AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 12 June 2011, 15:22:00
Rindu Adik Pada Mama
 |
Senyummu bisa mencairkan api amarahku. Nasihatmu bisa menambah manis pada pahit lisanku. Teguranmu ibarat bunga yang sentiasa mekar dalam raudhah hatiku. Redhamu laksana bulan yang mencahayakan jalan hidupku. Doa'mu bagaikan satu daya yang mengatur jejak langkahku. Selamat hari lahir, mak. (11 Jun 1966)
|
Pagi itu adik bangun awal dari biasa. Adik gerak mama bangun.
Adik lapar. Mama pun terus masak untuk adik. Adik tengok jam, pukul 3 pagi.
Tak tahu la kenapa perut adik rasa kosong. Lapar sangat.
Adik tengok mama masak. Dekat dapur. Mama masak nasi goreng.
Mama batuk2. Adik tuang air. Adik bagi mama minum.
Lepas tu, adik cerita hal sekolah adik dekat mama.
Adik minta restu dari mama.
Sebab adik ada pertandingan hafazan. Dengan restu dari mama, adik pasti menang.
InsyaAllah.
Mama tersenyum. Mama peluk adik. Mama cakap, mama bangga punya anak macam adik.
Adik kata memang la, sebab adik mana ada abang. Mana ada kakak. Mana ada adik.
Adik sorang je anak mama. Kalau bukan adik yg banggakan mama, siapa lagi.
Papa pula dah lama meninggal dunia. Mama tak de sapa2 lagi, Cuma adik.
Mama tersenyum lagi. Mama cakap, mama nak adik membesar dengan ayat suci Al-Quran.
Mama nak adik hafaz Al-Quran. Mama cakap, orang yang hafaz Al-Quran ni banyak kelebihannya.
Mayatnya tak reput.
Hari kiamat nanti, muka orang yang hafaz Al-Quran ni seumpama bulan purnama.
Anak yang hafaz Al-Quran akan meningkatkan darjat ibu bapa dalam syurga.
Mama nak adik bantu mama dengan papa nanti. Mama dengan papa cuma boleh mengharap pada adik saja.
Adik saja anak mama dengan papa.
Adik cakap dekat mama, sudah pasti adik mahu tolong mama dengan papa.
Adik mesti banggakan mama papa. Adik mesti hafaz Al-Quran.
Dan itulah yang sedang adik lakukan sekarang. Buktinya, adik sudah menghafaz 15 juzu’ Al-Quran.
Adik baru 10 tahun. Tapi adik sudah di beri kepercayaan oleh imam di masjid utk mengajar tajwid dan pembacaan Al-Quran yang betul.
Duit yang adik dapat tu, adik bagi dekat mama. Ringankan beban mama sejak papa tiada.
Adik cakap, besar nanti adik punya kerja, punya rumah, punya isteri, punya anak, masa tu adik kena jadi pemimpin.
Jd, adik akan suluh keluarga adik dengan cahaya Al-Quran.
Masa tu, mama akan tinggal dgn adik. Adik akan jaga mama sehingga akhir hayat adik.
Mama terdiam. Mama peluk adik lagi. Kali ini, pelukan erat.
Adik rasa lain sangat. Adik rasa tenang dalam pelukan mama.
Mama cium dahi adik. Adik nampak air mata mama jatuh mencurah.
Adik lap air mata mama tu. Adik cakap, mama jangan nangis, nanti adik pun nangis.
Adik sayang mama.
Mama cakap, mama pun sayang adik. Mama cium pipi adik. Mama cakap, adik anak yang soleh.
Sesuailah dgn nama yang papa bagi, Muhammad Soleh.
Mama cakap lagi, adik cepat belajar. Terang hati. Adik pandai berdikari.
Adik tak pernah menyusahkan mama. Sukar punyai anak macam adik. Adik pandai jaga diri.
Adik pndai itu,ini. Adik peluk mama. Adik tak sanggup nak dengar pujian dari mama lagi.
Adik rasa lain sangat. Pagi tu, adik nangis dalam pelukan mama.
Adik cakap, adik tak akan jadi begini kalau bukan dari didikan mama papa.
Adik tak akan sebegini kuat kalau tiada mama di sisi.
Semua ini berkat dari doa mama.
Jika mama tiada, hilanglah satu keberkatan dalam hidup adik. Iaitu, doa dari mama.
Adik cium pipi mama. Adik nangis. Adik sayang sgt2 dekat mama.
Adik bangga dengan mama. Mama tersenyum manis.
Mama masih nangis sikit2. Lepas tu, mama bangun.
Mama bubuh nasi goreng dalam pinggan. Mama tahu adik lapar.
Mama pun suap adik. Lepas satu suap, adik pula suap mama.
Lepas tu, mama suap adik lagi. Sekarang, adik pula suap mama.
Mama suap adik, adik suap mama.
Bahagia adik rasa pagi tu.
Mama pesan, kasih sayang mama dekat adik tak akan pernah luntur.
Tika nanti tiada lagi doa dari mama, adik jangan risau.
Adik punya doa dari malaikat, selagi adik dekat dgn Allah.
Adik punya doa dari manusia, selagi adik baik dengan mereka.
Malah binatang juga mendoakan adik selagi adik baik dengan semua makhluk Allah.
