AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Monday, 24 October 2011, 06:34:00
Mahasiswa Lembik
 |
Saya nak buku ni. #Tiada kena mengena dengan isi. |
Hidup mahasiswa, jika bergelumang dengan buku saja. Memang silap la.
Katanya, saya ini mahasiswa. Masih mentah untuk bercampur dengan ‘orang luar’. Lebih baik saya duduk diam-diam dan tamatkan pengajian saya saja.
Oh mahasiswa, cara hidupnya begitukah? Bergelumang dengan buku saja? Tanpa ambil tahu atau terlibat dengan ‘orang luar’?
Mahasiswa kena duduk dalam bilik, study dan study. Sampai langsung tak terlibat dengan program. Habis saja kelas, terus kaki melangkah balik ke asrama tanpa ambil tahu apa-apa yang terjadi di kampus. Langsung tidak aktif dengan mana-mana gerakan/jemaah. Aduh begitukah mahasiswa?
‘’ Saya bukanlah nak minta semua mahasiswa kena terlibat, cuma bila ada yang pergi tidak perlulah kamu melarangnya. ’’
Masing-masing ada pendapat, cuma bila terlalu mengaitkan segala program (seperti HIMPUN) dengan politik. Maka dari situlah timbulnya masalah. Masalah yang lahir dari sikap kamu sendiri sebenarnya. Dari sikap kamu ini jugalah, akan lahir golongan yang ‘mempolitikkan agama’. Semuanya nak di kaitkan dengan politik. Bila ‘orang politik’ cerita bab agama, kamu kata ianya propaganda politik. Politik, politik dan politik. Sememangnya, politik tidak akan lari dari mana-mana jemaah yang membawa fikrah ikhwanul muslimin. Kamu kena faham itu. Sebenarnya yang bermasalah itu bukan politik, tetapi sikap kamu.
Ya. Memang saya masih mentah, dan kamu pula melarang saya untuk ‘bergerak’. Maka sampai bila-bila pun ‘mentah’ itu tidak akan berganjak. Sepatutnya kamu beri ruang untuk saya ‘bergerak’, mudahkan saya dan mematangkan saya. Sungguh, saya tidak mahu jadi mahasiswa lembik.
Mahasiswa beriman itu bagaimana?
Pilihlah, mahu jadi mahasiswa berilmu atau beriman teguh. Atau kedua-duanya sekali? Ya. Saya mungkin sukar untuk menjadi keduanya. Namun, itu tidak menghalang saya daripada terus berusaha. Sememangnya, pasti akan ada suara sumbang yang tidak senang dengan kita, suka mencari salah dan menikam belakang kita. Kadang-kadang saya rasa down juga. Tapi bila fikir ibu bapa, maka kamu katalah apapun. Sedikitpun ia tidak menjejaskan saya.
Kenapa begitu? Kamu menilai sendiri. Kamu juga ada ibu bapa kan? Fikirlah.
Seterusnya nak jadi mahasiswa yang hebat, perlu ada Ilmu dan Iman. Dua-dua kena seiring.
Kepada yang aktif dengan dakwah kampus, anda telah berjaya membangunkan potensi diri ada dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambah”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah.
Iman kita perlu berfungsi sebagai pencetus kecemerlangan kita dalam setiap bidang yang kita ceburi. Sesungguhnya kekuatan keimanan akan mampu memberikan kita kesabaran lebih panjang, memberikan stamina perjuangan lebih lama, menggugah semangat jihad menjadi lebih membara, melahirkan thabat dan keteguhan hati menjadi lebih sempurna sehingga akhirnya membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi. Mendorong kita untuk bangkit kembali kerana Islam memerlukan cerdik pandai dan kebijakan kepimpinan, justeru wahai mahasiswa, kuncinya adalah kepada kebangkitan kekuatan dalaman, kekuatan spiritual, kekuatan keimanan kita dan keyakinan kita kepada janji Allah swt. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian”. (QS Muhammad : 7)
Saya rasa tulisan AbuRidhwan, (salah seorang team LangitIlahi) ini sudah cukup untuk menjelaskan bagaimana mahasiswa beriman itu. Sangat terkesan.
Kita yang pilih, pedulikan jika orang sisih
Apa yang saya tulis ini, seakan terjadi pada diri saya dan pada diri yang membaca juga. Walaupun saya ada sebut pasal HIMPUN pada awalnya, tidak pula saya menegaskan nak jadi matang kena pergi program-program yang sebegitu saja. Tidak, semestinya tidak. Cuma sebagai mahasiswa, kita perlu ambil tahu dan menilai saksama. Bagaimana kita mahu tahu perkara yang sebetulnya, jika tidak terlibat sama? Jika kita langsung tidak mengenali ‘orang luar’, takkan kita mahu mengiyakan apa saja kata ‘orang dalam’? Kita yang pilih, pedulikan jika orang sisih.
MAAF.
~Nur Yusuf Al-Quds Fillah
27 Zulkaedah 1432H
24 Oktober 2011
06:18 am
p.s : Terkadang itu, isi dan tajuk seakan tidak kena saja. Maaflah, saya belum hebat menulis seperti dia.
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|