AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Sunday, 25 March 2012, 21:37:00
Isu Purdah Di KUIM
 |
Saya sangat hormati golongan berniqab ini. |
Apabila Isu Purdah Dibangkitkan
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lepas, seperti yang saya jangka isu purdah antara isu yang saya kira isu besar dan sensitif telah dibangkitkan oleh mahasiswa. Seorang mahasiswa telah bangun dengan beraninya mempersoalkan di mana hak kebebasan berpurdah bagi seorang muslimah. Sambil ekor mata saya mencuri pandang seorang siswi yang manis berpurdah hitam. Nampak dia tundukkan kepala, sayu. Sayu kerana ada juga yang faham keadaannya dan rela berjuang pertahankan haknya untuk berpurdah. Situasi ketika itu agak tegang. Kemudian, seorang lagi mahasiswi bangun dan persoalkan isu yang sama. Di mana haknya?
Saya sendiri agak terkilan. Sebab pernah ada yang bertanya, kenapa saya tidak sokong pemakaian purdah. Adeh.. macam kejam sangat saya ni kan. Bukan tidak menyokong, malah saya sendiri dahulu adalah seorang yang berkeinginan untuk berpurdah. Maka, saya pernah cuba usulkan perkara ini ke dalam mesyuarat MPM. Tapi atas nasihat seorang ustaz, jadi saya tangguhkan dulu usul saya.
Purdah dan Ayat-ayat Cinta
Saya faham pasal purdah ini pada awalnya, melalui novel Ayat-ayat Cinta. Sebuah karya Habiburrahman Al-Shirazy yang paling laris dan meletup. Memang saya pun tak ambil masa yang lama untuk membacanya. :D
Apa yang saya faham (melalui novel), orang perempuan yang wajahnya terlalu cantik sehingga akan menggoda lelaki yang melihatnya maka dia wajib mengenakan penutup wajah (purdah). Kemudian, ada jugalah sahabat-sahabat yang turut berikan pandangan yang sama. Saya tidak pasti rujukan mereka pula dari mana.
Kemudian selepas itu, saya berhasrat untuk berpurdah selepas bernikah atas izin suami (kononnya). Saya juga ada edit gambar saya sendiri nampak seakan berpurdah. Padahal gambar asalnya tidak. :D
Begitulah yang saya pandang mengenai purdah. Yang saya kira, kecantikan wajah seorang perempuan itu mahal. Maka, kecantikannya eksklusif untuk suaminya saja. Dalam erti kata lain, ianya antara sebab mengapa saya ingin berpurdah. Saya juga ada buat cerpen dan puisi yang menceritakan keindahan berpurdah. Tapi semuanya ini, atas kefahaman saya saja, tidak di sokong dengan mana-mana dalil dan fatwa-fatwa ulama'.
Wanita Pada Zaman Nabi Tidak Berpurdah
Yang menarik minat saya untuk 'ambil tahu' berkenaan purdah ini, kerana ada yang mengatakan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW tidak berpurdah begitu juga para muslimat pada zaman baginda. Padahal, pada awal yang saya faham pasal purdah ini, antara sebab muslimat berpurdah kerana ingin mencontohi pakaian-pakaian Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi). Apabila di sangkal dengan dakwaan 'tidak', maka saya tersentak seketika.
Kita rujuk firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52 yang bermaksud,
“Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
Dalam riwayat yang lain ada menyebut,
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya”
(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah? Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
Ok, yang di atas ini dari ayat al-quran sampai maksud hadis tu saya quote pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Boleh rujuk lanjut di sini, Hukum Pakai Purdah . Itu kefahaman beliau. Sangat tersasar dari kefahaman asal saya.
Sekarang kita rujuk pula pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, berkenaan 'hujah' awal saya bahawa perempuan cantik yang membuat lelaki tergoda melihatnya perlu berpurdah.
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?” Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.
Pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, saya ambil dari blog ustazah Fatimah Syarha, Berniqab atau tidak Berniqab? Maka, sekali lagi 'hujah' awal saya sudah di kalahkan dan sama sekali tersasar.
