AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Wednesday, 14 November 2012, 13:05:00
Saya Tak Setuju Kahwin Muda
'' Saya tak setuju kahwin muda bagi golongan tertentu dalam keadaan tertentu.. ''
Virus Kahwin Muda
Si A baru bernikah sejam yang lalu. Akibat terlalu gembira dan terujanya, dia pun upload gambar dirinya dan pasangan ke dalam wall facebook,
Tak sampai seminit, berpuluh-puluh orang LIKE. Itu baru seminit, kalau dua minit? (cer kira cer kira)
Maka, bertimbun-timbunlah komen orang wish tahniah di wallnya.
'' Tahniah bro.. cun gilak isteri kau! "
'' Alhamdulillah.. mabruk! Semoga kekal hingga ke jannah :) ''
Si B yang baru saja online FB, terlihat gambar si A dan pasangan (si A adalah rakan sekepala si B). Dan dia juga turut teruja atas pernikahan rakannya itu. Lalu dia pun komen dengan rakusnya (eh apa punya ayat neh)
'' Heee.. sweeeetnya korang! Nak kawin muda jugak la camni.. :p "
Lalu si B pun share gambar berkenaan. Dan semenjak dari itu status-status FB si B semuanya berkaitan jodoh, soal istikharah dan mimpi, mencari tulang rusuk yang hilang (eh?) dan segala post yang berkaitan.
Virus? Ya, si B sudah terkena virus kahwin muda!
Mengapa saya katakan virus, sebab ianya seakan penyakit berjangkit (macam tak kena je). Bila tengok orang kahwin je, kita pun mesti rasa teruja sama. Entah apa apa je kita ni kan. Huhu. Haa tak ke sama macam virus tuh?
Penyebar mutlak virus tersebut bukanlah si A yang baru berkahwin itu. Tapi diri si B sendiri. Atau senang cerita nak cakap, diri kita sendiri yang tanpa tahu dan faham soal tanggungjawab tapi teruja sangat nak kahwin awal.
Katanya sudah bersedia dan mampu! Ya, kita sudah bersedia dari sudut fizikal dan material. Rohaninya bagaimana?
Rata-rata yang ada keinginan nak kahwin awal kerana di sogok dengan kata-kata indahnya cinta selepas akad, no couple before nikah atau berfantasi dengan status-status sweet orang yang dah berkahwin. Tambah pula, ada yang buat kempen dan program-program jom kahwin muda ini.
Hello, kahwin muda ini tidak boleh di ajak sebegitu. Sebab kemampuan setiap orang itu berbeza. Bukan semua orang benar-benar mampu kahwin awal! (eh marah benau neh)
Note : Maksud 'mampu' ni pun bukan semua orang faham.
Maka anak-anak muda ini di dorong dengan perkara-perkara indah sebegitu, buatkan mereka 'fikir pendek' dan hanya nampak bestnya kahwin. Tapi tak nampak besarnya tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Lihat, majoriti dari kita pun hanya nampak tanggungjawab SELEPAS kahwin. Sebelum dan semasa pernah kita laksana? Tahukah tanggungjawab sebelum dan semasa berkahwin itu apa? (kalau tak tahu, cepat geleng kepala!)
Jadi mari kita kaji balik. Ops berundur setapak!
Gurauan Seorang Ibu
'' Masak pun kalau tak reti, toksah ingat nak kawen.. "
Haha! Pecah rahsia tahu saya tak reti sangat masak. (tak reti sangat ye, bukan tak reti langsung)
Saya pun pernah terkena virus kahwin muda, saya suka mengomel depan emak itu ini.
Bila emak saya jawab pedaaaas begini, haaa tertelan garpu rasa peritnya!
Dulu saya tak faham, kenapa emak saya suka kaitkan 'kahwin dengan pandai masak'. Kahwin awal itu kan bagus, elak dari maksiat dan sebagainya. Kalau sekarang ni tak pandai masak, sudah kahwin nanti pandai-pandai la kita belajar masak. (kan?)
