi, berpesanlah dengan kebenaran dan kesabaran bukan 'melabel' mereka ini yang bukan-bukan !
Ingatlah! Allah memandang pada hati kita, bukan pada apa yang di pakai.
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu.” ~hadis riwayat Muslim
Jadi, hijablah hati kita seiring dengan pakaian/tudung kita. Bukan hak kita untuk menghukum sesiapa !
Jaga mulut ! Jangan sampai terlanjur kata sehingga hilangnya redha Allah dan timbul pula murka Allah !
'.' " Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. " ~Saidina Ali bin Abi Thalib
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|