AA
Owner
Otak Buku
WEH
Archive
" You've seen only with your eyes,
so you are easy to fool. "
Mr Han.
Selamat membaca dengan hati.
(Click that 'AA')
|
Tuesday, 18 February 2014, 12:15:00
tidak ada lagi Tidak
 |
If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials. ( Sahih Bukhari ) |
" Aku sudah ditakdirkan begini. Buat apa nak susahkan diri lagi.."
Seringkali menyalahkan takdir atas kesilapan diri sendiri.
Bukankah doa' boleh mengubah takdir?
Mengapa tidak gunakan kuasa yang diberi?
Usahalah, bergerak dan mencari.
Berakal atau tidak engkau ini?
Lalu mengapa anggap perubahan itu menyusahkan diri?
Oh sungguh engkau berakal,
memang benar perubahan itu menyusahkan.
***
Jika aku berikan kau kuasa memilih,
antara batu dan padi,
apakah yang kau pilih sebagai rezeki perut?
Padi juga yang kau pilih,
kerana tahu padi menjadi beras,
beras menjadi nasi,
berperingkat prosesnya lama,
susah bagaimanapun kau sanggup juga,
kerana tahu akhirnya nanti dapat juga kau makan.
Mustahil kau pilih batu,
sebab kau berakal,
batu bukan benda makan.
Sekarang hadamkan ini,
perubahan itu ibarat padi yang kau pilih,
tiada orang makan padi,
burung-burung ya.
Tetapi kau pilih juga,
kerana yakin melalui cara tertentu,
padi tetap jua menjadi nasi.
Perubahan juga sama,
melalui proses tertentu juga,
paksinya kau kena percaya,
yang kau pilih inilah bahagia.
Bermula dengan diri,
yakin dengan apa yang dipilih,
berdiri tegap di hadapan cermin,
laungkanlah sambil mengenggam tangan,
" Aku pilih untuk berubah! "
Masih lagi melihat cermin,
kemudian berikan sesuatu buat diri,
senyuman bergigi,
hadiahkan sesuatu buat hati,
ikhlas kerana Allah.
Usahalah, bergerak.
Sedang dalam perjalanan engkau mencari,
ada batu-batu yang menghalang,
mengajak engkau kembali semula ke alam lama,
yang buruk lagi keji.
Jangan lagi berpaling,
teruskan perjalanan,
kerana engkau sudah hadiahkan sesuatu buat hati,
maka batu-batu bernyawa itu usah lagi engkau peduli!
***
Ya, perubahan itu menyusahkan diri. Dalam perjalanan mencari yang Satu, tidak ada yang mudah.
Yang baik-baik selalu awal-awalnya ada ujian.
Sesekali perlu, niatmu teruji. Jangan menolak, terimalah ujian sepenuhnya dengan sabr. Kerana melalui ujian dapat menaikkan kedudukanmu.
Apabila keyakinan itu dipasak kuat di dalam Lubb, maka tidak ada lagi tidak. Sebalik kepayahan yang kau rasa, ada kebahagiaan yang kau percaya ada. Ia memang ada nun di penghujung jalan.
Engkau belum lagi nampak,
tetapi kau percaya ada,
inilah dia keyakinan hakiki.
Maka teruskan bergerak,
dan tidak ada lagi tidak.
170214 | pepetang
Labels: Sembang santai
|
I am Rational
111. owned by yusuf111.
Ya, aku guna nama pena sebab engkau kenal Avni, kan?
|
Feeling rasengan enough, huh?
OTAK BUKU kali ini: Masharakat Melawan Mahasiswa
Telah mengkhatamkan mazhab 3M sehari selepas hari lahir #outboxmalaysia, iaitu pada 17 Februari 2015. Saya beli buku ini pada 7 Februari yang lalu di Pesta Buku Selangor, Shah Alam. Cuma kira-kira 4 hari yang lalu saya baru fokus dengannya. Rupanya apabila ditanamkan rasa ingin tahu seinfinitinya, saya akan mampu untuk fokus. Lalu tiadalah hairan duduk empat lima jam berhari-hari mengorek isi dari buku falsafah Cinta ini, sampai sahabat di bilik sebelah menegur "oi udah udah le tu".
Pada isi yang ke satu tiga enam, apabila penulis menyingkap pandangan Syed Hussein Alatas berkaitan aktivisme pendidikan; "turun menyelesaikan masalah masyarakat", saya dapat mengaitkannya dengan gerak kerja sahabat-sahabat OutBox Malaysia. Lantas wajah-wajah mereka menempek kaku di ruang kepala sebentar.
Dan ada bahagian keras yang membuatkan saya berimaginasi sesaat, suatu hari nanti akan ada gerakan sosial yang dipimpin nama-yang-diconteng-dekat-dalam-gambar yang akan menangani masalah gelandangan sepenuhnya.
Semakin hampir ke kepingan terakhir, pada baris ke sepuluh muka surat dua satu satu; baris yang memberi kesan setajam-tajamnya kerana saya melihat rupanya penulis sedang mengisi kekosongan 'jawatan' itu. Lalu mengapa tidak kami, yang digelar 'anak muda'?
Nah seperti yang dikatakan, kami adalah anak muda yang ingin masa hadapan yang tidak seperti masa sekarang. Maka percayalah kami sedang melompat kijang ke arah impian itu!
WEH. Kalau engkorang nak tahu ada apa pada setiap kepingan buku ini, maka aku sarankan engkorang baca.
* * *
Sekarang sedang mengorek isi buku - Peran Intelektual.
Start date - Mac 1, 2015.
UPDATED: 4.03.2015
|
|
|