AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 12 June 2011, 15:04:00
Kamu Itu Lebih Hebat
 |
Hanya daripada hati, kamu akan dapat menyentuh langit. ~Hilal Asyraf~ |
Perkenalan Itu Satu Anugerah
Apabila membicarakan tentang perkenalan, maka ianya sebuah anugerah yang sangat bernilai dari Allah.
Mengapa saya mengatakan ianya anugerah?
Kerana daripadanya, kita akan dapat mengenali hati budi dan mengeratkan lagi silaturrahmi sesama ummah. Ianya sebuah kesempatan dan peluang yang Allah beri, maka sewajibnya kita menggunakan peluang perkenalan ini dengan hikmah dan sebagai tarbiyyah diri.
Perkenalan tidak hanya tertumpu sesama jantina sahaja, perkenalan antara lelaki dan perempuan juga satu anugerah. Bermaksud, perkenalan dalam ruang kerja yang memerlukan kerjasama antara lelaki dan perempuan. Maka, dari situ perkenalan dengan partner yang berlainan jantina itu tercetus. Namun, kebanyakan dari kita hari ini, menggunakan anugerah perkenalan di antara lelaki dan perempuan ini secara terlebih-lebih dan tiada sebab utama lalu menjerumuskan diri mereka ke dalam masalah ikhtilat.
Apabila kita bijak mengawal perasaan dan berbual hanya urusan kerja, ianya akan membuatkan diri kita lebih menjaga. Maka, dari situ nikmat anugerah itu terasa. Namun, jika sebaliknya itulah yang menjadi parahnya.
Hakikatnya, saya agak malu dan janggal ketika berurusan dengan 'lelaki' yang hebat imannya. Dan, sedar saya perlu atasi kelemahan itu atas faktor kerja.
Tarbiyyah Pada Diri
Berkenalan dengan ramai orang ini satu bonus sebenarnya. Dalam keramaian itu, kita akan menjumpai pelbagai jenis ragam manusia, ada yang cool, ada yang peramah, ada yang pendiam, ada yang humble dan macam-macam lagi lah.
Senang cerita, mengenal pelbagai ragam manusia ini menjadi satu didikan pada diri kita. Mengapa begitu?
Saya bagi contoh.
Kawan yang kita kenal ini selalu benar mengumpat dan bergurau melampaui batas. Apakah kita perlu menjauhinya? Atau menasihatinya? Atau dia itu sebenarnya akan mempengaruhi kita menjadi sepertinya?
Sebenarnya orang yang begini adalah orang yang mentarbiyyah diri kita supaya tidak menjadi sepertinya. Dalam pada itu, tidak sepatutnya kita memboikot orang yang sebegini. Kononnya, dia akan mempengaruhi kita menjadi hitam, teruk dan rosak hati sepertinya lalu kita ambil keputusan tidak mahu berkawan dengannya.
Tidak.
Yang memberi pengaruh pada hati kita itu adalah diri kita sendiri. Diri kitalah yang perlu kuat dan bijak menolak 'pengaruh buruk' itu.
Menolak yang bagaimana?
Bukan menjauhinya, tetapi dengan cara menasihatinya dan menjadikan dirinya suatu tarbiyyah pada diri kita.
Justeru itu, tidak menjadi masalah bagi orang yang hebat untuk menerima sesiapapun menjadi kawannya. Jika kenalannya itu memberi pengaruh yang baik, maka itu satu gandaan bonus baginya. Mahupun kenalan yang memberi pengaruh buruk, maka orang yang hebat akan ambil ianya sebagai satu tarbiyyah bagi dirinya.
Sudah tentu, menjadi orang yang kuat dan bijak ini paksinya adalah keimanan pada Allah. Jika hebat imannya, hebat jugalah dirinya.
Ujian Pada Diri
Terkadang perkenalan itu juga ujian Allah buat kita. Tanpa kita sedar, dalam keseronokan berukhuwah itu timbul 'sesuatu' yang perlu membuatkan diri kita berhati-hati.
Apakah 'sesuatu' itu?
Sesuatu itu adalah pujian.
Ya, siapa yang tidak seronok apabila di puji kan.
Namun, orang yang hebat akan berasa tidak selesa dengan pujian.
Orang yang hebat ini akan merasakan dirinya tidak layak menerima pujian.
Orang yang hebat ini akan memandang orang lain lebih hebat daripadanya.
Kerana itu, orang yang hebat ini akan sentiasa berusaha menjadikan dirinya lebih baik. Orang yang hebat akan serahkan diri dan amalnya pada nilaian Allah. Orang yang hebat akan berkerja kerana redha Allah, bukan redha manusia.
Kamu Itu Lebih Hebat
Jika kita menggunakan anugerah perkenalan ini sebagai suatu tarbiyyah, maka kita dapatlah rasa manisnya.
Sangat bertuah jika kenalan kita memberi pengaruh yang baik buat diri kita. Dan, lebih bertuah jika berpeluang berkawan dengan mereka yang 'berpengaruh buruk' andai kita menjadikan akhlak diri sebagai pengaruh baik buatnya.
Berdakwah melalui akhlak, akan menjadikan kamu itu hebat.
Dan, melalui akhlak kamu terdakwah, maka kamu itu lebih hebat. Hebat imannya.
Penutup bicara. Salah saya di tegur, kurang saya di tambah, dan aib saya di tutup.
Wallahua'lam.
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|