AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 3 July 2011, 08:00:00
Apa Yang Kamu Faham Tentang Dakwah?
Apabila menyebut tentang dakwah maka first sight orang terhadapnya, orang yang menjalankan kerja dakwah itu mestilah berkopiah, berjubah, bertudung labuh dan sebagainya. Apa yang di bayangkan itu memanglah betul. Pandangan pertama orang terhadap kita itu penting dan perlu di jaga, jika kita berdakwah dengan berseluar ketat dan bertudung bonggol unta maka siapa mahu mendengar seruan dakwah kita? Maka, tidak hairanlah orang yang berkopiah setiap masa itu di gelar ‘ustaz’ dan bertudung labuh itu di panggil ‘ustazah’. Namun, amatlah tidak adil jika tanggungjawab dakwah ini di pikul oleh mereka yang di cop ustaz dan ustazah ini sahaja. Sedangkan tanggungjawab dakwah ini sebenarnya digalas oleh semua umat manusia maka setiap ummah perlu berdakwah.
Jadi, apa yang kamu faham tentang dakwah?
Berdakwah Bila Ada Jawatan
Saya bagi contoh situasi di kampus.
Benar, sememangnya itulah tugas utama ‘exco dakwah’ ; menyeru pada yang baik, dan mencegah dari yang mungkar. Dan, sekiranya kita hanya faham dakwah ini tugas exco dakwah sahaja maka amatlah sempitnya pemikiran kita.Kebanyakan orang faham dakwah ini kerja Exco Dakwah dan Kepimpinan sahaja, maka segala masalah mahasiswa yang berkait tentang dating, pemakaian selendang dan sebagainya wajib di cegah dan di banteras oleh mereka yang berjawatan Exco Dakwah dan Kepimpinan.
Cuba kita lihat Exco Kebajikan dan Penempatan misalnya, tugas mereka tidak hanya tertumpu pada kebajikan dan keselesaan mahasiswa sahaja, malah mereka juga mengasingkan mahasiswa muslim dan non-muslim (siswi terutamanya) dari segi penempatan atas tujuan wajib menjaga aurat. Maka, tidakkah itu juga di kira dakwah?
Exco Sukan dan Rekreasi juga, berpenat lelah anjurkan pelbagai aktiviti kesukanan dan beriadah tetapi dalam masa yang sama mereka menjaga waktu solat bagi mahasiswa yang turut serta dan memastikan tiada siswa yang berseluar pendek ketika bermain bola. Maka, apakah usaha mereka itu bukan dakwah?
Persoalannya, apakah tugas dakwah ini di pikul pada bahu Exco Dakwah dan Kepimpinan sahaja? Tidak, ianya terpikul pada bahu setiap mereka yang berjawatan. Tidak kira apa pun jawatan yang di sandang, tugas dakwah itu perlu ke atas kamu !
Berdakwah Tidak Perlu Ada Jawatan
Nah.. apabila di katakan tugas dakwah terpikul pada bahu setiap mereka yang berjawatan, jangan pula kita buat andaian perlu ada jawatan, baru boleh berdakwah. Tidak, semestinya andaian itu tidak tepat. Berdakwah tidak perlu ada jawatan, tetapi mereka yang berjawatan perlu berdakwah.
Ini kerana, dengan adanya jawatan maka seruan dakwah kita itu secara automatik akan lebih terancang dan kena pada target. Tambahan pula, inilah masa untuk kita gunakan kuasa yang ada untuk berdakwah kerana kita berjawatan dan lebih di kenali. Jadi, tidakkah rugi jika kita mensia-siakan kuasa yang ada?
Sekarang, lapangkan dada dan luaskan pemikiran kita terhadap dakwah. Jika kita tahu dan faham apa itu Islam maka kita akan rasa terpanggil untuk berdakwah tanpa menunggu adanya jawatan atau tidak. Jika kita kasih dan sayang pada saudara sefikrah maka kita akan terus mengingatkan dan saling menasihati walau tiada title
‘ustaz’ atau ‘ustazah’.
Berdakwah Bila Ada Ilmu, Paksinya Hati
Apabila kita mengajak orang berpindah dari suatu tempat yang kotor ke tempat kita misalnya, bukankah perlu kita bersihkan tempat kita itu dahulu? Barulah orang yang kita ajak itu senang hati dan rela berpindah ke tempat kita.
Sama juga seperti hati. Jika hati kita tidak terlebih dahulu kita bersihkan, mahukah mereka yang hatinya kotor terpanah dengan ajakan kita? Dalam dakwah, hati ini umpama bluetooth yang membuatkan hati dai’e dan mad’u nya itu saling berinteraksi.
Terkadang tanpa bicara, orang akan terdakwah hanya melalui akhlak seseorang. Hebat bukan? Maka melalui akhlak itulah bukti hati seseorang itu bersih.
Berdakwah bila ada ilmu, dan paksinya hati. Jika kita tidak berilmu, mana mungkin dakwah itu terlaksana dengan yakin.
Penutup : Islah Nafsak Wad'u Ghairak
Dakwah ini kerja yang berterusan maka janganlah ada yang menolak atau berasakan diri tidak layak. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna, baru hendak berdakwah kerana sememangnya kita tidak akan pernah sempurna.
‘’ islah nafsak wad’u ghairak ‘’
Perbaiki dirimu dan ajaklah yang lain. Perlunya usaha mengubah diri menjadi lebih baik, dan pada masa yang sama kita mengajak orang lain untuk turut berhijrah bersama dengan kita.
Sebagai penutupnya, mari kita ambil kata-kata Hassan al-Basri ini sebagai renungan.
‘’Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.’’
Salaam ta’aruf dari kami,
Asrul Amirul bin Mohd Salwai : Ketua Exco Dakwah dan Kepimpinan MPMKUIM
Nursyuhaidah binti Abdul Razak : Timb. Exco Dakwah dan Kepimpinan MPMKUIM
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah
2 Sya’aban 1432H
3 Julai 2011
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|