Mengikut segala bekas jejaknya, Untuk meneruskan kalamnya, Kerana kalamnya wangi, Masih wangi, Sentiasa wangi, dan kekal wangi.
Duhai ayahanda bonda, anakandamu di sini sangat takut. Takut jika kelahiranku tidak memberikan apa-apa manfaat buat kalian. Khuatir jika adanya aku ini hanya sia-sia. Sungguh anakandamu ini sangat lemah. Lemah jika kalian tidak lagi tersenyum melihat telatahku. Apatah lagi jika aku pernah mengguris hati kalian.
MAAFKAN ku duhai ayahanda dan bonda, seandainya pernah airmata kalian menitis kerana percakapanku ! Seandainya jiwa kalian di toreh sakit dek perbuatanku ! Maafkan ku duhai ayahanda dan bonda.. Sungguh, pada masa itu aku tidak sengaja. Aku tidak sengaja duhai mak dan ayahku.
Wahai ayah dan ibuku, aku tidak tahu bagaimana untuk membalas segala pengorbanan kalian. Sungguh, aku tidak akan mampu untuk membalasnya. Namun, ketahuilah mak dan ayahku.. aku sentiasa berusaha untuk 'menjaga' diriku. Aku menjaga diriku dari berkata kesat. Aku menjaga diriku dari berpeleseran. Aku menjaga diriku dari menjalinkan hubungan dengan lelaki ajnabi. Aku menjaga semua itu, kerana aku tidak mahu kalian malu denganku.
Sungguh, aku sedih apabila melihat mereka di sekelilingku berdua-duaan lelaki dan perempuan dengan rasa bangga. Mengeluarkan caci maki, bergelak tawa berlebihan. Apakah mereka tidak sedar diri mereka di perhatikan? Setiap gerak geri mereka di catit? Dan, apakah itu yang di ajar oleh mak dan ayah mereka?
Sungguh, aku benar-benar 'menjaga' kerana aku tahu, AKU ADALAH CERMINAN MAK DAN AYAHKU. Bagaimana kalian mengajarku, begitulah mereka di sekelilingku melihatnya. Segala baik aku adalah dari Allah dan hasil didikan kalian.. Aku pantulkan segala yang baik untuk kalian berasa bangga denganku. Aku membalas segala pengorbanan kalian dengan 'menjaga' diriku. Itu yang aku mampu duhai ayahanda dan bonda. Jika sekiranya ianya masih belum cukup untuk membalas jasa kalian, maka maafkanlah aku. Aku telah berusaha untuk meraih pahala untuk kalian. Aku telah mencuba......
Ya abi wa ummi, aku telah berjuang atas jalan dakwah.. Sedangkan usaha aku ke arah itu masih kecil. Diriku sendiri masih belum terdakwah. Allah telah meletakkan aku di bawah payung dakwah ini.. sedangkan diriku masih belum layak. Namun, aku fikir kembali.. segala aturan Allah adalah yang terbaik. Allah memilihku kerana Dia Maha Tahu dengan cara berdakwah inilah aku dapat membanggakan mak dan ayahku dengan kadar yang lebih ! Ya ! Aku pasti kalian akan gembira. Dan, aku berharap kalian lebih senang denganku.
Duhai ayahku tercinta, terima kasih kerana telah memarahiku. Terima kasih kerana telah merotanku.. sehingga masih ada bekasnya sampai sekarang. Terima kasih kerana korbankan masa luangmu dengan bekerja lebih masa setiap hari.. Terima kasih kerana bergadai nyawa semata-mata mahu mencari duit untuk menyekolahkanku. Amat tidak bergunanya aku, sekiranya aku abaikan segala pengorbananmu itu. Ayah, aku ingat segala kata-kata yang kau lontarkan kepadaku.. meskipun tika itu kau marah tapi kata-kata itulah yang menyedarkanku. Dengan merotan itulah yang telah mendidik jiwaku. Terima kasih ayah.. Dan, maafkanku jika aku belum cukup usaha untuk menghargaimu.
Wahai ibuku tercinta, membicarakan tentang kamu.. hati ini mesti akan meruntun sedih. Tidak termampu untuk aku ceritakan pada dunia di atas segala pengorbananmu. Terlalu besar wahai ibuku, sangat besar jasamu. Derhakalah aku jika aku mengabaikanmu. Hinalah aku ! Rugilah aku ! Aku mohon agar segala salahku, kamu maafkan.
Duhai ayahku.. duhai ibuku. Halalkan segala makan minumku. Maafkan aku yang terlanjur kata dan perbuatanku yang melampaui batas. Redhakanlah aku. Sungguh, redha Allah bergantung pada redha kalian.
Atas izin Allah, hanya dengan coretan ini kalian bisa tersenyum.
Alhamdulillah.. aku masih mampu membuat kalian tersenyum.
 |
Aku.... adalah hadiah untuk kalian.
|
|