AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Friday, 15 April 2011, 20:42:00
Diam Itu Sebenarnya......
Diam itu nampak biasa
Diam itu di lihat kosong
Diam itu di pandang rendah
Diam itu di fikir lemah
Sesungguhnya !
Diam itu sebenarnya bukan sekadar kelu tidak berkata
Diam itu menyimpan seribu memori dalam pemikirannya
Diam itu memikirkan kesan akan bicaranya
Diam itu HEBAT DALAM TINDAKANNYA !
Dan aku sarankan kamu !
Jangan pandang orang yang pendiam ini dengan sebelah mata, mungkin saja diamnya itu LEBIH BAIK dari kamu yang lebih dalam berkata-kata.
Ingatlah !
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda s.a.w telah bersabda, "Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain? "
Abu Zar r.a telah berkata,
"Ya Rasulullah s.a.w khabarkanlah."
Baginda s.a.w bersabda: "Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat yang jiwa Muhammad s.a.w ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini. "
- HR Baihaqi
 |
Jadi, biar diam itu berisi daripada bising menyusahkan diri. :D |
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|