Kefahaman Saya Yang Tersasar
Jelas. Saya sudah menyimpang dari kebenaran, maka tidak lagi saya ambil penulisan peribadi mengenai purdah untuk di jadikan 'hujah' selepas ini. Di sebabkan saya yang masih lagi kurang tahu, maka saya telah bertanyakan soalan melalui inbox FB kepada beberapa 'orang yang bertuah'. Dan, sekarang ini saya sedang menunggu respon dari mereka mengenai ini. Tapi, lambat la. T_T
Soalan Saya
Assalamua'laykum (nama yang bertuah)..
Saya ada satu soalan berkenaan pemakaian purdah. Dan saya mohon (nama yang bertuah) dapat menjawabnya.
Di kolej saya, terdapat peraturan yang melarang pemakaian purdah. Namun, ada seorang siswi yang saya pandang seorang yang tegar berpurdah. Dia sudah banyak kali di panggil pihak atasan, namun masih tetap mahu berpurdah.
Saya hormati dia, dan kagum dengan semangatnya. Tapi, apabila kerap kali di panggil pihak atasan dan dia seorang saja yang berpurdah maka dia di pandang asing. Maka tidakkah itu membebankan dia? Dia menangis pertahankan haknya, dia sendiri tertekan pertahankan haknya untuk berpurdah. Maka apakah itu telah menyukarkan dirinya sendiri? Sedangkan Islam sendiri tidak memayahkan wanita soal aurat, inikan pula soal purdah yang jelas Islam tidak wajibkan memakainya.
Isu purdah ni, saya sendiri pernah cuba nak usulkan ke pihak atasan. Masa itu, saya pegang jawatan dalam MPP maka saya kira usul saya itu senang di terima. Sebab, saya pandang peraturan sebegini bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan. Dan juga saya pandang kolej saya ini 'tidak islamik' dan menindas.
Saya pernah cuba, tapi 'tertangguh' apabila di suruhnya saya keluarkan dalil yang mengatakan wajib memakai purdah. Ok, dari situ saya sedar dalam pertahankan sesuatu perlulah dengan kefahaman yang jelas.
Maka, sekarang ini saya pandang peraturan kolej saya yang melarang pemakaian purdah ini tindakan yang rasional. Semua mahasiswa terikat dengan perjanjian yang melarang pemakaian purdah di kolej. Semua mahasiswa juga sudah sain kontrak yang menyetujuinya sebelum masuk ke kolej. Jadi, 'dakwaan' saya yang kata ianya bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan tidak terpakai. Kerana, kami di sini sudah terikat dengan kontrak.
Saya sudah baca pandangan Dr Asri dan Dr Yusuf Qaradhawi mengenai ini dan buat saya lagi kukuh setuju dengan peraturan kolej.
Dan, soalan saya.
Apakah peraturan kolej ini masih perlu di pinda ekoran ada pihak yang cuba bermati-matian pertahankan isu purdah? Dan, sekiranya di pinda apakah ianya relevan?
Dan, apa hukum berpurdah ke atas siswi berkenaan dalam pertahankan haknya berpurdah dalam 'kawasan larangan'?
Dan ketiganya, apakah benar caranya pertahankan haknya berpurdah dan apakah dia masih perlu terus pertahankan haknya untuk berpurdah?
Mohon penjelasan. Maaf terpanjang pula.
Kesimpulan Isu Purdah Di KUIM
Belum ada kesimpulan lagi, saya masih menunggu respon dari mereka yang lebih tahu dari saya. Maka, kamu yang membaca ini jika mampu beri pandangan, silakan. Pandangan kamu mahal, saya perlukannya.
Lagi sebelum menutup kata, apa kata baca Fatwa Mufti Mesir mengenai isu pengharaman purdah yang pernah 'kecoh' di Universiti Al-Azhar Mesir suatu ketika dulu. Semoga peroleh kefahaman.
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|