AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 8 June 2011, 22:49:00
Siapa bakal Imam dan Makmumku?
 |
Pernikahan itu tidak hanya menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, malah ianya suatu penjana dalam membina sebuah Ummah. |
Siapa bakal Imam dan Makmumku?
Apabila bercerita tentang pernikahan, percintaan dan seangkatan dengannya pasti akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan saya bakal berkahwin dalam jangka masa terdekat ini. Pelik. Ada yang mengatakan saya telah jatuh cinta. Kiranya jika saya belum jatuh, tidak boleh bercerita mengenai cinta kah? Huhu. Bersedia atau tidak, saya mahu juga bercerita mengenai CINTA.
Ciri-Ciri Bakal Pasangan
Lazimnya, ramai yang meletakkan kriteria tertentu untuk di jadikan pasangan hidup. Tinggi, putih, kaya dan sebagainya. Saya memandang bahawa meletakkan syarat/kriteria yang kita mahu, tidaklah salah. Cuma perlu kita seiringkan juga dengan usaha.
Usaha yang bagaimana?
Menilai diri. Ya.. menilai dan menyemak kembali ciri-ciri yang ada pada diri kita. Seterusnya, kita timbang ciri-ciri yang baik dan ciri-ciri yang tidak baik yang ada pada diri kita. Atau kata mudahnya, membuat checklist.
Huh. Kita bercakap tentang ciri-ciri bakal pasangan, mengapa perlu di lihat ciri-ciri yang ada pada kita pula?
Kerana.. siapa anda, itulah bakal pasangan anda. Anda lupa ea? Saya ingatkan dengan firman Allah SWT,
‘’(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (surah an-Nuur :26)
Jadi, jika kita mempunyai nilai timbangan yang lebih di dalam ‘bungkusan yang baik’, maka tidak perlulah risau akan bakal pasangan kita. Kerana sudah tentu, Allah akan memberi yang baik juga untuk kita.
Kita tidak perlulah demand lebih. Mahu yang seperti itu, mahu yang sebegini.. Sedangkan diri sendiri masih juga di takuk yang lama.. tidak juga mengisi kelompongan hati yang ada. Inilah perlunya kita berusaha untuk perbaiki diri. Bak kata orang selalunya, mahu yang soleh.. solehahkan diri dulu.
Tetapi, menjadi solehah itu mudah.. mengekalkan solehah itu yang payah. Bagaimana pula?
Senang sahaja, jika kita fikir ia payah.. maka payahlah ia. Dan antara sebab lain mengapa mengekalkan solehah itu payah mungkin kerana kita terlupa minta sungguh-sungguh pada Allah agar dipermudahkan untuk kita.. kerana itu yang mudah menjadi payah. Dan, yang payah bertambah payah.
Mahu pasangan yang baik kan? Inilah masanya.. untuk kita mengubah diri. Perlunya kita untuk berusaha memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Dekatkan diri dengan Allah kelak anda akan dapat seseorang yang rapat hubungannya dengan Allah juga.
Kerana itu saya tidak berapa mahu melihat ciri-ciri yang ada pada sesiapa, sebelum saya melihat ciri-ciri yang ada pada diri saya. Apakah saya layak untuknya atau tidak? Jika tidak, dari situlah perlunya usaha bagi melayakkan diri untuknya.
Ehee.. Tapi, taste saya agak tinggi jugak lah…. hafaz Al-Quran dan sejuk mata memandang (arabian look). ^_^
Bila Nak Kahwin?
Suatu persoalan yang biasa. Dan lazimnya orang akan menjawab, ‘’lambat lagi la... nak kerja dulu cari duit.’’ Tetapi jika soalan itu di tanyakan kepada saya, maka jawapannya..
‘’ Bila mana seseorang itu sudah menyediakan dirinya untuk berumahtangga, maka bila-bila masa sahaja dia bisa berkahwin ‘’
Menyediakan diri dengan cara yang bagaimana?
Iya. Menyediakan diri dengan cara menimba ilmu agama. Kerana, peranan kita selepas berakad nikah ini tidaklah hanya tertumpu pada kemesraan yang halal antara pasangan malah kita adalah tiang pembina ummah.
Ada orang memberikan faktor-faktor tertentu seperti, sudah berkerja, sudah lanjut usia dan sebagainya sebagai tanda bahawa mereka telah bersedia untuk berkahwin. Padahal, faktor-faktor sebegitu tidak pernah menjamin bahawa mereka itu benar-benar mampu untuk mengurus kehidupan selepas berakad nikah. Mereka hanya bersedia untuk berkahwin, bermesra kemudian melahirkan zuriat dan menyekolahkannya. Itu sahajalah..
Hasilnya tidak hebat. ‘Rumah’ yang di bina dari faktor-faktor yang sebegitu, tidak kukuh tiangnya. Malah, ia akan runtuh kerana tiada benteng yang kuat iaitu, ilmu agama. Benar, dengan adanya pekerjaanlah akan menanggung segala perbelanjaan keluarga. Dan, bernikah atas faktor usia yang telah lanjut atau di kira telah ‘matang’ itu sangat perlu supaya akan ada penerus generasinya kelak.
Namun, perlu ingat. Wang itu penanggung perbelanjaan, bukan pembekal keimanan. Dan, usia itu bukan pula penentu kematangan seseorang, ianya hanya angka yang membezakan tua atau muda. Kematangan seseorang itu terletak pada kefahamannya dalam ilmu agama dan mempraktikkan dalam kehidupannya.
Jadi, jika seseorang itu faham dan telah mengoperasikan hidupnya kerana apa dan untuk apa dan dia meminta untuk berkahwin meskipun usianya sangat muda dan belum mempunyai pendapatan yang tetap, maka yakinlah dia mampu untuk menguruskan apa yang di mintanya itu.
Sekarang anda sudah nampak perbezaan di antara orang yang telah bersedia untuk berkahwin dengan orang yang telah menyediakan dirinya untuk berkahwin.
Terserah anda mahu meletakkan diri anda dalam kelompok yang mana. ^^
Kesimpulan : Siapa bakal Imam dan Makmumku?
Perbaiki diri dengan usaha. Dan, bina kekuatan diri dengan ilmu. Kerana pengakhiran yang hebat bermula dari kemantapan seorang Imam dalam memimpin makmumnya.
Akhirnya, penutup bicara. Salah saya di tegur, kurang saya di tambah, dan aib saya di tutup.
Wallahua’lam. Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|