AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Saturday, 12 November 2011, 01:46:00
Saya sebagai TED MPMKUIM.....
 |
| Saya berdiri yang paling hujung. ^^ |
Saya, sebagai Timbalan Exco Dakwah MPM
Seakan tidak percaya. Sayakah yang berjawatan itu? Benarkah? Mengapa saya? Bukankah ada yang lebih baik dari saya, mengapa tidak Allah pilih mereka? Hurmm.. Walau sudah hampir 1 semester pegang jawatan ini, saya masih lagi tertanya-tanya kenapa. Benarlah, Allah itu sedang menguji. Menguji, sejauh mana saya amanah dengan jawatan ini. Amanah pada orang lain, dan juga amanah kepada diri sendiri terutamanya. Malu. Sangat malu saya rasa.
Awalnya
Saya tidak tahu mengapa saya yakin mencalonkan diri untuk bertanding jawatan ini. Masa itu saya tak fikir layak atau tidak. Tapi, saya yakin. Kenapa ya Allah berikan keyakinan pada saya masa itu? Kalau di ingatkan kembali, masa perbentangan manifesto. Fuhh.. sayalah yang paling lama berada atas pentas rasanya. Tambah pula bila dapat pegang mikrofon, memang saya terus lupa diri dah masa itu. Masa yang di berikan sekitar 3 minit saja, tapi saya ambil masa lebih. Nahhh.. sebab masa itu saya yakin. Yakin dengan diri saya. Tapi, lepas tengok rakaman video saya 'berucap' masa itu memang tak boleh tahan la. Yakin, memang yakin. Tapi, lawak seh ! >.<
Pertengahannya
Perubahan. Saya mesti paksa diri saya untuk berubah. Mesti paksa ! Tapi, terkadang itu down juga. Bila sudah ada jawatan, pegang bahagian dakwah pula maka itu memang sangat mencabar dan seringkali teruji. Nak bicara soal dakwah pun, saya rasa takut. Orang sudah mula kenal saya, setiap taipan kata di Facebook orang mula baca, setiap langkah saya ke kuliah pun orang sudah mengira, setiap gerakan saya pun orang sudah mula perhatikan. Senang cerita, saya sudah jadi 'perhatian' orang lain lah.
Saya tidak takut jadi 'perhatian' orang, tapi saya malu. Malu? macam takda kene mengena pulak kan. >.<
Bila orang kata saya berdakwah. Saya rasa macam tidak kena. Saya takut. Kalau boleh, gantikanlah perkataan dakwah itu dengan kata lain. Dakwah itu besar bagi saya. Sangat takut saya tidak terpikul besarnya itu. Apa yang saya tahu, saya beritahu pada yang tidak tahu. Jika ada yang salah, saya cuba tegur secara berhikmah. Saya cuba menyampaikan apa yang saya amalkan. Saya cuba, tapi sila jangan panggil saya pendakwah. Ibarat menampar muka sendiri, betapa besar dan mulianya kerja dakwah yang sebenarnya itu. Usaha saya kecil, perubahan saya juga masih kecil. Maka, tidak pantas panggil saya pendakwah.
Orang sekeliling, jujurnya mereka ini ujian buat saya. Baru saya sedar, tidak semua orang sukakan kita. Tidak semua senang dengan cara kita, ada saja yang akan mencari jalan untuk menjatuhkan kita. Lihat saja di Facebook, ada yang sindir panggil saya 'mufti' gara-gara komen saya mengenai solat jama' dan qasar. Saya sudah jelaskan dan beri dia kefahaman, tapi sia-sia. Dia masih terus dengan sindirannya. Saya memang lemah dengan sindiran yang sebegitu, tambah pula bila sedang bicara bab agama. Saya terus berhenti komen. Dan, biarkan dia terus menyindir dengan komen-komennya. Lemah. Itulah saya. Kepada emak, saya berkongsi tangis masa itu.
Ingat teman, air mukaku jatuh walaupun ianya dalam MukaBuku. Mungkin kamu tidak bermaksud begitu, tidak mengapa. Kamu yang sedang membaca, aku sudah maafkan kamu.
Akhirnya
Semoga saya dengan ketua Exco saya, boleh berkerjasama dengan lebih baik. Saya tahu, ada yang perkatakan tentang kami. Sememangnya, ada saja hal yang kami tidak 'ngam' tapi itu tidak pernah memberi kesan yang lama.
Saya cuba. Cuba menjadi timbalan yang baik. Yang tidak keras kepala, yang tidak memandai sendiri, dan yang tidak 'ikut kepala sendiri'. (~.^)
Jika kamu sedang membaca sekarang ini, percayalah. Saya sedang mencuba. Apa kata, kamu pun cuba sekali. Barulah adil. >.<
Penutup
Itu sahajalah coretan saya.
Sekadar luahan dan kenangan untuk yang suka membaca tulisan saya, Farah Na'emah terutamanya. ^^
Akan bersambung....Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|