Thursday, 6 March 2014, 22:06:00
Tiga Cerita, Satu Tujuan
Alhamdulillah.
Segala apa yang Allah aturkan untuk kita pasti punya makna yang tersirat. Diulangi sekali lagi, segala apa yang Allah aturkan. Ya, segalanya.
Yakini ini.
5 Mac yang lalu,
telah Allah berikan saya kekuatan untuk melamar seorang tua ini. Nombor telefonnya yang dikirim sahabat fillah saya di Turki melalui whatsApp, telah tersimpan empat hari di situ. Tiada pun cubaan saya untuk hubungi.
Sehinggalah ke hari rabu petang. Sebelum asar.
Sebelum call, saya sengaja membelek status whatsApp seorang tua ini. Oh ya, dia sedang online.
" Kalau call sekarang, confirm dia angkat ni.. "
Punyalah saya berstrategi sebelum melakukan sesuatu. Alhamdulillah ramalan saya benar.
" Berikan makcik masa lebih kurang seminggu.. "
Saya menyantuni tempoh masa yang dia berikan. Bagi saya tidak terlalu terburu-buru mahukan sesuatu yang baik itu adalah lebih baik.
Kedengaran suara tuanya yang masih jelas dan cergas. Allahu akbar! Semoga Allah merahmatinya sekeluarga.
Setelah itu, saya menghantar sedikit butiran diri serta alamat rumah seperti yang diminta. Itulah whatsApp pertama saya kepada seorang tua ini.
Dia membalasnya dengan ucapan selamat datang ke keluarga sekian sekian. Dan dihujungnya dia letakkan emoticon love.
SubhanaAllah!
Aksara tidak akan dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya ketika itu. Saya screenshot mesej itu, dan mengirim terus kepada sahabat fillah yang mana dirinya sudah sekian lama menjadi pengantara.
Dia mensyukurinya dan menitipkan pesanan agar saya dapat membuka hati sepenuhnya.
***
SEDANG BER-TAKHALLI
Amina (bukan nama sebenar) ditanya oleh Amni,
" Apa beza orang yang ditarbiah dengan orang biasa (yakni yang tidak ditarbiah) ? "
Bezanya,
dari segi dia menyantuni kamu.
Dalam hal kamu diuji dengan jerawat batu di muka, walaupun hanya sebutir. Namun jerawat kamu jadi bahan jenaka mereka yang tidak ditarbiah.
Sedang dalam hal yang sama, orang yang ditarbiah ini langsung tidak menegur ada apakah dengan muka kamu itu. Walau jerawatmu timbul sebesar ibu jari. Namun dia hanya membutakan matanya, membisukan mulutnya. Semata-mata untuk menjaga air mukamu. Agar kamu tidak berasa malu dan tersinggung dengan kehadiran jerawat batu sebutir di muka.
Sehinggakan dia meletakkan secara sembunyi ubat pencegah jerawat di dalam beg kamu. Khuatir jika dia beri kepada kamu secara langsung, kamu tidak membesarkan hati menerimanya. Malah kamu boleh jadi menganggap dia sedang memerli kamu.
Oleh kerana kasihnya begitu tinggi terhadap ukhuwah fillah, dia tidak mahu hal itu berlaku. Lalu secara diam dan berstrategi, dia melakukan sesuatu untuk kebaikan kamu dan jerawatmu.
Mengambil berat dengan bertanya bagaimana keadaan kamu, berbeza dengan melakukan sesuatu kerana dia mengambil berat keadaan kamu.
Ada lagi perbezaannya dalam banyak segi. Tetapi adalah lebih baik jika kamu sendiri yang rasa perbezaannya, dengan menerjunkan diri ke dalam the end T!
***
MAD'U LEMBIK
Adalah lebih baik kita berlemah lembut,
bukan berlemah lembik.
Pahatkan ini di dalam prinsip diri.
Mengapa ya kita hanya suka menunggu seseorang datang dan selamatkan kita?
Berbanding kita sendiri yang mencari jalan keluar?
Oh barangkali kita sangat yakin dan pasti ada seseorang Heroin yang akan selamatkan aku.
Lalu dengan setianya kita menunggu.
Adalah baik menanti dengan penuh bersangka baik terhadap sesuatu itu, tetapi berinisiatif sambil bersangka baik adalah lebih baik.
"Aku nak berubah.."
Maka bergeraklah dan mencari!
Pergilah kepada dia dan menyatakan engkau mahu menjadi mad'u nya!
Bergeraklah!
Keluar. Jangan terlalu lembik!
Sekadar menunggu Heroin itu muncul menyelamatkan tanpa gerakan untuk keluar dari kita tidaklah menjadi apa-apa.
Perubahan apa yang kau dambakan?
Engkau langsung tidak berusaha, lalu sekali lagi ditanya perubahan apa yang kau dambakan ini?
Apakah dengan sifatmu yang negatif lagi tidak berinisiatif ini, lalu engkau menyalahkan si Heroin kerana tidak datang menyelamatkanmu?
Engkau mahu jawab ini dihadapan Allah?
Walhal, engkau terlebih dahulu sudah disindir di dalam al-Quran!
" Malaikat bertanya lagi, tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? "
(Surah an-Nisa' ayat 97)
Bergeraklah wahai sayangku,
mencarilah. Jangan berlemah lembik dengan sebuah perubahan.
***
Tiga Cerita, Satu Tujuan
Ditulis,
060314, selepas maghrib ke isyak, Ipoh
Haza min fadhli Rabbi.