Kalau sebab anak perempuan tak pandai masak, lalu disekat keinginannya untuk berkahwin. Kan nampak tidak syara' di situ. Dan sangat tidak rasional. Sekarang kedai makan dah banyak kat tepi jalan, beli makan luar aje lah.. kan senang gitu.
Tapi sebenarnya gurauan seorang ibu itu ada hikmahnya.
Kalau nak bahagiakan suami, isteri kena pandai tackle perutnya! Jadi nampak sekarang hubungkaitnya? Emak saya bagi tips rumahtangga oke! Bukan saja-saja nak perli anak dia. Memanglah memasak ini takda dalam syarat wajib kahwin pun, tapi dari segi perhubungan sosial ianya perlu.
Tapi sekarang, bila sudah tahu hikmahnya. Maka saya usahakan diri untuk tahu memasak.
Note : Saya belajar memasak, bukan sebab nak kahwin saja ye. Tapi itu keperluan sebagai seorang perempuan, anak dan kakak kepada adik2. Kih3.
Sempat kakak saya bergurau,
'' Aik, hang nak kawen dah ke?.. '' Agaknya bila adik dia memasak, maka timbul keanehan di situ (sebab jarang buat). Lihat, kakak saya juga kaitkan 'kahwin dengan pandai masak'. Pandai emak saya bagi tips. Hehe.
Jadi mari kita fikir balik. Kaji balik. Ops berundur setapak lagi!
Islam Tak Larang Bercinta, Islam Suruh Kita Kawal
'' Aku tak tahan sangat dah ni... "
Itu antara alasan segolongan yang ingin kahwin awal, sebabnya nak elak daripada melakukan maksiat. Mereka fikir kahwin ini pencegah zina, sedangkan ianya tidak.
Contoh situasi,
A dan B berpasangan.
A adalah seorang lelaki. Berkata dia kepada B,
'' Awak, jom kita kahwin. Daripada kita terus macam ni, lagi bertambah dosa je awak. Sebab awak dengan saya tiada ikatan yang sah. ''
Balas si B dengan jawapan yang agak matang,
'' Awak ingat kahwin ni senang ke. Besar tanggungjawab tau. Memang la awak dah kerja tetap. Tapi awak mampu dah ke jadi imam saya? ''
Si B timbulkan persoalan mampu dari sudut itu ekoran daripada sikap si A yang kerap kali ajak dia berjumpa. Kalau lelaki tahu agama, mesti dia tidak buat begitu. Bijak si B fikir. (kononnya)
A tidak patah semangat lalu jawabnya,
'' Kalau awak yakin dengan saya, pasti awak terima baik dan buruk saya. Daripada saya terus berdosa sebab asyik bernafsu je bila jumpa awak, lebih baik kita kahwin. Awak pun dah jadi yang halal untuk saya. ''
Oleh kerana si B itu matangnya cuma sekejap. Maka mereka pun berkahwin.
Tidak lama selepas itu si A buat perangai. Bila berjumpa si C, dia turut rasa bernafsu. Walaupun si A sudah menjadi yang halal untuknya, tetapi si B tetap merasakan yang sama pada wanita lain.
Maka apa fungsi dia menikahi si A dengan ikatan halal yang mereka bina itu?
Jelas di sini, jika kita ada 'masalah hati' sebegini ubatnya adalah perbaiki rohani. Kembali pada Allah. Belajar dan fahamkan semula Islam itu bagaimana. Dalam situasi ini sebetulnya si A itu kembali pada Allah, buat persediaan yang sebetulnya. Kemudian barulah dia kembali pada si B dan menikahinya.
Fahamkan semula, 'masalah hati' si B tadi tidak boleh selesai dengan cara berkahwin. Malah boleh jadi dia akan menjadi lebih teruk dari itu jika tidak di rawat sebelum dia berkahwin.
Sebab hati ini berkait dengan iman. Kalau hati rosak, dan tidak pula ia di rawat. Maka bagaimana empunya jasad itu mampu kawal semua perbuatannya.
Jadi mari kita berundur setapak lagi dan fikirkannya semula!