Ingat pesan mama.
Baik mama. Adik ingat segala nasihat mama.
Adik tak akan hampakan mama.
Pagi tu terasa lama. Adik rasa seronok berbual dengan mama.
Sekali lagi, adik minta restu dari mama. Minta doa dari mama.
Agar adik bisa mencapai kejayaan.
Pagi tu adik pegi skolah seperti biasa.
Dingin ciuman mama masih terasa di pipi.
Hangat tangan mama masih menebal terasa.
Semangat adik hari ini untuk belajar amat kuat sekali.
Adik akan buat mama bangga. Adik akan membawa balik piala johan hafazan dan adik akan berikan pada mama nanti.
Adik pasti mama akan gembira.
Sepanjang pertandingan, adik teringatkan mama. Adik teringat segala pesan mama.
Adik rasa rindu sangat dekat mama. Ntah kenapa. Tak sabar rasanya nak balik rumah.
Jumpa dengan mama. Peluk mama.
Adik bertambah gembira, bila adik di nobatkan sebagai johan hafazan.
Adik gembira sangat. Adik bersyukur sangat. Adik keluar dari dewan.
Adik cari public phone. Adik nak hubungi mama. Adik rasa tak sabar2 nak bagi tahu mama.
Adik call banyak kali. Tapi mama tak angkat. Adik pelik. Adik cuba dial lagi.
Tiba2 nama adik di panggil. Adik pusing belakang. Adik nampak pak Cik Ramli. Jiran setaman.
Pak Cik Ramli cakap, dia datang untuk bawa adik balik rumah. Mama tak dapat datang.
Adik tanya, mama kenapa. Pak Cik Ramli cakap, mama letih. Penat bekerja.
Ohh, patutlah telefon tak di jawab. Mama penat. Tak pe. Lepas mama tengok piala adik ni, pasti hilang segala keletihan mama.
Adik tersenyum puas.
Sampai saja di rumah, adik tengok ramai orang. Eh, mama buat kenduri kesyukuran ke.
Rai kemenangan adik ni. Mana mungkin. Mama belum tahu kejayaan adik.
Adik pelik. Bertambah pelik, bila rindu adik pada mama makin kuat terasa.
Sedangkan adik dekat dengan mama. Tapi kenapa adik rasa rindu sangat.
Adik tergamam bila nampak van jenazah depan rumah. Siapa yang meninggal.
Tiba2 Pak Cik Ramli bersuara, adik, tabahkan hati. Kuatkan semangat adik.
Mama adik terjatuh dari tangga. Hentakan kuat di kepala.
Allah lebih sayang pada mama adik. Mama adik pergi buat selama2nya.
Adik terdiam. Lama sangat. Adik tak bersuara. Adik melangkah masuk ke rumah.
Adik cuba senyum kepada mereka yang memandang adik, tapi air mata adik semakin deras mengalir.
Adik cuba percepatkan langkah, tapi kaki adik terasa lemah.
Adik cuba pujuk diri adik, tapi adik sendiri tak dapat kawal perasaan adik bila.. bila..
Bila adik tengok tubuh mama terbaring kaku depan adik.
Adik terduduk.
Adik bisik pada mama.
Mama, adik bawa pulang piala hafazan. Adik menang.
Semua ini berkat doa mama. Mama, senyumlah.
Adik rindu mama. Rindu mama.. Hanya rindu mama!
Adik terus peluk mama.
Adik lap air mata adik. Adik cium dahi mama. Adik cium pipi mama.
Badan mama masih terasa hangat.
Mama, adik masih perlukan mama.
Adik tak kuat. Adik masih kecil untuk hidup sorang2.
Mama cakap adik pandai berdikari. Tapi, semangat adik lemah…
Adik perlukan mama… Masih perlukan mama!
Tiba2, dada adik terasa dingin. Adik letakkan tangan kanan adik di dada.
Adik menangis. Adik lupa. Adik punya ayat suci Al-Quran.
Kalam suci yang sedang tumbuh subur dalam hati adik.
Adik berasa tenang. Adik menjadi lebih yakin.
Mama, adik akan sentiasa merindui mama.
Nanti adik menangis, siapa yang nak pujuk adik. Lap air mata adik. Tenangkan adik.
Bila adik lapar, siapa nk suap adik.
Dengan siapa adik nak bermanja?
Dengan siapa adik nak berkongsi cerita? Kongsi kegembiraan?
Dengan siapa??
Adik menangis lagi. Separuh menjerit.
Adik tak boleh begini. Tak boleh!
Sekali lagi adik letakkan tangan kanan adik di dada. Adik tenang.
Seolah2 di pujuk.
Mama nak adik membesar dengan ayat suci Al-Quran, benarlah kata mama.
Saat ini, ayat suci Al-Quran sedang tumbuh mewangi dalam hati adik dan membesar sekali dengan adik.
Adik senang dengannya.
Mamaa..
Rindu adik pada mama.
Kasih adik pada mama.
Sayang adik pada mama.
Cinta adik pada mama.
Doa adik pada mama.
Hanya pada mama!
Adik menangis.. Menangis.. Menangis.. Dan terus menangis.
Adik redha dengan pemergian mama.
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah
28 Februari 2010
07:01:44 am
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|