Tanggungjawab Sebelum Aku Bernikah
 |
Buku Hilal, bukan sengaja nak tayang oke! |
Saya akui, sebetulnya selepas baca buku ini akan buatkan si pembaca (iaitu saya) fikir banyak kali untuk bernikah awal. Bukannya semakin teruja nak kahwin awal! Huhu. Sebabnya di dalam buku ini sarat dengan kefahaman penulis tentang bagaimana yang di katakan 'mampu dan bersedia' itu. Dan penulis juga banyak menyentuh soal tanggungjawab dalam konsep penceritaan yang agak santai dan rasa cool je bila baca.
Bila baca je akan rasa, wah wah banyak lagi tanggungjawab sebelum berkahwin yang belum lagi sepenuhnya aku laksanakan!
Patutlah awal-awal lagi penulis dah pesan, Persiapkan diri. Ini bukan permainan!!
Note : Siapa yang belum baca, boleh cepat beli buku ni ye. Saya pun baru baca separuh. Hee.
Antara kisah yang paling menarik untuk saya kongsikan, adalah part di mana penulis bersama dengan keluarganya. Ada satu bab penulis cerita, dia selalu kurungkan diri dalam bilik. Duduk depan laptop je bila berpeluang balik cuti ke Malaysia (sebab penulis ketika itu belajar di Jordan). Masa sepenuhnya dengan keluarga tidak dia penuhi dengan baik.
Penulis berfikir bila dirinya akan berkahwin nanti, pastinya sukar untuk dia dapatkan semula masa yang sepenuhnya itu dengan keluarga tercinta. Sebab bila dia sudah berkahwin, tumpuannya nanti akan terbahagi 3 ; Keluarganya, keluarga mentua serta isteri dan juga anak. (dia tak nyatakan sebegini tapi saya bagitau ikut faham saya eh)
Jadi semasa bujang ini lah, perlunya dia mengambil peluang betul-betul penuhi masa yang ada dengan keluarga itu. Tunaikan hak yang belum lagi langsai. Tanggungjawab sebagai seorang anak, dan paling saya terkesan tanggungjawab seorang abang kepada adik-adiknya.
Bukanlah nak kata, bahawa tanggungjawab itu akan terputus selepas kita berkahwin. Tidak, bukan begitu. Kita masih lagi terikat dengan adik-adik dan ibu ayah, tetapi keadaan masanya nanti tidak akan sama. Maka zaman solo inilah peluang yang perlu kita ambil dan sungguh-sungguh laksanakan tanggungjawab itu. Inilah masa untuk penuhkan mana yang kosong, tambahkan mana yang kurang.
Situasi penulis buat saya terkesan.
Bila tengok dua orang hero (adik2 lelaki saya) dekat rumah ni, rasa macam saya perlu untuk tidak berkahwin awal. Sebabnya ada tanggungjawab yang belum lagi langsai.
Entah emosi apa yang saya rasa. Tapi sebagai seorang kakak, dua orang hero ini amanah saya. Jika saya kahwin awal, masa sepenuhnya saya dengan mereka nanti tiada. Malah masa itu nanti akan berkurangan, sebab perempuan terikat dengan suami selepas berkahwin. Jika suami izin saya lebih masa dengan mereka, maka itu tidak mengapa. Tapi realitinya begitukah?
Jadi bila fikir macam tu, rasa nak kahwin awal itu akan jadi tertangguh. Itu positif saya kira.
Dan rasionalnya saya rasa, bila Allah jadikan saya seorang yang agak 'memilih'. Maka hikmahnya saya akan ada masa yang lama untuk benar-benar serius suka dekat seseorang! Seterusnya melambatkan saya untuk membuat keputusan berkahwin awal.
Ya, saya bukan cerewet tapi teliti. (tapi jangan 'teliti' melampau sangat la eh)
Jom berundur setapak lagi dan fikir.
Kesimpulan
Kahwin muda atau kahwin lanjut usia, dua-dua ada hikmahnya.
Sebab Allah jadikan kemampuan setiap orang itu berbeza, maka hikmahnya juga pasti berbeza. Jika diri belum mampu, maka jangan nak show off sangat soal kahwin muda. Itu hanya menunjukkan diri kita seperti desperate sangat nak kahwin.
Pesanan pedas dari saya. Kamu, kekal positif ye. ^_^
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|